Salah satu tempat baru yang menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Perjalanan dari Bandar KK ke KOKOL ni makan masa 45 minit dan kalau korang nak pergi sini pastikan minyak cukup dan brake kereta dalam keadaan yang baik, sebab korang akan melewati jalan berbukit tinggi.
Kokol Farmstay ni atas sikit ja dari Kokol Haven. Haritu rajin sikit naik atas, sebab ada driver bawa haha! Bila kau jenis yang kuat berjalan dan kuat bergambar, memang semua tempat pun kau nak singgah. Al-kisahnya, tersinggahlah disini, walaupun pada mulanya curious juga tempat apa ni kan, tapi banyak pula kereta pelancong dan kereta awam parking tepi tu. So, kitaorang pun park tepi then masuk ke dalam.
Apa yang bestnya, entrance fee hanya RM10.00 sahaja dan, boleh terus redeem minuman. Kira masuk macam free jugalah kan. Bila dah masuk tu WOW! punyalah selalu naik kokol tapi tak pernah jejak kaki disini! LAWA SANGAT! Banyak port gambar yang cantik-cantik. Dah macam pergi alam Fairytale pulak hahaha.
Kat atas tu boleh naik juga, tempat orang ambil gambar dan stay-stay. Boleh ambil permandangan KK juga.
So apa lagi, aktiviti biasa bergambar sakan!
Oh ya kat bawah tu ada tempat yang lagi cantik, kalau korang nak bergambar. Tapi yang tu entrance fee dia RM15. Masih berbaloi sebab masih murah dan puashati! Tapi atas ni pun dah cantik! Boleh stay di sana lama-lama, nak makan pun boleh. order ja, yang penting bayar! haha.
So sampai sini saja, ada tempat best lagi saya update ya! see u next...