POLUMPUNG MELANGKAP

September 11, 2019

Assalamualaikum

Minggu lalu bawalah anak-anak berjalan jauh sikit. Al-maklumlah ibu diorang ni sibuk memanjang. So, kitaorang decide pergi ke Polumpung Melangkap yang terletak di Kota Belud. Perjalanan memakan masa lebih kurang  1 jam 45 minit dari bandar Kota Kinabalu.



Setibanya disana, aktiviti wajib bergambar dekat dengan tulisan i love Polumpung ni. Lepas tu buat pendaftaran masuk kesana.


Entrance fee DAY TRIP :
RM3.00 (Dewasa)
RM2.00 (Kanak-kanak)
0-6 Tahun FREE

Bukan Warganegara 
RM6.00 (Dewasa)
RM4.00 (Kanak-kanak)
0-6 Tahun FREE

Entrance Fee OVERNIGHT :
RM6.00 (Dewasa)
RM4.00 (Kanak-kanak)
0-6 Tahun FREE

Bukan Warganegara 
RM12.00 (Dewasa)
RM8.00 (Kanak-kanak)
0-6 Tahun FREE

KEMUDAHAN
Kalau korang nak bermalam ada pelbagai kemudahan yang diorang dah sediakan, korang boleh sewa ja dengan diorang. Kadar sewa pun tak mahal. Di bawah ni list kemudahan yang diorang sediakan.

Sewa Khemah

2 Orang RM10.00
4 Orang RM20.00
6 Orang RM30.00
8 Orang RM40.00

Pelampung RM3.00 ke atas (2 jam)
Bantal RM3.00
Sleeping Bag RM5.00
Tikar Plastik RM3.00 (Kecil) RM6.00 (Besar)
Tilam Kekabu RM4.00
Kanopi 10x10' RM15.00
Pondok Serbaguna RM40.00 - RM80.00
Meja RM5.00
Kerusi RM1.00
Dewan Terbuka RM10 (Sejam) RM240 (sehari)
Dapur Mini RM40.00
PIT Barbeku RM10.00
Unggun Api RM20.00
Portable Gas RM15.00
Hammock RM15.00
Sulap RM40.00 

Kemudahan yang lain-lain iaitu, tempat letak kereta, tandas, bilik mandi, bilik tukar pakaian, kantin, bekalan elektrik, bekalan air paip, makanan katering, pengangutan van (14org) dan cafe juga ada disediakan disana. So kira kalau korang pergi sana tinggal bawa diri dan peralatan peribadi ja lah. Sebab disana semua pun dah lengkap.



AKTIVITI
Ada beberapa aktiviti yang korang boleh buat kat sana diantarnya adalah:

Berkhemah
Mandi Sungai Pantaran
Unggun Api
Milkyway
Penggambaran
Outdoor & Indoor Games
Tarian Tradisional
Barbeque
Pelampung (Buoy Tubing)

So disana korang memang tak bosanlah sebab ada ja benda yang boleh dibuat. Pemandangan di sana pun tersangatlah indah. Duduk disana saja-saja pun dah buat hati tenang dan awal pagi tu korang boleh tengok permandangan Gunung Kinabalu!

So sebarang pertanyaan lanjut bolehlah klik LINK dibawah ni:

INSTAGRAM







Ambil gambar jauh-jauh ja sebab saya takut masuk air hahah!

You Might Also Like

5 comments