Cuti-Cuti Sabah - Kampung Style : My Nurul Homestay | Ponohuan, Papar

March 29, 2018

Kampung Style : My Nurul Homestay | Ponohuan


Pertama kali jejak kaki ke sini, memang tak pernah terfikir untuk mengalami percutian singkat yang tersangatlah best dan bermakna. Lebih kurang 45 minit daripada tempat tinggal saya sendiri, (Lokkawi Height), rupanya ada tempat yang sungguh mendamaikan. Jauh daripada kesibukan bandar dan memang tak dinafikan, sepanjang perjalanan terbayang-bayang mungkin tempat ni sama seperti tempat lain yang pernah jejaki. But guess what???? Sampai ja di Ponohuan, rasa nak menjerit hahhaha. Mana yang selalu stress, nak jauh dari suasana bandar, nak ketenangan tempat ni PALING SESUAI untuk korang Release Tension!!

Dengan keadaan Kampung Style, Sungai yang tersangatlah cantik dan Suasana yang sangat mendamaikan, membuatkan kami sekeluarga terlebih excited hahaha. Lebih-lebih lagi part tempat tinggal yang sangatlah comel dan kreatif. Kalau korang nak tahu, struktur penginapan yang dibina di My Nurul Homestay kebanyakkannya menggunakan bambu 99%. Waaaahhhh dapat tak bayangkan? selama ni tak pernah tinggal rumah jenis macam tu, bila dapat tinggal, punyala jakun semacam hahahaha. 

12.00 Tepat kami sekeluarga tiba di My Nurul Homestay, Ponohuan. Dan masa tu ramai sangat pengunjung lain yang turut berada disana. Wah happening sangat. Ada yang tengah duduk ramai-ramai sambil main gitar, ada yang tengah buat barbeque, ada yang tengah bermain di My Nurul Open Gym dan ada yang tengah duduk-duduk di tepi sungai dengan rakit. OMG !!!!! nak gambarkan pun excited, apatah lagi ketika berada disana. Masuk saja Homestay yang telah disediakan oleh Pihak Nurul semuanya sibuk jenguk-jenguk rumah dari luar sampai dalam, dari dapur sehinggalah ke tandas dan tingkat atas hahaha. Comel gila homestay My Nurul ni. Lengkap dengan segala keperluan basic. Nak masak dalam rumah pun boleh. Nak barbeque kat tepi sungai pun boleh tau.

Selesai makan, apa lagi kitaorang terus menuju ke sungai sebab anak-anak buah yang turut sama, semuanya tak sabar nak terjun sungai haha. Yang bestnya. tempat ni ada part-part  yang orang dewasa boleh mandi dan tempat khas untuk kanak-kanak mandi. Of Course tempat dewasa tu bahaya untuk kanak-kanak. dan satu lagi My Nurul Homestay sangat-sangat menitikberatkan soal keselamatan. Setiap tempat ada guide yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan para pengunjung. 

Entrance FEE 
RM5 - 13 tahun ke atas
RM2 - 13 tahun ke bawah - 7 tahun
PERCUMA - 6 tahun kebawah

Dengan entrance fee yang sangatlah murah tu, tu korang boleh guna semua facility yang disediakan disana. Seperti, Open Gym, Life Jacket, Tempat Barbeque, Pondok Ruang Solat dan macam-macam lagi. Bagi pengunjung yang tak ada kenderaan contohnya yang datang dari Semenanjung, Sandakan, Tawau atau dari mana-mana tempat yang berada luar daripada kawasan Papar, My Nurul Homestay juga menyediakan pengangkutan daripada Kota Kinabalu ke My Nurul Homestay dengan rate yang sangat berbaloi:

 1-3 Orang RM80
10-14 orang RM400 


Nak booking boleh direct contact My Nurul Homestay di talian +60177053872 atau boleh juga email mynurulhomestay@gmail.com

Bagi Homestay yang kami tinggal rate semalam adalah RM180 dan boleh muat seramai 10-12 orang. Peralatan dapur semua telah disediakan, korang cuma perlu bawa barang untuk dimasak sahaja. Oh ya kat sana juga ada cafe yang disediakan, kalau malas nak masak, beli ja di cafe tu. Senang hidup hehehe. Bagi yang datang 4, 5 orang tu ada Homestay best untuk korang tau, nak tahu Homestay apa? Ponohuan Tree House. Rumah atas pokok. Korang boleh klik entry kat sini rumah atas pokok untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan rumah atas pokok tu.

Okay rasanya tak lengkap kalau korang just baca ja pengalaman saya ni tanpa datang dan alami sendiri keadaan disana. Korang WAJIB pergi PONOHUAN MY NURUL HOMESTAY!!! dan dibawah ni terdapat sedikit sebanyak gambar sepanjang berada disana. See you next entry readers... Assalamualaikum
























You Might Also Like

5 comments

  1. Replies
    1. ya cla... best sangat hahah .. nanti repeat lagi, mau try yg rumah atas pokok tu.

      Delete
  2. Waahh bestnyaa~ Kak Liza nampak muda sgat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha di kelilingi org muda, nampakla muda.. cuba sdri2 tua nampak oii hahaha

      Delete