Anjung Peranginan, Kg. Seri Serbang, Bongawan

August 03, 2019

Sambungan pakej percutian semalam, destinasi terakhir kami adalah Anjung Peranginan, Seri Serbang, Bongawan. Sampai sesat kitaorang cari tempat ni, padahal tempat ni senang je cari lalu masuk dalam pekan Bongawan je. Struggle Vellfire kitaorang jalan sempit dan hutan-hutan haha.




Tapi, memandangkan kami sampai sana pun dah malam, tak dapatlah nak snap gambar cantik-cantik. Sampai ja disana kami disajikan dengan makanan kampung. Punyalah tadi dah makan, pastu makan lagi. Haha. Sedap sangat masakan diorang ni. Even ayam goreng tu pun sedap! alahaii..


Sambil makan tu pula, kitaorang menikmati irama Kulintangan yang dimainkan oleh beberapa pemuda disana. Tenang je rasa, dahla makan tepi sungai. Ada muzik pula tu.


Siap makan, kitaorang dibawa menyusuri sungai untuk tengok kelip-kelip. Okay, ni di antara salah satu pengalaman yang paling best saya buat. Sebab saya memang jenis fobia air. Lagi-lagi sungai, laut, segala kolam renang. Haha. Tapi bila pergi dengan kawan-kawan ni best pula. Lebih-lebih lagi tengok kelip-kelip kat pokok tu, Ya Allah cantiknyaaaa. Mulut kitaorang gila riuh hahaha. Cuma sayangnya susah nak ambil gambar sebab memang gelap, dan tak boleh pakai flash. 15 minit disana memang tak cukup untuk menikmati keindahan kelip-kelip tu. Tapi xpa nextime boleh pergi lagi.



Pakej dan Homestay 

Oh ya kat Anjung Peranginan ni ada homestay tau. 1 Malam RM50 😱 murah gila. Lepas tu cuma tambah RM35 (local) RM40 (non local) untuk aktiviti Menyusuri sungai termasuk makan.




Akhir sekali, dah penat seharian berjalan kitaorang pun berangkat balik ke Hotel esok kita ke Mari-mari Sepanggar Island.

Daeng Travel & Tours
Lot 32-2, Blok E, 1st Floor,
Kepayan Perdana Commercial Centre,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact
010-6697102 (Cik Ezza)
010-3927102 (Cik Effa)
+6088-213494 (Office)

You Might Also Like

3 comments