Bila pergi Tamparuli mesti orang akan pergi Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik kan dan mungkin ramai yang tak tahu selain Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik, ada lagi tempat menarik yang boleh dilawati sekitar Tamparuli. Salah satu tempat yang kitaorang pergi adalah Chanteek Borneo Indigenous Museum. Firstime okay kitaorang sampai disini.
Apa yang menarik disini, terdapat banyak barangan etnik borneo yang ada dijual disana. Bukan itu sahaja, korang juga boleh bergambar dengan memakai pakaian tradisional yang ada disana dengan fee yang sangat murah dan memang berbaloi. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh lakukan seperti belajar bermain Gong mengikut rentak tradisional Sabah, belajar membuat gelang atau rantai menggunakan manik tradisonal, menari bambu dan ada juga aktiviti untuk kanak-kanak seperti permainan tradisional. Oh ya, kalau korang nak buat aktiviti korang boleh hubungi Chanteek Borneo Indigenous terlebih dahulu.
Disini saya sertakan sekali harga-harga aktiviti yang saya sebutkan diatas tadi. Untuk kanak-kanak umur 4 hingga 12 tahun keatas dah ada cas ya.
Museum Entrance RM10 (Adult) RM5 (Children)
Basic Traditional Costume RM10 (Adult) RM10 (Children)
Traditional Costume with Accessories RM30 (Adult) RM30 (Children)
Music & Dance Activity (Add-On) RM10 (Adult) RM10 (Children)
Bracelet's Beading Activity (Add-On) RM10 (Adult) RM10 (Children)
Traditional Games (Add-On) RM5 (Adult) RM5 (Children)
Local food experience (Pre Book) RM15 (Adult) RM15 (Children)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :
Chanteek Borneo Indigenous Museum
Telibong-Tamparuli Road,
89200 Tamparuli, Tuaran
Sabah, Malaysia
+6088 792018 / +6019 5300018
info@chanteekborneo.com
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang setiap hari termasuk cuti Am
Telibong-Tamparuli Road,
89200 Tamparuli, Tuaran
Sabah, Malaysia
+6088 792018 / +6019 5300018
info@chanteekborneo.com
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang setiap hari termasuk cuti Am






















