BACA KALAU TAK NAK TERBAKAR

Assalamualaikum and hello everyone,

kali ni saya nak buat entry berkenaan kesedaran tentang kebakaran. Bukan apa ni baru dengar taklimat tentang kebakaran, dengar punya dengar rupanya masih banyak benda yang kita tak tahu tentang kebakaran ni. Lagipun beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru kan. Siapa sangka tempat yang kita rasa selamat dan tempat yang selalu kita pergi kalau sakit ke apa tapi terbakar, so sekarang ni mind set kena ubah. malang itu tidak berbau, kat mana-mana pun boleh terjadi tanpa kita sangat-sangat tidak sangka.

Dalam ceramah tadi ada dinyatakan barang-barang yang perlu ada di setiap rumah atau kereta kita adalah :

Alat Pemadam Api :



Jenis-jenis Alat Pemadam Api dan Fungsinya : 

-klik gambar untuk besarkan-

Dekat gambar tu kita boleh rujuk simbol dan fungsinya. Penting untuk kita tahu tak semua alat pemadam api tu boleh cover semua jenis kebakaran tau. Contohnya kalau api yang berminyak, kita tak boleh siram pakai air kan, nanti bertambahlah apinya. So yang berminyak kita siram pakai serbuk. Alat pemadam api berwarna BIRU tidak lagi digunakan. Sekarang ni semua pakai warna merah, yang warna biru jangan pakai lagi tau sebabnya penceramah tu bagitau tadi ada kesilapan teknikal dimana tong yang berwarna biru kalau dah simpan lama gasnya da tak berfungsi. So semua dah tukar warna merah dan mohon cek alat pemadam api kat rumah dan kereta masing-masing ya.

Size Alat Pemadam Api Yang Sesuai dan tempat penyimpanan :

Mesti kat rumah kita banyak pemadam api yang bertong besar kan? sepatutnya alat pemadam api yang sesuai ada kat rumah kita adalah yang bersaiz kecil iaitu 1kg. Sebabnya semua peringkat umur boleh angkat. Kalau yang 8kg tu tak terangkat kita. Manalah tahu ada yang tengah pregnant ke, tengah sakit ke. Kalau yang 1kg punya anak kecil, ibu mengandung, orang tua pun boleh angkat. Selalunya kat mana korang simpan alat pemadam tu? Saya pun baru tahu ni, sepatutnya alat pemadam api hendaklah disimpan dibilik tidur kita. Ini kerana kekerapan berlakunya kebakaran yang dicatat oleh Pihak Bomba adalah pada sebelah tengah malam ketika semua orang sedang tidur. Oleh yang demikian jika berlakunya kebakaran dengan sepantas kilat kita dapat mencapai alat pemadam api yang berada dibilik kita. Manakala di kereta pula, alat pemadam api hendaklah disimpan didalam peti dashboard kereta dan dibelakang poket tempat duduk penumpang. Alat pemadam api dikereta bukan hanya untuk memadam api kebakaran, ianya juga boleh dibuat sebagai alat pemecah tingkap kereta. 

Pengera Kebakaran 



Kat mana u'olls selalu nampak benda ni? 
mesti di Mall, di bangunan-bangunan, office, hotel dan lain-lain tempat kan? So lepas ni benda ni wajib ada didalam rumah kita. Kenapa? sebab rumah kita juga tak terkeculi terbakar tau. So dengan adanya pengera ni dapat menyedarkan dan menyelamatkan kita daripada kebakaran. Ruang tamu dan luar dapur adalah tempat yang sesuai untuk kita meletakkan pengera ini. Janganlah pula letak di dalam dapur ya, kang setiap kali masak asyik berunyi je hahahha. Jangan tidur mati tau.


Apa yang perlu dibuat kalau melihat kereta sedang terbakar ??




Seringkali kita melihat akhir-akhir ini banyak kereta yang terbakar samada secara tiba-tiba atau ketika pelanggaran berlaku. Tapi apa pula peranan kita sebagai orang awam? zaman sekarang lebih banyak yang hanya merakamkan kejadian berlaku, tak kurang juga yang hanya mengambil gambar tanpa dapat menolong kereta atau orang yang sedang terbakar. Sebenarnya walaupun iyanya diluar bidang dan kuasa kita, namun kita masih dapat membantu mengawal kebakaran tersebut. Jangan pula kita nak jadi superhero, nak tolong tapi takda ilmu. NO NO NO. Apa yang perlu kita buat adalah seperti berikut :

a) Menahan beberapa bas yang melalui kawasan tersebut

b) Pinjam Alat Pemadam Api yang ada didalam bas berkenaan 
(semua bas zaman kini memang wajib ada alat tu didalam bas)

c) mula bertindak memadam api kebakaran

So lepas ni janganlah dok jadi wartawan pula ya, manalah tahu kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain. InsyaAllah lain hari kita pula yang diselamatkan. Amin .

Cara menggunakan alat pemadam api :


-klik gambar untuk besarkan-
(praktiskan)


Okay itu sahja untuk entry kali ini. Rasanya macam terbabas panjang pula coretannya hahhaha.. Semoga serba sedikit dapat membantu. InsyaAllah semoga kita semua berada didalam lindungan Allah Yang Maha Besar. AMIN . 







Comments

Popular posts from this blog

CAFE ALIF SATAR DISABAH

Cara Ambil Duit Tabung Haji Melalui Akaun Maybank

IMPIAN PERCUTIAN DI HARD ROCK HOTEL PENANG