SHELL OUT DAN SATAY SEDAP DI KOTA MARUDU

May 25, 2017

Assalamualaikum,

hehe maaflah ya entry kali ni pun pasal makanan juga. Mentang-mentang nak puasa dah semua pakat update entry pasal makan. jangan marah heee

Kali ni kita ke Kota Marudu pula. Kota Marudu ni kampung suami saya. Terletak kira-kira 3 jam daripada Bandar Kota Kinabalu. Kalau drive laju, 2 jam sampai dah. Memandangkan minggu lalu balik kampung, jadi kitaorang sahabat baik ni decide lah nak jumpa. Selalu plan asyik tak jadi saja bah, ni kali kita kasi jadi haha.



Tempat yang kami plan nak pergi adalah kedai kawan kami sendiri. Baru sahaja beroperasi seminggu lalu dan kami adalah pelanggan pertama yang dihidangkan menu Shell Out beliau yang mana kedai dia ni, adalah kedai pertama di Kota Marudu yang menghidangkan menu tersebut. Jadi orang-orang Kota Marudu tak perlulah sampai KK baru mencari Shell Out ni, sebab disana pun ada sudah bah hehe.


Bukan setakat Menu Shell Out saja, Satay pun ada. Satay diorang ni memang satay yang paling famous di sana tau. Cakap ja Satay Sofiah, semua orang kenal. Kuah kacang dia, kalau makan dengan nasi pun sedap. Harga pun berbaloi sangat, masih lagi harga 60 sen ( satay ayam) 70 sen (satay daging) 80 sen (satay kambing).




Sofiah Satay house beroperasi seawal jam 10 pagi hingga 9 malam.


Yang bestnya lagi kedai ni ada WIFI FREE dan ada buku untuk dibaca. Kalau nak lepak-lepak sambil baca buku sesuai sangatlah makan kat kedai ni.

i is posing depan kaunter


BFF Dari zamans ekolah lagi, rasanya dah berpuluh tahun juga tak jumpa, dari lepas tingkatan 4 sampailah masing-masing dah beranak 2,3,4 orang haha. Ni pun ada lagi 2 orang yang tak dapat join sekali.


Kalau korang nak tahu lukisan tu dilukis oleh adik beliau tau. Serius tergamam tengok hasil tangan adik beliau. Kawan kata kadang-kadang ada juga adik dia kena panggil untuk lukis-lukis macam ni. kadang dia minta belas-belas ringgit ja. Kadang tu dia lukis tak bayar apa-apa. Kalau korang nak minta lukis bolehlah contact beliau. Adik dia tu belajar di UITM Sabah.




You Might Also Like

8 comments

  1. Cantik lukisan tu..
    Nextime pi km, akan diterjah cafe ni....

    ReplyDelete
  2. nmpk meriah shell out dia =D suasana cafe pun hipster. ssuai dgn trend skrg ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kami berjam-jam duduk sana pun nda juga rasa bosan. klu malam lg meriah

      Delete
  3. senanglah cari kalau ke sana. the only one shell out di kota marudu. k bagus :)

    ReplyDelete
  4. sebelah mana kedainya? mau singgah juga nanti

    ReplyDelete
  5. Sebelah mana ne?may di try ne..😋😋😋

    ReplyDelete