Thursday, September 26, 2013

Keputusan harus dibuat

Assalamualaikum bloggers
harini tiba-tiba ja sedih (sebenarnya dah seminggu sedih)
 sebab esok last baby Akim bersama pengasuhnya di Labuan.
Saya pula yang rasa x sanggup untuk pisahkan dorang. Dahla suami isteri baik dan yang penting dorang jaga baby Akim dengan baik sekali. Susah nak dapat pengasuh macam tu lagi :'(
Sekarang ni macam-macam ragam pengasuh kita boleh nampak. Ada yang dera anak orangla. Sampai mati pun ada .. Takutnya Allahuakbar... :'(

Tapi saya kena juga hantar baby Akim ke KK untuk dijaga oleh abahnya pula
 (kakak ipar yang jaga)

Kesian kat baby Akim tiap minggu (Jumaat) balik KK naik speed boat. 
Pastu isnin pula seawal jam 3.30 pagi naik teksi pegi Menumbok.
(Perjalanan KK ke Menumbok 2 jam)
Pastu dari Menumbok naik speed boat ke Labuan. Tambang speed boat pula RM7.50. 
Tu pun kadang-kadang baki 50sen kita pun orang tu tak kembalikan. 
(Kerajaan dah bayar subsidi pon masih tak bersyukur dan tamak!!)
Yang tak boleh blah siapa-siapa yang kononya nak sampai awal ke Labuan kena bayar RM15.
Sudahnya, nak menunggu pemandu speedboat pon dah satu jam!!!
Tak berkatla rezeki dok tipu orang je. Patutla tak pernah nak maju!!

Perjalanan dari Menumbok  ke  Labuan 20 minit. Bayangkanlah. 
Sudahlah saya x pandai berenang, kalau jadi apa-apa masa di tengah laut, hah acaner tu?? 
Kalau saya sorang tak apala juga lemas ke karam ke okla juga. 
Kalau ada baby Akim?? Wallahualam.
 Suami selalu ingatkan saya, kalau dah ajal masa tidur pun boleh meninggal. 
Tapi saya tak sanggup dan tak kuat :'(

Kadang-kadang tu naik flight lah juga. Tapi kalau dah tiap minggu?? gaji sebulan pon tak lepas oii..
Dahla hanya ada penerbangan MAS je... Maunya bangkrup @_@
So saya dan suami decide baby Akim akan tinggal dengan abahnya di KK.
So baby Akim selesa dan takla rasa susah kesana kemari seawal jam 3.30 pagi!!!
Kesian anak ibu... maafkan ibu ya sayang :')

Biarlah ibu tinggal disini tanpa abah dan Akim. 
Ibu cuma mahu anak ibu selesa dan selamat. 
Ibu tak mahu Akim rasa kesusahan begini.
Biarlah ibu ja yang rasa susahnya.
(Mengalirlah pula airmata ni)

Harini bawa baby Akim pegi klinik.
Alhamdulillah anak ibu membesar dengan baik
Tak lama lagi 2 oct 2013 anak ibu dah 10 bulan.
Tadi timbang baby Akim 9.8kg hihihi
beratnyalah anak ibu c gundut-gundut ni.
Tapi tak apa
IBU SAYANG AKIM JUGAAAA
MOAH MOAH MOAH










Share:
Read More

Wednesday, September 25, 2013

Assalamualaikum bloggers....
harini masih tak berapa nak sihat lagi.. kejap sejuk, kejap panas, kejap2 lagi seram sejuk hehehe
Tapi x apalah orang kata sakit itu salah satu penghapus dosa
Wallahualam

Okey entry kali ni adalah sentiasa bersyukur dengan apa pun yang telah ditetapkan untuk kita.
Tapi yalah kita hanya manusia biasa kan, kadangkala kita juga mahu yang terbaik dalam diri kita.
Acap kali saya dengar kawan-kawan berkata 
"bukan tidak bersyukur tetapi mahu yang terbaik untuk hidup"
Apa pun niatnya, hanya Allah yang tahu,
 kalau niat kerana Allah S.W.T
 tetaplah kita didalam golongan orang yang sentiasa mensyukuri pemberianNya.
Seandainya niat kita terpesong dan hanya semata-mata kerana duniawi, 
rugilah kita hidup didunia ini. Wallahualam




Harini nak share beberapa gambar orang sakit hehe
Harini berbawal satin tau dan duniaku harini tersangatlah PINK! hahaha




 kuih pun PINK!!!
Siapa-siapa nak beli bawal satin ni boleh sms no ni tau
010 9518648
Warna-warnanya boleh pilih kat pic ni ya
ada beberapa warna yang da habis 
box pertama (electric blue - habis)
box ke - 5 (pink - habis)
box ke - 7 ( gold - habis)
box ke - 8 (emerald - habis)

Okey sampai sini saja ya, jumpa di entry akan datang :)
Share:
Read More

Tuesday, September 24, 2013

Hargailah......

Assalamualaikum bloggers, lama tak update blog.
Tengah tak sihat ni. Tapi Alhamdulillah masih boleh menikmati kehidupan ini :)
Harini saya nak update berkenaan pengorbanan seorang wanita.
Dalam kehidupan kita ni seringkali kita mendengar suami ada perempuan lain, suami pukul isteri dan sebagainya. Tidak kurang hebat juga wanita sekarang pun ada juga yang macam tu. Dunia akhir zaman la katakan. Sudah tidak tahu dosa dan pahala. Semakin tua kehidupan ini semakin banyak pula dosa yang dilakukan.
Astagfirullahaladzim...
Semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegitu Amin.

Jom baca luahan ini mungkin akan membuatkan kita ingat pada pengorbanan pasangan masing-masing.. Wallahualam


















Oh ya siapa-siapa yang nak order emilay boleh order kat nombor tu ya
Siapa yang tak order rugi taw...
Dah banyak terjual dan saya banyak dapat feedback yang baik
x sabar nak tunggu feedback customer yang baru menggunakan emilay ni hew hew hew :)


Share:
Read More

Friday, September 20, 2013

Assalamualaikum & selamat petang kawan-kawan
esok dan lusa cuti-cuti hehe so petang ni nak update tutorial 
so masa cuti-cuti tu bolehla bergaya dengan tutorial ni
semoga membantu korang semua yang dah jemu pakai shawl 
style yang sama je, macam saya ni hehehe..

Oh ya saya ucapkan selamat beristirehat, selamat bercuti, selamat berjalan-jalan dan selamat semuanya Amin.. 
Yang nak KOMEN tu, bolehlah komen jgn malu-malu taw
yang nak FOLLOW tu pun follow lah, boleh kawan-kawan ehhehe
Nanti saya akan balas kunjung ke BLOG korang
Moah Moah Moah...

















SHARING IS CARING 


Share:
Read More

Wednesday, September 18, 2013

Soalan Lelaki

Assalamualaikum bloggers
Jom jawab soalan-soalan kat bawah ni

~10 Soalan tentang lelaki~

1. Kenapa lelaki handsome lambat kahwin ?

2. Kenapa lelaki yang handsome selalu dapat wanita yang kurang cantik?

3. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan yang free hair dan seksi tapi bila memilih isteri nak isteri yang tutup aurat dan bertudung?

4. Kenapa orang lelaki bila dah menipu dia nak menipu lagi? (ibarat tak serik-serik)

5. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan lain, walaupun isteri kat sebelah?

6. Kenapa orang lelaki rumah tak kisah bersepah macamana pun tapi, bab kereta nak kemas selalu?

7. Kenapa orang lelaki bila dah tak ada duit tapi masih boleh relax lagi?

8. Kenapa orang lelaki susah nak kawal marah?

9. Kenapa orang lelaki lebih suka bercerita masalah mereka dengan kaum sejenis mereka daripada menceritakan pada kawan perempuan mereka? 
(walaupun hal tersebut berkaitan dengan perempuan)

10. Kenapa lelaki tak suka fikir sesuatu hal tu dengan berpanjangan?

Soalan-soalan semua ni yang pernah ditanya kepada saya. Saya just nak buat research sahaja. Tidak ada kena mengena samada yang hidup mahupun yang telah mati (hikhikhik)

Selamat Menjawab, Semoga Berjaya
Share:
Read More

Tuesday, September 17, 2013

Sepanjang 5 hari

Asslamualaikum bloggers...
Fuhhh 5 hari x update blog hehee
sana sini dugaan yang melanda
Dugaan holiday lah katakan hahahaha~
gatal ja kaki ni nak jalan merata-rata

Korang semua APA KHABAR ???
Harap semua kawan-kawan blogger saya sihat belaka :)
Amin...

Oh ya belum terlambat lagi saya nak ucapkan 
SELAMAT HARI MERDEKA BUAT SABAH & SARAWAK YANG KE 50-TAHUN
Semalam 16 September 2013 adalah Hari Kemerdekaan bagi negeri kami tau.
Sambutan Merdeka dibuat di Taman Prince Philip ,Tanjung Aru K.Kinabalu, Sabah.
Mula-mula nak lah pegi, sekalinya jalan, punyala jem!
hah amik ko....last-last patah balik..
Mana tahan menghadap jem. Nanti balik pun nak menghadap jem lagi
Ooooohhhhh tak mungkin .. tak mungkin aku sanggup (nyanyi sket hihi )
Balik tengok kat TV lagi best. Aman!!!
hahaha~

Sabtu Ahad tu family trip pergi ke Ranau.
Siapa pernah pergi Ranau angkat tangan ??!!
Best tak? best tak? mestilah best kannnn...
Ada ladang lembu, boleh minum susu fresh. Rasa macam kat New Zealand wooo.....
Cantik sangat permandangannya. Waktu pergi tu, Gunung Kinabalu punyala sangat jelas! langsung takda kabus. Oh myyyy... SubahanAllah... siap nampak air terjun gunung kinabalu lagi.
Hah sapa-sapa yang suka snap-snap permandangan tu bolehlah pergi kat Ranau.
Tak rugi waaa cakap lu lah hehee...

Ranau ni macam Cameron Highlands la..
Tempat yang sangat sejuk
Dulu saya pernah pergi Cameron Highland tapi tempat tu dah tak berapa sejuk 
Mungkin cuaca kita semakin hari dah semakin tercemar kan, ye ke ?? :p
Ranau pulak kalau pergi sana memanjang je lah hujan. Spoil betul. dapat pi Poring ja, mandi manda air panas. Ramai gila orang mandi. Orang suka mandi kat sana kadang tu, sebab nak berubat dan untuk suka-suka pun ada. Bila dah mandi kat sana berjam-jamla orang berendam dalam air panas tu. Orang kata air panas tu ubat.

Okay dah takda ide sebenarnya ni..
gambar pun tak sempat nak amik
gambar sendiri-sendiri jelah yang ada hehee
Selamat Menonton :p







Oh ya nak sambung cakap pasal Emilay ni 
ramai yang msg tanya napa saya jual murah dari yang lain. 
sebab kebanyakkan diorang jumpa ada jual sampai Rm 80 ke atas.....
sebenarnya saya jual ni suka-suka je. 
Yelah nak juga kongsi dengan semua orang benda yang bagus kan. 
So saya tak nakla jual mahal sangat. Tapi tak jugalah murah sangat.
Kalau murah sangat da tiruan dah tu.
Jadi anda semua janganla takut nak beli dengan saya tau.
Saya jual Original punya! Member dah makan setahun dah dan hasilnya ????
Soooooo Amazing......
Tak rugi cuba daripada tak cuba langsung kan kan hehe
Oh ya satu lagi testimoni baru dapat semalam hehe


TO ORDER BOLEH WHATSAPP ATAU SMS SAYA DI NOMBOR
013-8844330

RM 65. FREE POSTAGE. 

p/s : maaf ya rasanya harini skil penulisan saya sangat teruk haha migrain ni.. 



Share:
Read More