KERANA KAU PERLU BELAJAR
January 11, 2017
Ujian itu berbagai-bagai bentuk, datangnya tidak dipinta, masanya tidak diduga. Kadang-kala bila kita fikir kenapa Ujian itu diberi pada kita, sedangkan kita tidak mampu hadapi kita buntu, risau, gelisah, sedih dan bermaca-macam yang kita rasa. Allah sahaja yang Maha Mengetahui kenapa kita dipilih untuk menghadapi ujian itu. Dia tahu kita mampu, sebab itu Dia pilih kita, kalau kita tak mampu Allah tak akan membebani HambaNYa.
Sahabat yang perlahan-lahan meninggalkan kita juga adalah salah satu Ujian. Mungkin ada yang menganggap ianya perkara remeh, kecil dan sebagainya. Tapi apabila dia digelar sahabat, pasti kita tahu keakraban yang terjalin seperti apa kan? People change... yaaa... dulu susah senang bersama. kaulah tempat dia meluah, berkongsi segalanya. Tapi bila dia diuji dengan sedikit rezeki yang datang, kau mula dia tinggalkan. perlahan-lahan. Walaupun sakitnya sedikit tetapi kesannya mendalam. Bila ada orang baru yang melebihi kau, kebaikan dan keakraban kau selama ini pun terus dilupakan. Peritnya kita meleraikan ikatan persahabatan itu, tapi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong nak buat apa kan? life must go on.
Lepaskanlah mungkin Allah nak bagi kita amaran, atau petunjuk dia bukan kawan yang membawa kita ke syurga. Mungkin bila dia susah barulah kau ada gunanya. Tapi janganlah kau seperti dia, mengambil bila diperlukan, membuang bila tidak diperlukan. Jadilah kawan yang berhati ikhlas. Ikhlaskan segalanya, kerana yang membalas segala kebaikan itu bukan dia, tapi Allah.
Tapi kepada kau, MOVE ON !!! teruskan apa yang selama ini kau lakukan, masih ada insan yang sayang kau, yang bila kau datang, bila kau senang, bila kau susah, dia tetap disisi kau. Bila kau berjaya kelak, katakan kepada mereka, jangan pernah lupakan, siapa disisi kau selama ini bila kau diberi kejayaan. Kerana kita tidak tahu UJIAN itu datang pada siapa dan dalam bentuk apa.
TAHU KENAPA ALLAH BERI KAU UJIAN?
KERANA KAU PERLU BELAJAR TENTANG KEHIDUPAN.
APABILA ORANG YANG PERNAH KAU TOLONG, KINI MULA MENYOMBONG,
KAU MENGENAL PERIBADI INSAN.
KAU BELAJAR UNTUK MENGIKHLASKAN.
APABILA ORANG YANG KAU SAYANGI AKHIRNYA PERGI,
KAU MENGERTI APA YANG ABADI.
APABILA KEPERCAYAANMU DIKHIANATI,
KAU AKAN LEBIH BERHATI-HATI.
4 comments
Well said. Berbaik sangkalah pada ujianNya. Itu tanda Dia sayang pada kita.😀
ReplyDeleteAah ana.... fkr baik2... minta baik2.. akan dptla benda yg baik2
Deleteujian itu mengangkat darjat jika kita redha dan yakin kepada-Nya.
ReplyDeleteTedi follow dan menabung nuffnang \(^0^)/
Thanks tedi. Follow dan tabung akan di isi nanti ya hehhe
Delete