Hijab Shampoo by Natural Elixirs
September 10, 2017Assalamualaikum,
Harini saya nak kongsikan pengalaman saya selama 2 minggu lebih menggunakan Hijab Shampoo by Natural Elixirs. Bagi wanita yang bertudung atau nama lainnya berhijab, pasti korang inginkan keselesaan sepanjang hari bukan? Begitu juga dengan saya, dulu saya tak pernah menitikberatkan soal penjagaan rambut semasa bertudung. Tetapi lama kelamaan dengan peredaran usia, hormon dan persekitaran, semakin lama bila bertudung, pasti rasa tak selesa. Yalah dulu-dulu muda remaja, hormon masih stabil, ni bila dah beranak pinak, hormon pun dan lain semacam je, lebih-lebih lagi rambut banyak gugur, kulit kepala asyik gatal je dan rambut semakin berminyak.
Rambut saya ada dua masalah, pertama berminyak dan keduanya mudah gugur (masa bujang tak pernah gugur, lepas bersalin kerap sangat gugur). Setelah hampir 2 minggu lalu dan sehingga ke hari ini iaitu hari ke-18 saya setia menggunakan, Hijab Shampoo by Natural Elixirs ni. Apa yang faktanya masalah pertama saya iaitu rambut berminyak, dah SELESAI! sekarang rambut saya memang langsung tak berminyak. Ada seminggu saya tak basuh rambut (sebab period, kalau period saya tak akan cuci rambut sebab saya mudah masuk angin dan sakit-sakit) saya takut juga rambut kembali berminyak, tapi syampu ni betul-betul dah buat rambut saya tak berminyak lagi walaupun seminggu tak basuh rambut. Kalau dulu 2,3 hari tak basuh rambut confirm berminyak.
Masalah kedua rambut gugur, tipulah kalau cakap takda rambut gugur lagi kan, sebab orang dah pernah bersalin ni memang musuh utama adalah keguguran rambut. Macam biasa, rambut masih gugur tetapi kurang. Kalau dulu tarik je rambut, rasa-rasa ada sampai 10 ke 15 helai rambut yang gugur tapi sekarang dalam 3,5 helai je gugur.
Sekarang ni bila sepanjang hari berada diluar rumah, keselesaan bertudung tu dah terasa. Jalan dari pagi sampai malam, dari berpanas dan berhujan tetap rasa selesa. Kalau dulu setengahari je berada diluar confirm nak cepat balik, tak tahan kepala gatal lah, rasa beratlah hahaha...
Korang yang ada masalah rambut saya syorkan korang cubalah Hijab Shampoo by Natural Elixirs ni. Ia ada 6 kebaikan yang terdapat dalam syampu ni. Dan syampu ni juga bukan hanya sekadar syampu tetapi ianya 2 dalam 1 iaitu Syampu dan juga Perapi. So kat sana korang dah jimat tak perlu beli perapi lagi. Syampu ni adalah Made in Turkey dan disahkan halal oleh Turkish Halal Certification Body. Formula syampu ini juga mengunakan bahan-bahan organik yang sememangnya selamat digunakan.
Facebook
Natural Elixirs Sdn Bhdhttp://www.facebook.com/ natural.elixirssdnbhd
Twitter
Natural Elixirs Sdn Bhd https://twitter.com/ NaturalElixirs
Pinterest
Natural Elixirs Sdn Bhd
Instagram
Natural Elixirs Sdn Bhd naturalelixirssdn
Google +
Natural Elixirs Sdn Bhd
Youtube
#hijabshampoo #naturalelixirs #naturallyorganic #antihairloss #nodandruff #shampootudung
4 comments
Bagus syampo ni untuk yang mgalami maslaah kegguran rambut
ReplyDeletePelbagai kelebihan dalam 1 packaging, itu yg pengguna suka lagi2 kalo bab kebersihan ni =D
ReplyDeleteShampoo ni mcm best,
ReplyDeleteKalau jumpa shampoo ni, nnt kak pip mau cuba pula...
must try...rambut aku malar gugur.sampai aku p kasi potong pendek.
ReplyDelete