LEE KUM KEE COOKING CARAMEL PILIHAN SIHAT UNTUK SEISI KELUARGA

March 09, 2018



Jenama yang tidak asing lagi di pasaran yang terkenal dengan rangkaian sos  masakannya, Lee Kum Kee kini memperkenalkan satu lagi keluaran produknya yang diyakini selamat dan berkualiti tinggi.

Lee Kum Kee Cooking Caramel diperbuat daripada Karamel Kelas 1, iaitu gred tertinggi dalam empat pengelasan karamel kerana ianya diproses secara minimum tanpa sebarang penambahan sebatian kimia. Selain daripada itu, produk ini juga bebas dari sebatian 4-methylimidazole (4-MEI) yang berbahaya.


Dihasilkan melalui piawaian kawalan kualiti yang paling ketat dan hanya menggunakan Karamel Kelas 1, Lee Kum Kee Cooking Caramel juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet. Dengan jaminan ini, pengguna boleh menyediakan hidangan kegemaran keluarga mereka tanpa was was.


Dengan penambahan sos Lee Kum Kee Cooking Caramel ke dalam masakan anda, ianya akan menambah baik penampilan masakan dengan warna yang lebih menarik serta memberikan aroma dan rasa yang secukupnya tanpa menimbulkan rasa pahit yang biasa dikaitkan dengan sos memasak berkaramel. Tambahan pula, sos ini juga sesuai digunakan untuk resipi tumisan di mana karamel masakan ini memberikan warna coklat kemerah-merahan yang menjadikan sesuatu juadah itu sukar untuk ditolak.



Syarat kualiti yang paling ketat ini menjadikan Lee Kum Kee – pengeluar sos tiram dan peneraju dalam sos Cina autentik – satu jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sos berkualiti yang menambah keenakan hidangan makanan Cina, sama ada untuk masakan di rumah yang dimasak dengan penuh kasih sayang mahu pun yang disediakan secara profesional oleh chef.

Lee Kum Kee Cooking Caramel yang baru ini menjadikan hidangan kelihatan lebih menarik dengan warna yang menyelerakan sambil memberi keyakinan dan kepuasan kepada pengguna kerana ia selamat dan bebas dari 4-MEI,” kata May Lim, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Timur Tengah dan India di Lee Kum Kee (M) Sdn. Bhd.



"Produk ini dihasilkan di kilang serantau kami yang diperakui Halal di Shah Alam dan diperbuat daripada ramuan dari gred terbaik di mana keselamatan makanan adalah keutamaan bagi kami. Di Lee Kum Kee, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti sos kami supaya pengguna dapat menikmati cita rasa yang autentik secara selamat dalam masakan mereka," tambah May.

Lee Kum Kee Cooking Caramel dijual pada harga runcit RM5.50 (350ml) dan RM10.50 (740ml) dan boleh didapati di pasar raya mini, pasar raya dan pasar raya besar terpilih di seluruh negara.

You Might Also Like

0 comments