Gigi Yang Kuat Bermula Dari Gusi dan Sihat

March 22, 2019


Penyakit gusi telah mengatasi kaviti dalam menyebabkan kehilangan gigi di kalangan dewasa di mana ia berpunca daripada plak yang berlanjutan di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi di sebabkan kerana kurangnya amalan memberus gigi dan biasanya sukar di kesan dalam tempoh yang lama.


Pada tahun 2010 kajian menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di malaysia mengalami gusi (NOHSA2010). Satu kaji selidik baru-baru ini yang di jalankan oleh Lion Corporation di Malaysia keatas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaannya adalah gusi berdarah atau bengkak,namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi. (Projek Katsu 2017)


Lion Corporation Japan mula bertapak di dalam industri penjagaan mulut pada tahun 1896 dengan memperkenalkan serbuk gigi. Sejak itu penjagaan mulut telah menjadi perniagaan utama dan kepakaran Lion Corporation Japan yang di buktikan melalui pengalaman lebih 100 tahun berkerja bersama para profesional dalam bidang pergigian serta mempunyai pasukan pakar dan saintis mereka sendiri.

Systema memperkenalkan ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria yang pertama

Punca utama penyakit gusi adalah plak, iatu lapisan lembut dan melekit serta mengandungi berbilion bakteria. Sekiranya tidak di rawat, ia akan melarat dan menjadi penyakit gusi. Penyakit gusi tidak akan hanya menyebabkan kehilangan gigi, tetapi ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis dan jantung.


Systema memahami isu penyakit gusi yang kian meluas. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan mulut dan penyelidikan menyeluruh, Systema memperkenalkan penemuan inovasi terbesar-Systema Advance, ubat gigi anti plak dan anti bakteria yang pertama di lengkapi bersama teknologi Advance Plague Buster yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan plak, dan membunuh 99.9% bakteria di kawasan yang sukar di capai seperti di dalam poket gusi, dan GK2 untuk melegakan gusi.

Dari kiri, Ms Jackie Loo, Dr Evelyn Ablepadtong dan Dr June Lim
Bercakap pada sesi forum, Ms Jackie Loo Pengurus Pemasaran Southen Lion Sdn Bhd menyatakan bahawa visi koporat syarikat tersebut adalah untuk terus menjadi syarikat terulung dalam penjagaan kesihatan serta menjadi peneraju inovasi pembangunan yang menyediakan manfaat kesihatan, keselesaan, dan kebersihan kepada pengunna kami.

"Kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan Systema Advance Anti-Plague Toothpaste kepada negeri Sabah, melalui forum yang menyediakan sebuah platform untuk berkongsi informasi berkenaan teknologi penjagaan mulut dan bertukar pendapat serta komen daripada pihak doktor-doktor gigi dan juga melibatkan pihak kami dalam perkongsian ilmu mereka."


Ubat Gigi Anti-PlakSystema Advance hadir dalam 3 variasi - Systema Advance Extra Gum Protection dengan perisa daun pudina dan daun spermin yang menyegarkan, Systema Advance Deep Clean Whitening yang mempunyai rasa pudina yang lebih tahan lama dengan partikel di dalam pes dan Systema Advance Extreme Clean yang menyediakan rasa pudina berganda dengan teknologi penyejukan yang lebih tahan lama untuk kesegaran yang lebih.


"Pengenalan Ubat Gigi Anti Plak Systema Advance akan membantu pengguna-pengguna di Sabah untuk mencapai gusi dan gigi yang sihat. Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance menyingkirkan plak dan membunuh bakteria di dalam poket gusi manakala berus gigi Systema 0.02mm dengan bulu hujung tirus membentuk menyingkirkan plak secara fizikal dari kawasan yang sukar di capai terutamanya di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi", tambah beliau.

Semasa forum berlansung, pihak Systema turut mendorong rakyat malaysia untuk melakukan pemeriksaan gusi, melalui gumhealthcheck.com, sebuah laman sesawang percuma yang membantu anda untuk memeriksa tahap kesihatan gusi anda.


Laman sesawang percuma tersebut adalah sebahagian dari kempen kesedaran dan pendidikan 2019 'Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte', sebuah kolabrasi bersama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.


Menurut Dr June Lim, Pengurus Hal Ehwal Saintifik Southern Lion Sdn Bhd, penyakit gusi adalah penyakit yang senyap kerana pada peringkat awal, ianya tidak terlalu sakit ataupun tiada sakit lansung dan kebiasaanya berlaku tanpa kesedaran pesakit.


"Penyakit gusi adalah penyakit yang dapat di pulihkan kepada keadaan asal dan dapat di hindari pada peringkat awal dengan penjagaan kebersihan mulut yang mudah serta lawatan ke klinik pergigian", tambah Dr. June Lim.

Matlamat kempen tersebut adalah untuk membantu rakyat Malaysia dalam mencapai kesihatan mulut yang lebih baik dan memotivasikan mereka dalam mengekalkan 20 gigi semulajadi apabila umur 60 tahun keatas supaya mereka dapat menikmati jangka hayat yang lebih bagus, selari dengan objektif Kementrian Kesihatan Malaysia.

Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan jepun 'Ganbatte' yang bermaksud 'anda boleh melakukannya'. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga Kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi.

Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa Kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat.

Harga dan Kebolehdapatan
Produk-produk Systema boleh di dapati di sekuruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga RM 12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plague, manakala berus gigi pula berharga RM 7.80 hingga 12.55.















You Might Also Like

7 comments

  1. Sy pun sering mengalami masalah gusi.. Mmg stiap 6 bulan ke klinik nak scalling gigi.. Kena jaga gigi dgn baik. Nti belum tua lg dah xda gigi.. Thanks atas perkongsian kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama syg... gigi kena jaga sebab klu gg x cantik mg akan buat seseorg kurang keyakinan

      Delete
  2. gigi n gusi kena jaga elok2. sebab kita makan kuman trkumpul semua nanti masuk perut.
    kalo mulut bersih bakteria xde.. insyallah kita pun sihat juga.

    ReplyDelete
  3. satu jenama produk untuk kesihatan oral yang dipercayai ramai kan Liza :)

    ReplyDelete
  4. LZ guna jenama Systema NI sebab berus yang halus dan lembut..

    ReplyDelete