ADA APA DI HONG KONG? JOM BACA
November 25, 2019
Bercuti ke
luar negara adalah impian setiap orang, kita boleh tengok tempat orang, budaya
orang dan sebagainya. tapi yelah kan tak semua orang berpeluang untuk jelajah
ke negara orang terutama negara-negara yang mata wangnya jauh lebih tinggi
daripada kita seperti Eropah, United State, Jepun dan sebagainya. Oleh itu, aku
ada cadangan apa kata kita cuba pergi negara-negara Asia yang hampir dengan
kita dan nilai mata wangnya juga tidak terlalu beza dan lebih rendah daripada
kita. Korang boleh book
Cathay Pacific online atau grab Emirates online
promosi untuk ke Hong Kong dengan menggunakan Traveloka. Kenapa Hong
Kong? Sebab yang utama semestinya nilai duitnya dengan duit kita tidak ada beza
yang terlalu besar. Dan kenapa Traveloka? Sebabnya tiket flight yang ditawarkan
sangat berbaloi kerana dah include check in luggage dan in flight meal.
Berbaloikan?
Tempat
tumpuan utama di Hong Kong semestinya Hong Kong Disneyland. Yelah dekat
Malaysia kita tak ada Disneyland,, jadi bila pergi ke Hong Kong wajib untuk
singgah di sini. Pelbagai jenis tarikan dan permainan yang dapat diterokai oleh
pelbagai lapisan umur. Bila dah sampai di sini, pastikan habiskan seharian
dengan beraktiviti supaya kita rasa betul-betul puas sampai ke Disneyland ni.
So, takdalah rugi percutian korang tu. Bagi menjimatkan kos pula, boleh lah
bawa bekalan makanan sendiri dan pastikan air mineral sentiasa ada. Yelah bila
anak-anak penat main, badan akan cepat dehydrated, so wajib minum air
banyak-banyak tau. Tapi, kalau korang nak datang ke sini, elakkan datang time
weekend ataupun cuti umum, sebab confirm kalau korang datang time tu, sesak
sangat-sangat.
Selain
daripada Disneyland, Madame Tussauds juga salah satu tempat yang menarik korang boleh kunjungi. Macam yang ada
di Malaysia, ia merupakan muzium patung lilin orang-orang ternama di serata
dunia. Ia merupakan muzium lilin yang pertama di Asia. Jadi rugilah kalau korang tak pergi ke sini. Walaupun ia nampak sama, tetapi ia tak serupa. Sebab setiap
negara ada cara tersendiri untuk mempamerkan keunikan tempat mereka.
Seterusnya, A
Symphony Of Lights juga merupakan tarikan utama di Hong Kong. Nama pun
lights kan? Jadi ia sesuai pergi ketika malam secara santai bersama
keluarga tersayang. Ianya telah direkodkan sebagai pesta lampu terbesar di dunia
dalam Guinness Book of World Records. WOW! Hebat bukan. Persembahan lampu-lampu yang diiringi
dengan muzik ini akan diadakan setiap hari pada pukul 8 malam. Kalau korang plan nak ke sini pastikan sampai awal untuk cari spot-spot yang cantik, untuk
record ataupun bergambar.
Sebenarnya
banyak lagi tempat yang boleh dilawati di Hong Kong bersama keluarga, 3 tempat
yang aku kongsikan tadi adalah yang boleh dikira wajiblah untuk korang pergi
kalau sampai sini, terutamanya Disneyland. Rugi sangat dah datang jauh-jauh tapi tak pergi kan Aku harap perkongsian aku ni dapatlah tolong
korang sikit-sikit nanti. Oh ya, tapi kalau korang nak pergi, jangan pergi
tahun ni pula tau. Pergi tahun depan ke, sebab sekarang Hong Kong kan tengah
ada protest, so bagi diorang punya
keadaan reda dulu barulah pergi sana.
18 comments
singgah isnin
ReplyDeletesory hr nie bz x dan blogwalking
heheh takpe.. biasala isnin monday bluesss
Deleteentah bila la kan nak habis protest di HK tu. risau tengok gambar berita kat sana :(
ReplyDeletetulah .. kesian org2 kat sana.. harap semua okay..
DeleteOk, jalan jalan di sini pula mau tinguk ada apa di hong kong.
ReplyDeleteMenarik tu disneyland bah.
ya kak, rasanya klu pg sana mau kena sehari disana, jgn keluar hahaha
Deleteinfo yang menarik. kalau ada rezeki boleh la singgah kan :-)
ReplyDeleteya.. ada rezeki nak juga ke sana :)
Deletekalau sebut Hong kong yang saya tau of course disneyland . Selain tu taktau , heheheh . btw done follow sis cantik nie :)
ReplyDeletehahaha kat sana puas nak main2, tq follow :)
DeleteTeringin nak pi😘😘
ReplyDeletejom pigi :)
DeleteDah follow #377
ReplyDeletetq follow :)
Deletetapi sekarang kan tengah ada rusuhan kat sana, dah ok ke? banyak tarikan menarik di sana kan...
ReplyDeleteaah skg tgh ada rusuhan, masih lagi tu.. tu yg suggest pg tahun depan, tgu reda dlu
DeleteKalau ke Hong kong nak pergi Disneyland je :)
ReplyDeletehahaha bergambar kat dalam tu pun best juga kan :)
Delete