Cara dapatkan balik beg yang tertinggal di kargo selepas penerbangan

August 06, 2019

Assalamualaikum

Siapa ada pengalaman lupa ambil beg lepas dah touchdown dari kapal? Hah panik tak? Mestilah kan panik, macam saya semalam haha. Tapi jangan risau dan jangan panik. Ni caranya.. 

Pergi ke Pejabat airlines yang korang naik then pergi ke kaunter Lost & Found. Tapi sebelum tu jangan lupa bawa tiket  dan IC korang untuk bukti yang korang ada naik Airlines tu. Kemudian diorang akan bagi satu borang untuk korang isi dan untuk diorang serahkan balik barang korang. 

Tapi, hanya valid untuk 30 hari je tau dan TIADA SEBARANG bayaran yang akan dikenakan. PERCUMA. Lepas dari 30 hari kalau korang tak tuntut barang tu, barang korang akan dinyahkan atau dikenakan cas kalau korang ambil balik.

Okay harap membantu korang ya. See u next entry!

You Might Also Like

3 comments