DuitNow. Cara Baru untuk Membayar. Dibuka kepada Orang Ramai.
December 17, 2018
DuitNow,
perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor
telefon bimbit penerima, kini dilancarkan melalui saluran perbankan
Internet dan/atau Mudah Alih bank-bank berikut:
1.
Ambank (M) Berhad
2.
Bank Islam Malaysia
Berhad
3.
Bank of China (Malaysia)
Berhad
4.
BNP Paribas
Malaysia Berhad
5.
CIMB Bank Berhad
6.
Citibank Berhad
7.
Hong Leong Bank
Berhad
8.
HSBC Bank Malaysia
Berhad
9.
Malayan Banking
Berhad
10. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
11. Public Bank Berhad
12. RHB Bank Berhad
13. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
14. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
Susulan daripada pelancaran ini, rangkaian institusi-institusi yang
menawarkan perkhidmatan DuitNow akan diperluaskan dengan penambahan 17 bank dan
syarikat e-dompet tidak lama lagi.
Pelanggan yang ingin menerima pemindahan dana melalui
DuitNow dengan menggunakan nombor telefon bimbit mereka perlu melakukan
pendaftaran satu kali sahaja untuk memautkan nombor telefon bimbit ke nombor
akaun bank mereka. Pelanggan juga boleh memautkan nombor MyKad atau MyPR, nombor
Tentera atau Polis, nombor Pasport atau nombor Pendaftaran Perniagaan ke akaun
bank mereka untuk menerima wang.
“Kami amat berbesar hati dengan sambutan daripada
jutaan rakyat Malaysia yang telah mendaftar untuk DuitNow yang membolehkan
mereka menerima dana dengan menggunakan nombor telefon bimbit dan nombor MyKad
mereka,” kata Encik Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet,
pengendali DuitNow.
Pelanggan bank kini boleh melihat,
mengubah suai atau memindahkan pendaftaran DuitNow mereka melalui saluran
Perbankan Internet atau Mudah Alih di 14 buah bank. Bagi memastikan kemudahan kepada
pelanggan, bank-bank di Malaysia telah bekerjasama supaya pelanggan dapat
melihat pendaftaran mereka di semua bank apabila mereka mengunjungi Perbankan
Internet atau Mudah Alih mana-mana satu daripada bank mereka.
Pemindahan dana sehingga RM5,000 adalah percuma
untuk semua pengguna dan perusahaan kecil sederhana (PKS). Pelanggan boleh melakukan
pemindahan dengan mengakses tab DuitNow di bawah menu ‘Pemindahan Dana’ di saluran
Perbankan Internet atau Mudah Alih bank masing-masing. Sesetengah bank juga akan
mengetepikan caj transaksi DuitNow bagi pemindahan dana yang melebihi RM5,000.
“DuitNow merupakan fasa pertama dalam langkah beberapa
tahun oleh industri perbankan untuk memodenkan infrastruktur pembayaran runcit di
Malaysia. Usaha ini bertujuan memperkenalkan satu platform yang kos efektif,
tangkas dan fleksibel bagi menyokong produk e-pembayaran yang inovatif dan baru
bagi menyampaikan cadangan nilai pelanggan yang unggul,” tambah Encik
Schiesser.
Bersempena dengan pelancaran DuitNow, satu peraduan akan dijalankan di
seluruh negara bermula pada 8 Januari 2019, di mana pelanggan bank yang telah
mendaftar untuk menerima dana melalui DuitNow akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah
menarik bernilai jutaan Ringgit. Peraduan ini akan menggalakkan lebih ramai
rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup tanpa transaksi tunai dengan memberi
ganjaran kepada mereka yang menggunakan transaksi DuitNow.
Mengenai
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) ialah rangkaian pembayaran infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang terulung di
Malaysia. Kami mempelopori inovasi serta membina dan mengendalikan sistem
pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang membolehkan
pelaksanaan dan pembangunan sistem kewangan dan juga ekonomi keseluruhan
Malaysia secara selamat, cekap dan boleh dipercayai. Bank Negara Malaysia (BNM)
ialah pemegang saham terbesar PayNet, dengan 11 institusi kewangan utama di
Malaysia sebagai pemegang saham bersama. PayNet juga berfungsi sebagai platform
untuk memanfaatkan kerjasama dalam sistem perbankan Malaysia bagi
mempercepatkan penggunaan pembayaran elektronik.
Cik Amy Pang
Telefon: +603 2264
8689
0 comments