Iftar bertemakan ‘Selera Kampung’ di Restoran Tepi Laut Makan Street, Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu
May 28, 2018
Oleh
ahli Sabahan Bloggers:
(Jun-Zie, Mia Kassim, Lan, Joehairie, Yatie dan Liza Izara)
Restoran Tepi Laut di
Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa buat julung kalinya menawarkan hidangan
buffet untuk buka puasa yang begitu memuaskan hati buat para pelanggan. Resort
bertaraf 5 bintang yang terletak di Pantai Dalit Tuaran ini bakal memberikan
pilihan yang lebih baik untuk mereka yang mencari hidangan buffet berkualiti
tinggi dengan harga yang berpatutan.
Hidangan buffet buka puasa tahun ini bertemakan ‘Selera Kampung’.
Restoran Tepi Laut
Makan Street ini terletak berhampiran dengan kolam renang dan pantai lantas
memberikan suasana damai semasa menikmati juadah yabg disediakan dalam buffet
buka puasa. Konsep restoran ini mengimbau nostalgia gerai makan jalanan dan
jajaran restoran dalam bangunan rumah kedai. Khusus untuk buffet buka puasa,
setiap gerai dalam restoran ini menghidangkan sajian khusus dari serata Asia.
Gerai ‘Curry House’
misalnya menghidangkan makanan berasaskan kari misalnya Kari Ikan, Ayam Goreng
Berempah, Rendang Kambing dan sebagainya. Gerai-gerai lain yang ada di Restoran
Tepi Laut ini adalah ‘Sabah Vegetables’, ‘Asian
Grill’,’Roti House’ dan juga ‘Noodle & Chinese BBQ’. Para
pelanggan adalah bebas untuk memilih gerai dan jenis hidangan yang mereka
inginkan.
Hidangan yang menjadi
perhatian para pelanggan adalah Kambing Bakar yang dihidangkan bersama dengan
sos cendawan dan lada hitam. Aroma Kambing Bakar yang dimasak sempurna
sesungguhnya menggamit selera para pelanggan apatah lagi di saat-saat
menjelangnya waktu untuk berbuka puasa. Tidak hairanlah jika terdapat barisan
panjang untuk mendapatkan hidangan istimeswa ini. Antara hidangan lain yang
terdapat di gerai ini adalah Ayam Pansoh, Ayam Percik serta Ikan Bakar.
Kami difahamkan bahawa
Ikan Bakar ini disediakan oleh Chef De Cuisine, Roslan Adnan yang turut
menghidangkan resepi rahsia keluarganya seperti Sambal Kelapa dan sebagainya.
Pegawai Eksekutif Komunikasi, Charlene Tan menjelaskan bahawa setiap hidangan
dalam buffet buka puasa ini diberikan kawalan kualiti yang tinggi untuk
menjamin kepuasan para pelanggan. Menurut Charlene Tan, hidangan sate yang
pelbagai juga disediakan seperti Sate Ayam, Daging dan Kambing.
Hidangan manisan yang pelbagai seperti kuih-muih tradisional Melayu sehinggalah sajian pencuci mulut anarabangsa juga disediakan. Tidak ketinggalan adalah pilihan jenis aiskrim serta minuman yang pelbagai jenis. Hidangan buffet Buka Puasa ‘Selera Kampung’ ini ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu RM158 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Sehingga 321 Mei 2018, pelanggan yang membeli 3 tiket akan mendapat 2 tiket percuma! Hubungi pihak resort untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di talian 088-797855 (9 Pagi-7 Malam).
(Hidangan
buffet buka puasa di Restoran Tepi Laut Makan Street Shangri-La’s Rasa Ria
Resort Kota Kinabalu ini berlangsung dari 15 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018).
0 comments