Barbeque Delight Buffet Dinner | The Pan Borneo Hotel Putatan, Sabah

October 01, 2018

Dalam kesibukan sepanjang masa dan hal-hal duniawi ni, sempat juga singgah makan di The Pan Borneo Hotel, Putatan, Sabah. Hilang sedikit rasa tekanan hal-hal yang membebankan otak dan jiwa. 

LOKASI
Lebih kurang 20 minit dari Bandar KK, The Pan Borneo Hotel terletak di bangunan Shopping Mall, 1 Place Mall Putatan, Sabah. Cafe The Pan Borneo Hotel ni pula berada di tingkat 3M. Jangan risau, parking dalam bangunan pun boleh, luar bangunan pun boleh. Paling selamat dan selesa, parkinglah dalam bangunan 1 Place Mall tu.

RATE BBQ Delight Buffet Dinner CAFE THE PAN BORNEO HOTEL, PUTATAN

Jumaat minggu lalu, saya dan rakan-rakan berkesempatan untuk menikmati BBQ Delight Buffet Dinner yang hanya berharga RM68 (dewasa) dan RM45 (kanak-kanak). Buffet pula bermula dari jam 6.30 petang sehinggalah jam 10.00 malam dan hanya pada hari Jumaat sahaja. Saya memang dah banyak kali makan di Hotel ni, bukan apa suasana yang tenang dan damai, dengan kedudukan cafe berdekatan dengan Kolam Renang, membuatkan kita yang makan pun rasa santai-santai saja. 

MENU BBQ Delight Buffet Dinner 

Kambing Panggang adalah menu utama kami haritu, dan saya ni bukan jenis yang suka sangat makan kambing panggang tau. Tapi, kambing panggang The Pan Borneo Hotel seriusly memang sedap okay. Ulang tulis, MEMANG SEDAP !!! Saya recommended sangat peminat kambing panggang, sila makan di sini! menu-menu lain juga berkonsepkan BBQ. Selamat sikitlah untuk orang yang nak diet kan kan (macam saya haha!)

Okay jom menikmati gambar-gambar makanan yang menyelerakan dan melaparkan! 






























Terima kasih Pan Borneo Hotel, Kota Kinabalu 
untuk Dinner BBQ yang sangat sedap!
Untuk maklumat lanjut dan tempahan awal, boleh hubungi Pan Borneo Hotel di talian (60) (88) 327 777 atau ke boleh ke laman sosial Pan Borneo Hotel seperti berikut:
Laman Rasmi : PAN BORNEO HOTEL KK
Facebook : FB PAGE PANBORNEOHOTELKK
Instagram : IG PANBORNEOHOTELKK

Atau terus ke hotel mereka di :-

The Coffee House
Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu
(Formely known as Soluxe and Narada Hotel Kota Kinabalu)
One Place Mall, Lorong Putat 3,
Putatan, Kota Kinabalu
(kredit info: www.yatieowner.com)


You Might Also Like

4 comments

  1. Lama tak blogwalking ..... hehe . Memang femes ni hotel juga ya ....

    ReplyDelete
  2. Tingu ni makanan terus rasa cam menyesal pula nda mkn byk2 itu hari ��

    ReplyDelete
  3. Yum yum sodap! Lovely food i say

    ReplyDelete