PAKAR MENGESYORKAN MAKANAN BERKHASIAT MENJAMIN MENTAL YANG FOKUS UNTUK KECEMERLANGAN AKADEMIK
August 27, 2018Amalan pemakanan berkhasiat adalah satu faktor penting bagi mencapai
tahap prestasi optimum untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran serta
aktiviti ko-kurikulum seseorang, kerana ia menjadikan minda serta tubuh badan lebih
bersedia dalam meningkatkan produktiviti, sesuatu yang ramai kurang memberi
perhatian kerana kesibukan rutin harian semasa di peringkat sekolah lagi.
“Mengamalkan pemakanan berkhasiat menjamin tahap mental yang lebih fokus
serta daya tumpuan seseorang dalam meningkatkan produktiviti, membantu mengurangkan
tekanan dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalani aktiviti
seharian bermula dari pagi sehingga lewat malam,” kata Yau Chin Chin, Pengurus
Kanan, Bahagian Permohonan & Kajian Saintifik, BRAND’S® Suntory
Asia.
Satu-satunya pati ayam dalam pasaran yang disokong oleh lebih daripada
44 kertas saintifik antarabangsa dan hasil kajian klinikal membuktikan bahawa
pengambilan harian BRAND’S® Sari Pati Ayam mampu meningkatkan daya
ingatan sehingga 15% serta meningkatkan daya tumpuan sebanyak 22% sambil menambahkan
metabolisme sehingga 16%.
Yau juga menerangkan, “ Peningkatan aliran darah serta saluran oksigen
ke otak dan tubuh badan akan menghindarkan keletihan mental dan fizikal, di
samping mengurangkan kemurungan serta tekanan hormon, kortisol, supaya
keupayaan untuk kekal cerdas atau fokus tidak terjejas.
Ini dapat membantu
para pelajar untuk mengekalkan minda yang tajam dan mempunyai daya tumpuan yang
lebih baik semasa di dalam kelas dan ketik mengulangkaji pelajaran, manakala peningkatan
aliran darah dan metabolism membantu untuk mengekalkan tahap tenaga untuk
menjalani aktiviti-aktiviti mereka sepanjang hari.
Sebagai sokongan daripada hasil-hasil kajian
tersebut, seramai sekurang-kurangnya 21 orang pelajar cemerlang dalam
peperiksaan akhir mereka tahun lepas dan mereka telah pun dipilih untuk
menerima anugerah di majlis BRAND’S®
SMART Achievers Award.
Bermula daripada sekolah
menengah sehingga ke peringkat universiti, mereka semua dipilih daripada
ratusan permohonan untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik, bagi mendapatkan
penganugerahan yang didambakan, yang hanya akan diberikan kepada penerima
paling cemerlang dalam bidang akademik dan prestasi kurikulum tambahan.
Dengan
rasa penuh bangga, para pelajar dan ibu bapa mereka telah hadir ke majlis
penganugerahan yang istimewa ini, yang mana mereka telah menerima hadiah berupa
wang tunai dan hamper produk sebagai penghargaan. Mereka datang daripada 8
negeri yang berlainan sejauh Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan
Perak.
BRAND’S® SMART Achievers Award mempunyai 4 kategori yang
menawarkan hadiah berupa wang tunai – PT3/UEC Tingkatan 3 (RM500), SPM
(RM1,000), STPM/UEC Tingkatan 6/pra-universiti (RM1,500) dan peringkat university/kolej
(RM2,000).
Program ini bertujuan
untuk menggalakkan dan membolehkan generasi muda untuk mencapai kebolehan
mereka dan terus untuk mencapai cita-cita untuk menjadi seorang pemimpin di
masa hadapan. Program ini juga telah menganugerahkan hamper 280 para pelajar
elit bermula daripada tahun 2006.
“BRAND’S®
memberi penganugerahan kepada para pelajar cemerlang dengan hadiah wang tunai yang
lumayan serta memberikan pengiktirafan bagi kalangan rakan sebaya mereka kerana
telah menjadi ahli kumpulan elit BRAND’S®
SMART Achievers. Penganugerahan ini adalah untuk memberikan pengiktirafan
kepada mereka yang mana ianya bukan dahaja sekadar memperolehi keputusan
akademik yang cemerlang malah juga mencapai prestasi yang baik dalam aktiviti
ko-kurikulum sebelum memohon untuk memasuki kelab yang berprestij ini,”. kata
Kuang Ming Ming, Pengurus Besar, BRAND’S®
Suntory Malaysia.
Pendaftaran untuk
memasuki Anugerah tahunan yang terkenal ini telah pun dibuka sehingga 31
Disember 2018 dan para pelajar yang menduduki peperiksaan akhir pada tahun ini
boleh memulakan hasrat impian mereka sekarang untuk menjadi salah seorang
penerima anugerah BRAND’S® SMART Achievers pada tahun hadapan.
Muat turun borang
pendaftaran boleh didapati di laman web www.brandsworld.com.my atau mereka boleh mendapatkannya di Pusat Perubatan Cina terpilih serta farmasi
utama, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara, yang mana BRAND’S®
Sari Pati Ayam yang berkhasiat ini boleh didapati bagi membantu untuk meningkatkan
kuasa ketahanan minda dan tubuh badan untuk para pelajar yang sedang membuat
persediaan untuk menduduki peperiksaan.
Dikeluarkan
di kilang yang disahkan halal bertempat di Bukit Jelutong, BRAND’S® Sari
Pati Ayam merupakan minuman berkhasiat semula jadi yang dihasilkan tanpa garam
tambahan dan bebas kolesterol dan lemak, sesuai untuk diminum setiap hari.
0 comments