Assalamualaikum, beberapa minggu yang lalu saya sempat pergi ke Cabana Retreat yang mana terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Perjalanan kesana mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit daripada bandar Kota Kinabalu.
Berkonsepkan The First Pop Up Beach Resort di Malaysia. Cabana Retreat ini terletak di sepanjang pantai Rampayan,Kota Belud. ia adalah lokasi yang ideal untuk korang bersantai dan berehat.
Bukan hanya untuk berehat, bersantai dan bercuti, malahan majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, Birthday party, Bridal Shower dan Majlis Pertunangan juga boleh diadakan disana. Jangan risau, korang bagitau ja korang nak tema yang macamana, Cabana Retreat akan merealisasikan impian korang. Oh ya, mereka juga ada menyediakan khidmat katering.
Kalau korang mau jalan-jalan saja pun boleh. Cuma bayar RM5/seorg sahaja. Macam kami haritu, memang niat untuk berjalan-jalan dan bergambar-gambar. So, Tiada limit masa pun, boleh ja berjam-jam disana, itupun kalau tahan cuaca panas pantailah hehe.
Selain itu, ada juga aktiviti yang korang boleh join disana, antaranya adalah :
Memandu AVT -
10 minit RM30
30 minit RM80
Berbasikal -
10 minit RM5
30 minit RM10
Fireflies ONLY (Adult/Kid) -
RM30
River Cruise & Fireflies (Adult) -
RM75
River Cruise & Fireflies (Kid) -
RM65
Kalau korang nak tidur disana pun boleh. Bilik-biliknya semua berbentuk canopy. Tapi jangan risau dalam tu semua lengkap. Ada katil, ada tilam, ada selimut, ada lampu, pendek kata sama macam korang tidur dalam bangunan hotel. Tapi rasa-rasanya Cabana Retreat ni lagi best kot sebab lain daripada yang lain kan kan hehe.
Harganya pula tidakla terlalu mahal, memang sesuai dengan apa yang kita nikmati disana.
Romantik Room
RM180
Deluxe Queen
RM200
Deluxe Single
RM150
Classic
RM150
Quad
RM200
Walau bagaimana pun, korang boleh contact semula Cabana Retreat manatau ada sebarang perubahan hargakan.
Lets
Camping in Style. Affordable price!
Pack your bag now and see you at Cabana Retreat 🌴.
𝗖𝗮𝗯𝗮𝗻𝗮 𝗥𝗲𝘁𝗿𝗲𝗮𝘁
Jalan Rampayan Laut, Kota Belud
89150, Sabah, Malaysia
☎️ +6013-885 0903
www.cabanaretreat.com
#malaysiatrulyasia #cuticutimalaysia #sabahtourism #cabanaretreat
So cukup untuk kali ni, hanya review ringkas dari saya. Jumpa entry akan datang ya. Love u all



































