Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!
November 09, 2018
SOULed OUT Kota Kinabalu membawa pelanggannya
menyertai perjalanan kuliner di seluruh dunia dengan menu baharu yang
memperkenalkan pelbagai perasa antarabangsa kepada destinasi santai di pinggir
air yang popular.
Dengan sejarah menjangkaui lebih daripada dua
dekad dalam industri makanan Malaysia, kumpulan restoran SOULed OUT sememangnya
terkenal dengan SO Lip-Smacking Food yang menginspirasikan pelanggan setia
untuk mengesyorkannya kepada rakan dan keluarga. Sebagai salah satu daripada
lima pemegang francais SOULed di seluruh Malaysia, SOULed OUT Kota Kinabalu
mengalu-alukan lebih daripada 30 penambahan baharu dalam menu mereka sebagai
sebahagian daripada usaha berterusannya bagi menaikkan proposisi makanan yang menceriakan
yang membentuk asas jenama tersebut.
"Penambahan menu ini berkait dengan
pemasukan dan merangkul pelbagai masakan dari seluruh dunia. Kami ingin
memenuhi pelbagai profil rasa yang lebih luas, jadi biarpun apa jua yang anda
ingini, anda pasti menemuinya di SOULed OUT Kota Kinabalu. Kami sangat teruja
dengan menu baharu dan berbangga dengan perkongsian jangka panjang yang saling
menguntungkan ini dengan pemilik francais Anthony dan Janet." kata Cassie
Wong, Ketua Pemasaran bagi Kumpulan SOULed OUT.
Daripada sajian klasik vegetarian asli yang
sahih seperti 'Kakiage' dan 'Kari Terung', hingga ke interpretasi moden ke atas
makanan yang menceriakan merangkumi 'Mi Hokkien', 'Pasta Beef Ragout' dan 'Pai Biri-biri',
sajian baharu membawa pelbagai hidangan paling ikonik dari seluruh dunia ke
SOULed OUT.
Berkenaan Minuman Thirst-Quenching SO pula,
lapan minuman koktel dan minuman tanpa alkohol yang unik lagi menarik seperti
'Jackfruit Mojito' dan 'Coco Pandan Smoothie' akan memenuhi citarasa serta mencetus
senyuman di kalangan para penggemar minuman. Bagi mereka yang menggemari sajian
manis, menu baharu memperkenalkan enam pencuci mulut dengan nama-nama
terinspirasi pop-budaya seperti 'The Yoda' dan 'Pink Panther' yang pasti
menjadi hit di kalangan anak-anak dan orang dewasa.
Rombakan ini di SOULed OUT Kota Kinabalu
menandakan penggunaan menu baharu di semua restoran SOULed OUT. Pihak yang
berminat boleh menghubungi 088 275 922/016 829 9268 untuk tempahan di SOULed
OUT Kota Kinabalu.
SOULed OUT Kota Kinabalu
G-101,
Imago Shopping Mall, KK Times Square Phase 2,
Off
Jalan Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
t
: 016 829 9268
f
: 088 275 922
w
: souledout.com.my
@souledoutkk
@mysouledout
Waktu Beroperasi : Tengahari
hingga tutup
0 comments