BACA KALAU TAK NAK TERBAKAR
October 31, 2016Assalamualaikum and hello everyone,
kali ni saya nak buat entry berkenaan kesedaran tentang kebakaran. Bukan apa ni baru dengar taklimat tentang kebakaran, dengar punya dengar rupanya masih banyak benda yang kita tak tahu tentang kebakaran ni. Lagipun beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru kan. Siapa sangka tempat yang kita rasa selamat dan tempat yang selalu kita pergi kalau sakit ke apa tapi terbakar, so sekarang ni mind set kena ubah. malang itu tidak berbau, kat mana-mana pun boleh terjadi tanpa kita sangat-sangat tidak sangka.
Dalam ceramah tadi ada dinyatakan barang-barang yang perlu ada di setiap rumah atau kereta kita adalah :
Alat Pemadam Api :
Size Alat Pemadam Api Yang Sesuai dan tempat penyimpanan :
Mesti kat rumah kita banyak pemadam api yang bertong besar kan? sepatutnya alat pemadam api yang sesuai ada kat rumah kita adalah yang bersaiz kecil iaitu 1kg. Sebabnya semua peringkat umur boleh angkat. Kalau yang 8kg tu tak terangkat kita. Manalah tahu ada yang tengah pregnant ke, tengah sakit ke. Kalau yang 1kg punya anak kecil, ibu mengandung, orang tua pun boleh angkat. Selalunya kat mana korang simpan alat pemadam tu? Saya pun baru tahu ni, sepatutnya alat pemadam api hendaklah disimpan dibilik tidur kita. Ini kerana kekerapan berlakunya kebakaran yang dicatat oleh Pihak Bomba adalah pada sebelah tengah malam ketika semua orang sedang tidur. Oleh yang demikian jika berlakunya kebakaran dengan sepantas kilat kita dapat mencapai alat pemadam api yang berada dibilik kita. Manakala di kereta pula, alat pemadam api hendaklah disimpan didalam peti dashboard kereta dan dibelakang poket tempat duduk penumpang. Alat pemadam api dikereta bukan hanya untuk memadam api kebakaran, ianya juga boleh dibuat sebagai alat pemecah tingkap kereta.
Pengera Kebakaran
Apa yang perlu dibuat kalau melihat kereta sedang terbakar ??
Seringkali kita melihat akhir-akhir ini banyak kereta yang terbakar samada secara tiba-tiba atau ketika pelanggaran berlaku. Tapi apa pula peranan kita sebagai orang awam? zaman sekarang lebih banyak yang hanya merakamkan kejadian berlaku, tak kurang juga yang hanya mengambil gambar tanpa dapat menolong kereta atau orang yang sedang terbakar. Sebenarnya walaupun iyanya diluar bidang dan kuasa kita, namun kita masih dapat membantu mengawal kebakaran tersebut. Jangan pula kita nak jadi superhero, nak tolong tapi takda ilmu. NO NO NO. Apa yang perlu kita buat adalah seperti berikut :
Cara menggunakan alat pemadam api :
0 comments