Brunei Satay House | Tempat Makan Sedap di Sabah
March 05, 2019Assalamualaikum hai korang, kali ni kalau kawan-kawan korang dari Semenanjung datang ke Sabah nak cari tempat makan yang best selain seafood, korang suggest pergi ke Brunei Satay House, Indah Permai (BSH). Bukan apa asyik-asyik makanan laut ja kan, kali ni kita sajikan rakan-rakan kita makanan lain pula. Jangan risau walaupun nama Restoran tu Brunei Satay House, tak bermakna dia hidang satay je tau. Macam-macam makanan yang boleh korang makan kat sana.
Restoran ni mula dibuka pada tahun 2004 di Daerah Beaufort. Berkonsepkan hidangan Melayu Brunei, restoran ini menjadikan Satay sebagai menu utama mereka.
Bukan setakat menu tu saja, BSH ni juga ada menu tambahan yang lain seperti AMBUYAT dan KELUPIS. Jadi, tak payah tunggu raya baru nak makan Kelupis, di BSH hari-hari korang boleh makan tau.
Ni senarai SET A LA CARTE yang korang boleh pilih :
🥘Nasi Ayam Penyet
🥘Nasi Kambing Hitam
🥘Nasi Butter Chicken BSH
🥘Nasi Kuning Ayam Madu
🥘Sup Isi Ikan
.
MINUMAN PILIHAN pula adalah :
🍹ABC Special
🍹Bandung BSH
🍹Blue Ocean
🍹Milo Tabur Special
🍹Thai Green Tea
🍹Choco BSH Smoothies
⏰Buka 12.00 tengahari hingga 10.30 malam pada hari sabtu hingga khamis. Manakala jumaat buka dari jam 1.30 petang hingga 10.30 malam
☎️016-8435981
8 comments
Nampak sedap ni..kalau ada outstation ke sana boleh la sis cuba makan kat sini...
ReplyDeleteyes kena mkn disini memang sedap
DeleteDemam2 pun selera sebab sedap .. bukan gitu kah tu lija ��
ReplyDeletehahaha tatap laitu
DeleteWahhh terbaik ni
ReplyDeletedtg try mkn sana lagi tahu terbaik nya mcmana hehe
Deleteada prancangan nak pegi Sabah lagi. tapi tatau bila hehe..
ReplyDeletedatang sabah nanti roger2 ok
Delete