INAP SULAP KENUNOK, KG. GIMBA KUALA PENYU, SABAH

April 07, 2021

Sekali sekala cabar diri
untuk tinggal tempat-tempat mcm ni . NO internet ! NO electric ! Tp jgn risau sebab drg gunatenaga solar/battery. Line HP pula cuma da celcom ja. Itupun kadang ada kadang tiada. Tapi buat apa datang sini kalau setakat duduk tengok HP kan! Tengokla keindahan tempat tu. Sure korang mesti rindu nak datang balik. Mula-mula sampai rasa tak yakin sebab tak pernah tinggal rumah begini tp baru semalam tinggal sana, aku boleh cakap tempat ni memang WOW! SHort vacation yang sangat TERBAIK pernah aku rasa. Suasana perkampungan tu yang MAHAL! memang tak dapat diungkap. Kena sendiri rasa baru tahu kenapa aku cakap mcm tu. Kalau tidur tu memang dengar sangat deruan sang ombak.. NYAMAN kita tidur nya org brunei haha

I called this place "Perkampungan
Bunian" So ada berani?

Rate sebuah rumah RM109/semalam. Muat 6-8 org ikut
keselesaan kamurang




Tempat makan jangan risau sebab diorang ada warung, bagitahu ja yang korang nak makan di warung atau tuan rumah boleh masakkan untuk korang!
Tak mahal harga kampung-kampung MEMANG MURAH DAN YANG PENTING KENYANG DAN SEDAP!
ATAUPUN korang boleh masak sendiri. Sebab disana peralatan dapur semua lengkap! Siap ada dibekalkan beras, nescafe dan mcm2 lagi la..
Tuala, selimut, bantal tilam,sejadah pun sudah tersedia. Toiletrise pun ADA!





Tandas,dapur, rumah TIP TOP bersih sangat! Malam boleh tangkap udang,memancing, sama tengok kunang2. Boleh stay2 lepak diluar rumah, sambil-sambil main gitar! Nyamuk? masa tidur tu tak ada pula kena gigit nyamuk haha!










Ni warung diorang, makanan pun sedap dan murah. Sebelah-sebelah tu pula ada jual hasil-hasil kraftangan orang kampung disana. Harga tak mahal, boleh beli untuk buat ole-ole.




Kalau siang pula korang boleh mandi-manda, berkayak dan memanccing!



Untuk berkayak korang kena sewa 1 jam RM15.

Jadi korang datanglah ke Inap Sulap Kenunuk. Orang kampung memang semua terbaik dan peramah, rasa diraikan betul masa kesana .

Contact person untuk booking +60128367466 atau +60 19-5241976




You Might Also Like

4 comments

  1. Menariknya tempat ni. Something yang rare dan suka dengan view nature. Penginapan ala kampung yang menarik. Erk..Perkampungan bunian tu macam seram pulak didengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan.. rarae klu bercuti diperkampungan ni.. sbb dok bandar memang bosan da dgn keadaan bandar.. nak juga dok kampung2 aman damai je

      Delete
  2. wahh menarik kuala penyu nih.,. nyaman je nampak ;p

    ReplyDelete