CARA MANDI WAJIB PALING TEPAT

October 02, 2019

Assalamualaikum, kebanyakkan orang mesti terfikir-fikir betul ka tidak cara mandi wajib korang kan. Sebab banyak cara yang kita belajar dan baca dekat laman sosial ni. Jadinya, kita pun tak tahu mana satu yang tepat.

Disini saya kongsikan cara mandi wajib yang tepat untuk panduan buat korang semua. Semoga kita sama-sama terus belajar. Kalau ada salah dan silap dari saya, teguran amatlah dialu-alukan.

Perkara-perkara yang membawa kepada mandi wajib:

1. Melakukan persetubuhan walaupun tidak keluar air (mani)
2. Keluar air (mani) sama ada mimpi atau dengan sengaja
3. Meninggal
4. Masuk Islam
5. Haid
6. Nifas (darahyang keluar selepas melahirkan anak. Biasanya dalam tempoh  40 hari atau maksimum 60 hari selepas bersalin)
7. Melahirkan anak atau wiladah

Cara mandi wajib:

1. Niat ketika air sampai ke tubuh. Membaca Bismillah


(Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala)


2. Sunat membasuh tangan sebanyak 3 kali

3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis

4. Mengambil wuduk seperti biasa, kecuali kaki. (Kaki akan dibasuh selepas mandi)

5. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan air keseluruh badan sebanyak 3 kali siraman

6. Menyiram air di seluruh bahagian kanan badan, dari atas rambut hingga kebawah sebanyak 3 kali. Diikuti dengan seluruh bahagian kiri badan.

7. Membasuh bahagian-bahagian yang sulit seperti ketiak, lutut dan bahagian-bahagian lain, supaya terkena air

8. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

9. Membasuh kaki



Berdasarkan hadis dari Aisyah R.A

Dahulu jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), Baginda membasuh kedua tapak tangannya, kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu Baginda mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkat rambut hingga baginda menganggap telah cukup Baginda menuangkan air ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu menggosok  seluruh badannya, kemudian Baginda membasuh kedua kakinya. 



You Might Also Like

4 comments