Selalu orang-orang Semenanjung kalau datang Sabah mesti tanya mana nak cari Nasi Lemak di Sabah ni kan? Selalunya memang aku jawab aku tak tahulah, sebab orang-orang Sabah memang jarang sangat makan nasi lemak. Kalau pagi biasa makan Mee, Roti Canai, Sup-sup dan Kuih Muih.
Tapi aku dah jumpa satu restoran yang jual Nasi Lemak di KK. Ni pun dah lama dengar, tapi baru ada masa nak datang kesana. Kedai ni dibuka seawal jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa tutup! Restoran diorang ni pun cantik dan sangat selesa!
Apa yang best tentang kedai ni, diorang ada juga menyediakan khidmat penghantaran. Korang boleh klik disini COD TABLE 41 . Cas penghantaran pun x mahal RM5.00 sahaja.
Nasi Lemak disini, korang boleh dapat serendah RM5.90. Itu pun dah berbaloi, SEDAP! Aku ni bukan jenis yang suka makan nasi lemak, tapi nasi lemak Table 41 ni memang dah buat aku bermimpi disiang hari. Makan nasi dia ja pun dah sedap, lemak-lemak nasi tu fuhhh .. Sambal dia pun tak pedas sangat. Manis-manis.. aku memang suka lah dengan nasi lemak diorang ni hahaha... So korang rasalah sendiri ya.
ABC Apong tu pula pun sedap.. Masa tu makanan tak sampai lagi, ABC tu dah habis dulu hahaha.. Sampai licin mangkuk. ABC tu terkenal di Kota Belud, tapi jauh juga kan kalau nak pergi sana, so kalau yang teringin tu bolehlah datang ke sini.
Selain Nasi Lemak, diorang juga ada menu lain, Assam Laksa, Burger, Roti, Kek, ABC dan yang lain boleh tengok pada gambar menu dibawah ya.
Masa Operasi:
7.00 am - 6.00 pm
Setiap hari kecuali (Selasa tutup)
Lokasi:
No.27-0,
Lorong Plaza Kingfisher 4,
Plaza Kingfisher,
Kota Kinabalu.





















































