Pembukaan Cawangan Pertama Jollibee di Malaysia!
December 17, 2018
Jollibee Buka Cawangan Yang Pertama di Malaysia - Chickenjoy dan
hidangan terkenal yang lain dijangka memenuhi selera rakyat Malaysia.
Hello hi Jollibee Fans!
15 Disember 2018 – Jollibee, restoran yang menghidangkan Chickenjoy yang
terkenal di seluruh dunia, hari ini dibuka secara rasminya di Malaysia
dengan ramai pelanggan beratur selama berjam-jam untuk mendapat giliran
mereka untuk menikmati hidangan Jollibee yang lazat.
Apa yang menarik minat pengunjung adalah ayam goreng Chickenjoy dari
menu Jollibee yang rangup di bahagian luar dan enak di bahagian dalam.
Hidangan ayam yang terkenal di seluruh dunia ini, Chickenjoy mendapat
pujian daripada chef selebriti, mendiang Anthony Bourdain, serta
pelbagai penerbitan antarabangsa seperti South China Morning Post dan
Foodbeast.
Picture Credit and Thanks to : curiostraveller.com |
Selain daripada ayam goreng yang lazat, para peminat di Malaysia juga
boleh menikmati Jolly Spaghetti dari Jollibee – dengan sos cita rasa
manis penuh dengan hirisan hotdog; dan Yumburgers – gabungan klasik
kepingan daging Jollibee yang diperbuat daripada daging lembu 100% asli
dan kuah burger istimewa.
Picture Credit and Thanks to : yatieowner.com |
Peminat di Malaysia kini boleh mencuba menu jualan terbaik Jollibee di
cawangan pertamanya di Center Point Sabah, Kota Kinabalu. Restoran ini
dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Jollibee merupakan jenama utama Jollibee Foods Corporation (JFC), yang
menjadi syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling pesat berkembang
di dunia. Modal pasaran syarikat telah mencecah USD 6.1 bilion pada 7
Disember, 2018.
Bermula dengan hanya dua buah kedai aiskrim. JFC telah berkembang
sehingga melebihi 4,300 buah cawangan dan 14 jenis jenama meliputi 21
buah negara. Di Filipina, jenama Jollibee adalah lebih besar berbanding
gabungan dua pesaingnya yang terdekat. Cawangan-cawangan Jollibee kini
terdapat di 14 buah negara antaranya termasuk Amerika Syarikat, United
Kingdom, Kanada, Itali dan Emiriah Arab Bersatu. Di Vietnam, Jollibee
merupakan restoran makanan segera yang paling cepat berkembang dengan
lebih 100 buah cawangan. Di Brunei, ia merupakan restoran makanan segera
#1. Di Hong Kong dan Singapura, Jollibee telah berjaya menarik minat
warga tempatan yang menjadi separuh dari pangkalan pelanggannya.
“Ini adalah satu lembaran baru yang menarik bagi Jollibee sempena
pembukaan cawangan pertama di Malaysia. Kami menjemput semua rakyat
Malaysia untuk datang dan melihat sendiri bagaimana para peminat beratur
panjang untuk menikmati hidangan yang lazat seperti Chickenjoy, serta
layanan kami yang mesra,” kata Ernesto Tanmantiong, Ketua Pegawai
Eksekutif Jollibee Foods Corporation.
Pada bulan Oktober yang lalu, para peminat telah membanjiri cawangan
terbaru Jollibee di London dan telah beratur sehingga selama 18 jam
untuk menikmati hidangan Jollibee kegemaran mereka. Pembukaan sebuah
lagi cawangan di Manhattan pada bulan November turut menyaksikan orang
ramai telah sanggup beratur selama 20 jam dalam kesejukan dan hujan.
“Makanan yang enak tidak mengenal sempadan. Selain di negara sendiri,
Jollibee turut digemari di seluruh Asia dan benua-benua lain walaupun
selera dan budaya mereka berbeza. Ini telah berjaya menjadikan kami
sebagai syarikat restoran Asia yang paling pesat berkembang dan kami
sangat gembira dengan sokongan yang diberikan. Sokongan ini memberi
semangat untuk melakukan yang lebih baik untuk pelanggan dan sentiasa
menghidangkan makanan yang lazat dengan layanan kami yang mesra,” kata
Dennis Flores, Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa – Eropah,
Timur Tengah, Asia, dan Australia.
*Terbesar daripada segi modal pasaran, paling pesat berkembang daripada segi rangkaian cawangan
Picture Credit and Thanks to : Facebook JollibeeMalaysia |
Photo 1: Crowds of fans lined up for hours to get to eat Chickenjoy,
Jolly Spaghetti, and other bestsellers at the opening day of the first
Jollibee store in Malaysia.
Picture Credit and Thanks to : Facebook JollibeeMalaysia |
Photo 2: Greeting the first customer were, from L-R, Shahzul Zulkefli,
Restaurant Manager; Dennis Flores, President and Head of International
Business – Europe, Middle East, Asia, and Australia – Jollibee Foods
Corporation; Mohd Jamal Salleh, Director, Golden Beeworks Sdn Bhd; Chong
Fook Seng Patrick, Director, Golden Beeworks Sdn Bhd; and Rodel
Alcantara, Assistant Vice President and Market Head for Malaysia,
Brunei, Singapore, and Europe.
Tentang Jollibee Foods Corporation
Jollibee Foods Corporation merupakan syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling cepat berkembang di dunia.
Ia beroperasi di 21 buah negara, dengan lebih daripada 4,300 kedai di seluruh dunia dengan cawangan di Filipina, Amerika Syarikat, Kanada, China, United Kingdom, Itali, Vietnam, Brunei, Singapura, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain, Indonesia, Costa Rica, Mesir, El Salvador, Panama and kini di Malaysia. Syarikat mempunyai 7 jenama milik penuh (Jollibee, Chowking, Greenwich, Red Ribbon, Mang Inasal, Yonghe King dan Hong Zhuang Yuan), 2 jenama francais (Burger King di Filipina dan Dunkin 'Donuts di wilayah-wilayah tertentu di China), pemilikan 85% dalam rangkaian Smashburger yang berpangkalan di AS dan pemilikan 60% dalam SuperFoods Group yang memiliki jenama Highland Coffee dan PHO24.
JFC mempunyai pelaburan dalam Titan Dining LP, entiti induk muktamad bagi Tim Ho Wan Pte. Ltd (Franchisee Induk Tim Ho Wan di rantau Asia Pasifik tidak termasuk Hong Kong); dan usaha sama perniagaan dengan Chef Rick Bayless yang telah memenangi anugerah untuk membina perniagaan restoran kasual segera Mexico di Amerika Syarikat. JFC baru-baru ini telah menandatangani perjanjian usaha sama untuk membuka Panda Express di Filipina.
Jollibee Foods Corporation telah dinamakan sebagai syarikat Filipina yang paling dikagumi oleh Asian Wall Street Journal selama lapan tahun berturut-turut dan diberi penghormatan sebagai salah satu daripada '200 Syarikat Terbaik Di Bawah Satu Billion di Asia' dan salah satu daripada 'Fab 50 Companies Asia' oleh Majalah Forbes Asia.
Jollibee Foods Corporation telah mengembangkan jenama yang membawa pengalaman menikmati hidangan yang menyenangkan kepada para pelanggannya di seluruh dunia, sejajar dengan misi untuk memberi makanan yang hebat dan menyebarkan kegembiraan makan kepada semua orang.

Jollibee adalah jenama utama Jollibee Foods Corporation. Terkenal dengan hidangan ayam goreng Chickenjoy, Jolly Spaghetti dan Yumburger, Jollibee adalah peneraju utama pasaran di Filipina, dengan rangkaian cawangan yang lebih besar berbanding gabungan dua pesaingnya. Jollibee merupakan QSR yang paling cepat berkembang di Vietnam dengan lebih dari 100 buah cawangan, dan QSR nombor satu di Brunei. Jenama ini juga telah menyaksikan kejayaan dalam memenuhi pasaran utama di Singapura dan Hong Kong di mana kira-kira separuh daripada pelanggannya terdiri daripada warga tempatan. Jenama telah memulakan pelan pengembangan antarabangsa secara pantas.
Jollibee mempunyai lebih daripada 200 buah cawangan antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Vietnam, Singapura, Brunei, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain, Malaysia, dan wilayah khas Hong Kong dan Macau.
Chickenjoy Jollibee telah dinamakan sebagai antara ayam goreng yang paling lazat oleh penerbitan yang dipercayai seperti South China Morning Post dan Foodbeast. Ia juga telah dinamakan sebagai antara rangkaian makanan segera antarabangsa yang teratas oleh Thrillist dan The Daily Meal.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Zulfadli Yusmar (zulfadli@bridgespr.com.my) atau Derek Fong (derek@bridgespr.com.my) di 03 – 79821750/51
0 comments