Ramadan Staycation - Holiday Inn Express City Centre

April 21, 2021

Assalamualaikum & Selamat Berpuasa semua.. Harini masuk hari ke 9 umat islam berpuasa. Mesti dah banyak tempat korang berbuka kan? Macam saya minggu lalu, alhamdulillah ada rezeki Berbuka di Holiday Inn Express Kota Kinabalu City Centre yang terletak di bandar KK. Bukan setakat Berbuka ja, Penginapan pun disediakan. Rezeki sangat Bulan Mulia ni. Terus bawa anak-anak bercuti.

Holiday Inn Express ni seingat saya baru saja di buka pada akhir tahun lalu 2020. Yalah dengan situasi yang negara kita sedang hadapi, memang banyak perniagaan yang terjejas, termasuklah Perhotelan. 

Pertama kali mendengar nama Hotel ni, rasa macam ok ni hotel biasa-biasa ja ni. Tapi bila melangkah masuk ke dalam Lobby Hotel tersebut, satu ayat yang saya mampu cakap WOW!!! Seriously begini cantik Hotel ni? Design yang sangat moden. Rasa macam tak sesuai nama tu dengan kecantikkan hotel tersebut haha! But, good job sebab keselesaan, susun atur, reka bentuk memang TERBAIK! 

Oh ya sempena Bulan Ramadan ni, Holiday Inn Express buat PROMO tau. Harga PROMO RM150/per room. Harga tu dah termasuk Sungkai & Sahur. Tak payah susah-susah cari sahur lagi. Yalah masa-masa sekarang ni, belum ada lagi Restoran yang buka 24jam kan. Jadi Hotel ni memang sangat sesuai untuk menginap di Bulan Ramadan. Makanan dia pula taklah banyak macam hotel-hotel lain, sebab konsep Hotel ni EXPRESS so makanan simple tapi SEDAP! Setanding dengan masakan hotel-hotel 5 STAR! Tak caya trylah makan kat sana. 

Hotel ni juga mempunyai Meeting Room, jadi mana-mana Jabatan/Syarikat yang nak buat Meeting bolehlah ke Hotel ni. Lagi satu di ruang Lobby ada Komputer yang disediakan termasuk printer dan scanner. Jadi boleh terus print dan buat kerja di situ. Best kan kan.. sangat memudahkan! Gym pun ada tau. So di bawah ni ada gambar dan details tentang PROMO tersebut. Korang boleh rujuklah di sana ya. Jumpa entry akan datang.

AddressNo. 1, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah














You Might Also Like

8 comments

  1. Follower #397. Terima kasih lawat blog saya.
    Seronok dapat tidur hotel kemudian dapat berbuka dan sahur sekali.

    ReplyDelete
  2. Wow! memang cantik hotelnya. Boleh tahan juga harga sekali dengan sungkai dan sahur. Kira murah dah lah tu kot kan :)

    ReplyDelete
  3. Cantikkk biliknya. Ramadhan pun ada staycationnnn wow hahaha.
    Senang, sahur terus. Tak payah pening pikir nak sahur apa kan hehehe.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih sudi tinggalkan komen kt blog akak...btw akak dh follow blog sis ni rupanya

    ReplyDelete
  5. cantik dan suka tgk atmosphere hotel tu..
    terima kasih jengah ke blog iamfuzy..

    ReplyDelete
  6. Menarik tu staycation promosi.. Memang murah 😁

    ReplyDelete
  7. cantik hotel nya tu, harga pun berpatutan sangat...
    mesti seronok dapat menginap situ

    ReplyDelete