Lawatan Ke Teck Guan : Cocoa Museum & Cocoa Village

August 30, 2019

Destinasi terakhir percutian kali ni adalah di, Teck Guan Cocoa Museum. Siapa yang tak kenal Teck Guan adalah satu Syarikat terbesar di Sabah yang melopori perniagaan Koko yang terbesar di dunia! Mempunyai seluas 6000 ribu ekar ladang koko. Kini nama Teck Guan tidak asing lagi di serata dunia.


Setibanya kami disana, kami telah disambut mesra oleh pekerja Teck Guan yang sangat mesra. Mereka memberikan sedikit taklimat tentang penubuhan Teck Guan dan juga kami dibawa ke Mini studio untuk menonton video sejarah awal penubuhan Teck Guan hinggalah sekarang.


Selepas itu, kami dibawa ke bilik dimana mereka mengajar kami keistimewaan produk mereka yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita, boleh buat kuih-muih,air, buat coklat dan pelbagai menu yang lain lagi.










Selesai disana, kami dibawa naik keatas untuk melihat sendiri kilang mereka beroperasi. Tapi masa kitaorang pergi tu, kilang tu tak beroperasi sebab belum ada koko yang diproses lagi. So punah harapan nak tengok koko di proses hehe takpa-takpa ada rezeki nanti datang sini balik tengok dengan mata kepala sendiri. So masa tu pekerja Teck Guan cuma menerangkan secara manual kepada kami cara koko diproses.







Lepas tu, masa untuk shoppingggg haha. Terima kasih Teck Guan sebab bagi kami free voucher off-RM10 setiap pembelian. Banyak sangat kitaorang shopping koko. Yalah, lebih-lebih lagi bila tahu makan koko tidak mengemukkan badan! boronglah banyak-banyak tukar coklat yang ada dirumah tu kepada koko. So kesihatan terjaga badan pun kekal slim. cewah ahaha.




Destinasi seterusnya kami dibawa melawat, Teck Guan Cocoa Village. Siapa sangka walaupun jauh masuk kedalam, tapi permandangan disana sangat cantik. paling utama mendamaikan! serius macam tinggal dalam cerita fairy tale! Best sangat!



Kami juga telah diajar bagaimana untuk menanam koko dan macamana nak kahwinkan pokok koko. Satu pengalaman yang sangat berguna.





Disana juga terdapat air terjun yang sangat-sangat cantik, tapi korang kena hiking sikit dalam 5 minit jer tapi, kalau nak jauh sikit boleh hiking ikut jalan sebelah kanan dalam masa 30 minit sampai. Dan bolehlah korang mandi-manda puas-puas kat sana.



Selesai bergambar dan tengok air terjun, kitaorang berehat di rumah rehat dan ada hidangan yang sedap-sedap menanti kami disana. Untuk pengetahuan korang, Teck Guan bakal membuka Homestay untuk para pengunjung yang mahu tinggal disana. Seriusly, i suggest kalau dah buka, korang tinggal kat sana tau. Pemandangannya sangat indah. Yang paling penting suasana semulajadi tu yang paling utama. So, memang sesuai untuk relax dan jauh daripada kesibukan duniawi.




Selesai round-round semua tempat last kami dihidangkan makan tenagahari. Hah, korang jangan tak tahu, semua ni PAKEJ tau. So, pilihlah Daeng Travel & Tour ni. Berbaloi pakej dia. Makanan semua sedap-sedap tak terkata! pencuci mulut pula bukan sikit-sikit tau, hah korang tengoklah gambar tu. Banyak!




Last sekali, dah kenyang dah makan banyak, kitaorang pun santai-santai sekejap kat sana, sementara tunggu flight balik ke Sabah.



Akhir kata terima kasih, Daeng Travel & Car Rental. Percutian selama 6 hari 5 malam ini adalah percutian yang paling manis sekali. Service tip top 10 bintang saya bagi. Memang recommended sangat korang pilih travel agen Daeng ni. Semua yang dijadualkan  berjalan dengan lancar dan semoga terus berjaya dunia dan akhirat. Amin. Sampai jumpa lagi Assalamualaikum readers.


Daeng Travel & Tours
Lot 32-2, Blok E, 1st Floor,
Kepayan Perdana Commercial Centre,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact
010-6697102 (Cik Ezza)
010-3927102 (Cik Effa)
017-899 4743 (Kit Tawau)
+6088-213494 (Office)



You Might Also Like

6 comments

  1. Wow! Klu buka suda homestaynya mmg patut disinggah ni sana ☺

    ReplyDelete
  2. PROBLEM KEWANGAN TERLIBAT

    Terima kasih banyak Mr Walker untuk membuat impian saya datang. saya mendapat kad atm kosong dari beliau. Pada mulanya apabila saya melihat saya memberi komen mengenai dia saya hanya merasakan saya cuba melihat apakah perkara itu akan berubah untuk saya kerana saya seorang ibu tunggal dengan 2 anak. Saya menghubungi Encik Walker kerana nama yang sama dengan suami saya yang terdahulu saya mempunyai kepercayaan dan mengikut langkahnya, saya memerlukan sedikit bayaran untuk mendapatkan kad tetapi ia tidak lagi berterima kasih 5 hari saya mendapat kad saya dihantar ke saya di sini di Canberra , Australia. Dalam masa kurang dari dua minggu sekarang saya telah mengeluarkan wang tunai $ 12.000 dolar di mana-mana POS atau mesin ATM setiap hari mengeluarkan $ 600. Saya sangat gembira kini membayar bil saya dan cukup untuk makan dan menjaga anak-anak saya. Terima kasih Mr Walker Hubungi dia: blankatm002@gmail.com

    ReplyDelete