Home Deco By Liza Izara : Part 1

January 21, 2020


Assalamualaikum w.b.t 

Kali ni saya nak kongsi sikitlah cara saya deco rumah sendiri. Rumah apartment ja alhamdulillah... cukup besar untuk kami anak-beranak haha! Rumah ni beli lama sudah masa tahun 2011 lagi, masa tu masih bujang so ni ja la rumah mampu milik dan masa tu pun,saya masih bekerja di KL. So, tahun 2013 barulah saya betul-betul dapat tinggal dirumah ni setelah bertahun bertugas di negeri orang. Sebelum kahwin memang dah plan nak beli rumah sendiri, nak duduk rumah sendiri so privacy terjaga dan takla rasa susah sangat lepas kahwin nak mencari rumah sewa dan sebagainya kan. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, turun naik KL-Sabah tiap bulan untuk urus rumah ni ja. 

Saya ni memang jenis suka sangat mengemas, kalau boleh setiap masa nak kemas walaupun dah ada anak. Sampai ada kawan pernah cakap, "rumah ko ni kemas ja selalu, anak ko takda buat semak ka?" hahaha.. semak tu semak jugalah tapi lepas diorang bagi semak, ibunya kemaslah...Kalau rumah tak kemas alahai rasa serabut hidup haha! dan part yang saya suka nak buat dalam rumah ni adalah menghias semua ruang. Kalau boleh sebulan sekali saya mesti akan cuba buat perubahan dalam rumah tu. Tapi kalau perubahan drastik tu saya suka buat setahun 2 kali, masa nak raya dan hujung tahun hehehe.. Barulah feel tu lain macam sikit kan.  

So kat bawah ni serba sedikit dekorasi yang saya buat sendiri. Biasa-biasa ja, tapi puas hati sebab hasil tangan sendiri dan sedap mata sendiri nak memandang.
mula-mula dulu cat warna purple, sebab memang minat purple. Tapi lama-lama dah bosan. 
then letaklah wallpaper ni. tapi ni yang pasang ni memang sembarangan saja tengokla tu buruk gila haha!
lepas tu pergi DIY then cari wallpaper yang cantik-cantik. saya memang suka jenis wallpaper bata-bata macam ni. Nampak real haha.. Tu pun banyak kali tanya kawan-kawan blogger yang lain, walaupun babah blogger sorang tu cakap semua wallpaper yang saya tunjuk tak cantik (jahat kau joe haha!) Janji i suka...

ni lah hasilnya.. Tapi part perhiasan tu nanti kita fikir nak tukar apa ya, sebab bab ni saya memang failed! haha

ni pula ruang menghala ke pintu utama. Pintu tu pun tak cat lagi, tu pun nanti kita fikir nak cat warna apa ya hehe. Nampak tak water heater kat bawah meja tu, nak-nak setahun dah tu tak pasang-pasang lagi hahaha, tu pun nanti kita fikir bila nak pasang. Sekarang ni memang hari-harilah si ibu masak air panas.



so ni lah hasilnya utk ruang sebelah sini. Ruang sebelahnya lagi saya dah ada idea nak buat cuma belum ada masa lagi. So nantikan , deco seterusnya. Oh ya part langsir tu pun kira nak tukar warna lain juga, sebab masa ni, tu ja langsir yang ada dalam almari, so tukar jala sebelum ni pun yang warna merah tu dah buruk haha! 

Oh ya, fungsi meja warna coklat tu tempat letak buku-buka Abg Akim supaya senang dia nak susun jadual buku dia sendiri. Bijak dah anak ibu pandai susun buku sendiri. dan juga tempat letak barang-barang yang lain seperti minyak wangi, minyak rambut, jam, kunci kereta dan sebagainyalah.  

Sebenarnya ruang sebelah sini adalah ruang makan, tapi memandangkan saya jenis yang tak suka ada meja makan, mungkin sebab meja makan saya tu besar sangat kot, jadi  saya decidelah letak sofa kecil kat ruang ni. so nampaklah luas berbanding letak meja makan 6 seater tu. Karpet tu pun actually karpet yang lama dah tersimpan belakang pintu, so  saya  pun saja ja letak kat sana. memang tak sesuai lah kan. warna pun dah lari. Karpet yang asal warna coklat tu ada kat kedai cuci karpet, belum ambil-ambil lagi haha.

Ni pula tandas anak-anak dan tandas tetamu. Rumah ni ada dua tandas, so takdalah berebut nak mandi. Sebab selalu anak-anak ni kamar mandi pun diorang buat macam tamat permainan haha!

Di tandas pun saya pasang wallpaper juga, supaya nampak menarik dan saya jenis tak suka nampak kotoran dekat dinding tandas. So lekat wallpaper ni memang pilihan terbaik haha!

Ladybug warna hijau tu saya beli di kedai Eco RM2.30! Comel sangat 


Ni pula dapur saya. Yang ni part almari ja, keseluruhan belum  buat lagi, sebab belum ada idea haha. Tu pun guna baki wallpaper yang ada. Yang penting nampaklah perubahan dari yang dulu haha!

Kalau boleh semua benda saya nak bungkus pakai wallpaper tau. Macam rak ni hehe. Rak ni dulu macam takda fungsi ja, lepas tu saya decola sikit supaya nampak cantik. dan hasilnya macam kat bawah tu. Rak ni sekarang saya guna untuk anak-anak letak barang-barang diorang. 




Ni pula box-box yang sangat berguna. Sebab saya suka asingkan semua benda mengikut jenis-jenisnya, Contoh, kalau part cas hp, wayar hp, earphone semua letak dalam 1 box. Ubat pun box asing. Barang-barang jahitan pun macam tu juga. So bila cari senang sikitlah. Terus ja angkat 1 box tu.

So setakat ini sahaja dulu perkongsian saya. Bolehlah sikit-sikit kan. Rumah sendiri dan bajet pun tak besar masa nak buat.

Wallpaper 5m segulung, Harga RM15.00 beli adalah dalam 8 gulung. 
Wallpaper dalam tandas tu pula 2m, harga RM3.30 beli dalam 10 gulung untuk 1 tandas tu.
Box-box tempat simpan barang tu pun saya beli di Kedai ECO dengan harga RM2.30 sebuah. Box kecil dibawah tu 2box RM2.30

So jimat tak? Boleh ja hias rumah dengan bajet yang ciput, Yang penting korang pandai nak hias. So jumpa entry akan datang ya :) 

You Might Also Like

9 comments

  1. cantik, orang kalau minat mendeko ni semua menjadi je...
    akak dah setahun ddk umah sendiri niat nak mendeko sellau ke laut je huhuhu
    maklum memang jenis tak reti nk mendeko-deko

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat kak, cuma tulah klu kurang kreatif ni pun idea ntah apa2 hahahha

      Delete
  2. memang lawa lah wallpaper kat tandas tu. bunga2 tu saya suka ^_^

    ReplyDelete
  3. Tandas tu bah, cantik wallpapernya.

    ReplyDelete
  4. Kreatifnya ko babe..tgn seni..klu aq yg buat balik2 rosak hahaha...apapun ctk bahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni pun karas juga tangan ni sebab lama x buat benda2 bgni kan... tq babe

      Delete