CHANTEEK BORNEO INDIGENOUS MUSEUM : Menarik di Tamparuli

January 20, 2020

Bila pergi Tamparuli mesti orang akan pergi Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik kan dan mungkin ramai yang tak tahu selain Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik, ada lagi tempat menarik yang boleh dilawati sekitar Tamparuli. Salah satu tempat yang kitaorang pergi adalah Chanteek Borneo Indigenous Museum. Firstime okay kitaorang sampai disini.




Apa yang menarik disini, terdapat banyak barangan etnik borneo yang ada dijual disana. Bukan itu sahaja, korang juga boleh bergambar dengan memakai pakaian tradisional yang ada disana dengan fee yang sangat murah dan memang berbaloi. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh lakukan seperti belajar bermain Gong mengikut rentak tradisional Sabah, belajar membuat gelang atau  rantai menggunakan manik tradisonal, menari bambu dan ada juga aktiviti untuk kanak-kanak seperti permainan tradisional. Oh ya, kalau korang nak buat aktiviti korang boleh hubungi Chanteek Borneo Indigenous terlebih dahulu.














Disini saya sertakan sekali harga-harga aktiviti yang saya sebutkan diatas tadi. Untuk kanak-kanak umur 4 hingga 12 tahun keatas dah ada cas ya. 

Museum Entrance RM10 (Adult) RM5 (Children)
Basic Traditional Costume RM10 (Adult) RM10 (Children)
Traditional Costume with Accessories RM30 (Adult) RM30 (Children)
Music & Dance Activity (Add-On) RM10 (Adult) RM10 (Children)
Bracelet's Beading Activity (Add-On) RM10 (Adult) RM10 (Children)
Traditional Games (Add-On) RM5 (Adult) RM5 (Children)
Local food experience (Pre Book) RM15 (Adult) RM15 (Children)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :

Chanteek Borneo Indigenous Museum
Telibong-Tamparuli Road,
89200 Tamparuli, Tuaran
Sabah, Malaysia
+6088 792018 / +6019 5300018
info@chanteekborneo.com
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang setiap hari termasuk cuti Am







You Might Also Like

7 comments

  1. Cntik ny liza.. klu merantau mesti suke tgk tempat2 yg famous dgn doorgift yg ade identti tsendiri utk satu2 tempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah doorgift tu penting bila kita pergi tempat2 org sebab membuktikan kita dah pernah pergi tempat tu dan dijadikan kenangan. kan kan :)

      Delete
  2. cantek betul la kraftangan mereka.. boleh beli satu pun dah seronok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tulah.. unik kan.. kita yg dduk Sabah ni pun suka tengok

      Delete
  3. Byk tmpt menarik disbh akg ni babe..apa lg d kundasang mcm ada 2 3 a tmpt buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kundasang byk sudah tempat baru kan, tu pun belum tepigi lagi

      Delete