PULAU-PULAU DI SEMPORNA

August 21, 2019

WELCOME TO TAWAU AND SEMPORNA SABAH !!!


Setibanya kami di Airport Tawau, Travel Agent Daeng branch Tawau setia menanti kami di sana. Kali ni kami guna dua kereta, Vios dan Bezza.




Lepas tu kami dibawa makan di Lepak Santai, area Ba Zhong, Tawau. Tempat yang memang sesuai untuk lepak-lepak dan makan-makan.



Selesai makan, kami bergerak ke Hotel yang telah diaturkan oleh pihak Daeng Branch Tawau. So memang kerja senang kalau pakai pakej Travel Agent ni. Semua memudahkan. Kami menginap di Heritage Hotel. Selesa sangat tinggal kat sini. Murah!




Keesokan harinya, seawal jam 6.30 pagi kami bertolak ke Semporna. Tapi sebelum tu kena pergi sarapan dulu. Kami sarapan di Restoran Mee Tauhu, area Plaza Damai.

Selepas itu, barulah kami meneruskan perjalanan ke Semporna yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Saya sendiri baru pertama kali menjejakkan kaki ke Semporna tau. haha. Sejurus tiba, kami terus pergi ke Jeti Semporna dimana, disanalah tempat untuk kitaorang ambil bot untuk ke pulau-pulau yang sangat cantik di Sabah ini.


Bila da ambil pakej, senang sangat urusan sebab sampai je sana, terus naik bot tak perlu tunggu-tunggu lagi. Dalam bot ni kitaorang berkenalan dengan kawan-kawan baru Fiza, Manan, Hera dan Rima. 



Destinasi pertama kami adalah BOHEY DULANG. WOW! air laut dekat sana memang sangat-sangat jernih, biru hijau banyak lapisan. SubahanAllah indah sungguh ciptaannya. Perjalanan dari Jeti ke Bohey Dulang mengambil masa selama 30 minit. Tapi sampai ja sana, kitaorang tak dapat hiking sebab keadaan cuaca dan tanah yang licin. Kalau dapat hiking naik atas lagi best sebab diorang kata kat sana pemandangan tersangatlah lawa. Hampa sangat tak dapat naik. Jadinya, kitaorang cuma dibawah sahaja tengok hidupan laut dan Pusat Konservasi Hidupan Marin dan aktiviti bergambar. Dalam tu korang boleh tengok landak laut, kima gergasi, tapak sulaiman, pelbagai coral dan gamat yang besar-besar. Wow sangat!







 Dah habis gambar-gambar, kitaorang bertolak ke Pulau Mantabuan. Jarak pulau ni dari Bohey Dulang juga mengambil masa selama 30 minit. Disini kitaorang cuma buat aktiviti bergambar sahaja. Sebab next pulau ada lagi. Pulau ni pun sangat-sangat cantik. Dan korang boleh melawat ruma suku kaum Bajau Laut di sana. Tapi rumah tak banyaklah sikit je. 






Pulau terakhir kami pergi adalah Pulau Sibuan. Memang cantik koranggggg. Sibuan ni ada satu teluk panjang ditengah-tengah laut. seolah-olah korang berdiri ditengah-tengah laut. Disini kami stay lama sikit sebab nak Snorkling dan makan-makan. Kat sana ada jual air kelapa juga tau. dan harganya hanya RM3 sahaja. Opsss jangan risau bab makan, sebab setiap bot yang kita naik tu, pakej dia dah termasuk makan dan minum sekali! So, tak usah berlapar dan takut kebulur! haha.


Aktiviti pertama mestilah bergambar puas-puas dulu, lepas tu barulah kitaorang makan dan snorkling. Yeah! Ni kali kedua saya Snorkling tau. Tapi snorkling disini lagi best sebab pantai cantik dan coral pun banyak juga haha. Tepi-tepi pantai pun banyak coral. So, korang hati-hati sebab sakit terpijak! Kawan-kawan pun dah ada 2,3 orang yang luka terpijak coral.



Yang lagi best memandangkan saya ni tak reti nak berenang snorkiling segala kan, boatman kitaorang yang tolong ajar saya cara-cara snorkling dan berenang yang betul. Al-maklumlah tahap panik saya ni tak boleh nak bawa bincang langsung haha. Tapi bila dah pandai snorkling Ya Allah cantik sangat tengok pemandangan hidupan dalam laut tu. Selalu tengok dekat tv je, tapi kali ni tengok depan mata sendiri. WOW! 




Selesai 3 pulau, so masa untuk kembali ke darat. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam sebab keadaan cuaca yang ketika itu ombak kuat dan berangin. Alhamdulillah sampai dengan selamat! Campin boatman kami ni, siapa berlumba dengan bot sebelah lagi. haha! Ingat di jalan raya je ke yang boleh berlumba. Atas air pun boleh.

Sampai ja didarat, kami pun pusing-pusing pekan Semporna. Tengok suasana orang jual seafood fresh tepi jalan, makan dan pergi tempat lepak best di Restoran Warisan yang terletak di area Tampi-tampi. Disana pun korang boleh tengok hidupan laut secara terang-terangan sebab air laut kat sana macam cermin!




Restoran ni dikelilingi kolam-kolam ikan. Jadi, kalau korang order seafood diorang tangkap je dari kolam tu. Sooooo FRESH! dan korang boleh tengok SUNSET dari tempat ni.







Lepas dah puas round Semporna, kitaorang pun balik hotel. Penat sangat dah! Esok kemana pula? Bersambung....

Daeng Travel & Tours
Lot 32-2, Blok E, 1st Floor,
Kepayan Perdana Commercial Centre,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact
010-6697102 (Cik Ezza)
010-3927102 (Cik Effa)
017-899 4743 (Kit Tawau)
+6088-213494 (Office)

You Might Also Like

3 comments