PLAN YOODO YANG SANGAT BERBALOI UNTUK DINIKMATI

October 29, 2022

Minggu lalu sempat menghadiri sesi briefing YOODO bersama blogger Sabah dan Sarawak juga beberapa wakil daripada pihak YOODO sendiri. Briefing tersebut membincangkan tentang kelebihan pelan internet Yoodo, perincian berkenaan produk YOODO dan lain-lain aktiviti yang telah diadakan oleh YOODO.

Kalau korang nak tahu YOODO merupakan perkhidmatan mudah ahli digital 100% yang pertama di Malaysia dengan menggunakan rangkaian Celcom dan mempunyai 4G LTE terluas di Malaysia.



Yang menariknya YOODO merupakan telco pertama di Malaysia yang mana pelan internet boleh diubah sesuai mengikut kehendak kita sendiri. Ikutlah korang nak set berapa mbps atau GB yang korang nak pakai, lepas tu bayar. So korang takkan terikat dengan mana-mana pelan yang ditetapkan. Bukan setakat tu saja, korang boleh ADD-ON Social Media, games, music dan lain-lain tanpa potongan daripada pelan mudah alih asas yang korang dah tetapkan sendiri. Contoh bulan tu korang nak ADD-ON FB, so korang cuma perlu bayar RM3/sebulan dengan kelajuan 20GB! Beli 10 ADD-ON, FREE 1 ADD-ON. 


NO SIM CARD? NO PROBLEM! Hahhh yang lagi istimewa, tanpa sim card pun korang masih boleh menggunakan pelan internet YOODO. eSIM ni juga sesuai untuk IOS dan juga Android. 


Untuk dapatkan simkad YOODO bagi pengguna Sabah/Sarawak, korang boleh dapatkan di Blue Cube atau korang boleh request simkad dan YOODO akan terus buat postage kepada korang. 
Senang sangat kan. 

Manakal bagi kawasan Semenanjung pula korang boleh dapatkan di :

- 50 cawangan Blue Cube (Celcom Centre) di seluruh Malaysia
- EasyParcel PgeonPoint di seluruh Semenanjung Malaysia 
- BH Petromart di seluruh Semenanjung Malaysia
- Petronas Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia

Selain itu, YOODO juga mempunyai banyak promosi dan offer yang sangat menarik untuk korang dapatkan. Silap haribulan korang boleh jadi pemenang bertuah kempen tersebut. YOODO juga menyolong Kpop, Muzik, Hiburan semasa dan Esport yang sangat popular dimasa sekarang. Nak main PUBG secara percuma? langganlah YOODO sekarang!!!!! Tak Rugi.....


ROAM like HOME (RLH)



Ni yang aku rasa sangat-sangat penting kalau pergi travel. Selalu nak pergi travel kena dapatkan sim lain lah, pocketwifi lah, jadi rasa banyak kerja pula kan. Tapi dengan YOODO senang je, korang cuma perlu subscribe roaming melalui apps YOODO! So tak perlu tukar nombor lain lagi bila keluar travel. 

Korang cuma perlu bayar servis roaming mengikut kawasan yang korang pergi dan tiada sebarang charge tersembunyi yang korang kena bayar. So bagi aku memang sangat memudahkanlah YOODO ni.


Di akhir sesi kami, pihak YOODO menyediakan banyak kuiz beserta hadiah. dan aku dapat jawab 1 soalan hahaha. Thank YOODO, korang memang terbaik!!!!

You Might Also Like

0 comments