Jambatan Gantung Tamparuli

August 23, 2019

Seriously, ni kali pertama I jejak kaki ke Tamparuli! hahaha... Padahal dekat je pun dari Bandar KK. Tapi tulah hehe...takpala lepas ni boleh datang sini lagi, sebab kat sini banyak jual buah-buahan tempatan. Murah pula tu. WOW! Kalau bukan sebab Pakej Percutian Daend Tour & Car Rental taklah I sampai kesini. Thank you! Aidil & Daeng.


Di sana terkenal dengan Jambatan Tamparuli. Ala lagu yang kedengaran diradio Sabah tu. Tulah dia. Tapi jambatan tu ada kisahnya sendiri. Kisah tragis yang mengorbankan nyawa akibat daripada pengkhianatan dan cinta tiga segi diantara gadis Tamparuli yang cantik, Pegawai British dan Pemuda tempatan dan juga pembunuhan ritual yang harus dilakukan, demi untuk menjayakan pembinaan jambatan ini. Alamak ai seram pula.



Pendekkan cerita, aktiviti kitaorang disana cuma bergambar atas jambatan tu sahaja dan makan  buah-buahan tempatan. Okay ni pertama kali kawan-kawan I makan buah tarap okay. Teruja diorang tu, sampai saya pun ikut teruja haha. Tapi harga kat sana jauh lebih murah yang ada diluar tau. Buah Tarap tu bermula dari RM3  ke atas. Rm3 tu pun dah puas makan. Durian pula, yang dah siap packing hanya RM10 sahaja. Durian bukan biasa-biasa tau, pelbagai jenis durian dengan harga semua murah!








Atas jambatan tu korang bolehlah ambil  gambar banyak-banyak dan boleh tengok sunset juga kat sana. Pemadangan pun cantik. Alam semulajadi gitu. Okay jumpa next entry muaxxx...




Daeng Travel & Tours
Lot 32-2, Blok E, 1st Floor,
Kepayan Perdana Commercial Centre,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact
010-6697102 (Cik Ezza)
010-3927102 (Cik Effa)
+6088-213494 (Office)





You Might Also Like

2 comments