Thursday, June 1, 2017

APA ITU Befrienders


Assalamualaikum,

Semalam tengah tengok-tengok tv tiba-tiba nampaklah iklan tentang The Befrienders ni. Memang tak pernah tahu kewujudan The Befrienders ni dan tak tahu fungsi mereka. Bila tengok punya tengok barulah tahu apa itu The Befrienders.

The Befrienders merupakan satu komuniti yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ianya diwujudkan oleh sekumpulan perantis Malaysia yang prihatin terhadap kesejahteraan emosi masyarakat selepas berlakunya peristiwa tersebut. Yalah siapa yang tak tahu sejarah 13 Mei yang sangat-sangat tragis tu kan. Oleh itu dengan bantuan pakar psikiatri profesional dan psikologi dari Hospital Kuala Lumpur, wujudlah The Befrienders KL tersebut.

Tapi The Befrienders ini sebenarnya telah lama wujud di London iaitu pada tahun 1953. Kemudian pergerakan itu telah merebak kepada 40 buah negara dan kini mempunyai 300 pusat di seluruh dunia. Wow, rupa-rupanya The Befrienders ni telah terkenal di seluruh dunia ya.

The Befrienders ini adalah satu tempat dimana kita boleh meluahkan, berkongsi, bercerita apa sahaja tentang permasalahan yang kita sedang hadapi. Samada masalah duit, masalah hidup, masalah emosi, sunyi, tertekan dan masalah-masalah yang lain. Jangan risau sebab bila korang berurusan dengan The Befrienders ini, tak payah bagi details seperti nama korang pun tak apa. Mereka juga tidak akan menyimpan apa-apa rekod bila korang berurusan dengan mereka. Kiranya mereka ni umpama sahabat baik kita, cuma mereka tidak mengenali mereka dan sebaliknya.

Visi mereka adalah, mereka tidak mahu ada yang mengambil jalan pintas iaitu membunuh diri yang mana terdapat banyak kes-kes telah berlaku di negara kita ni. Kongsilah apa saja dengan  mereka tanpa takut dihakimi atau dikritik. Mereka akan setia mendengar masalah korang. Samada melalui telefon, email, atau berjumpa mereka terus pun boleh. Tapi harus diingat The Befrienders ini, tidak menawarkan bantuan kewangan. Mereka boleh dihubungi 24jam sehari, 7 hari seminggu tanpa apa-apa caj dan tanpa mengira umur, bangsa, dan agama. Tujuan utama mereka hanya ingin memberikan sokongan emosi kepada setiap orang yang mempunyai masalah.

So korang yang mana ada masalah, perlukan tempat untuk mengadu, bercerita, berkongsi, bolehlah menghubungi The Befrienders. Apa pun yang beragama islam kita ada DIA untuk tempat kita mengadu. Tetapkan iman, jangan buat perkara yang tak patut. Apa pun masalah ada jalan penyelesaianya, yang penting cari jalan untuk selesaikan, jangan ambil jalan mudah yang merugikan diri sendiri.

Okay kalau korang nak hubungi mereka bolehlah rujuk dibawah ni ya :

Semenanjung:

Web : The Befrienders
No. Telefon : 03-79568144 / 03-79568145
E-mail : sam@befrienders.org.my
Alamat : 95 Jalan Templer, 46000, Petaling Jaya Selangor.
Operation Hour : 24 Hours

Sabah:

Web : The Befrienders Kota Kinabalu
No. Telefon : 088 - 255788
Email : befrienderskk@gmail.com
Operation Hour : 7.00 pm - 10.00 pm







Share:

8 comments:

  1. 1st time juga dgr komuniti ni. Mana tu yg suka kasi viral, better viralkan benda mcm ni dr viralkn bnda yg ntah pa2 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan babe, aku pun firstime. mcm best juga komuniti drgkan babe

      Delete
  2. Replies
    1. kan ,mcm ramai juga kali yg xtau kewujudan komuniti ni

      Delete
  3. kirenye nie macam bagi kaunseling ke?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. mcm sllu dgr iklan di radio era psl ini befrienders..bgs juga ada komuniti bgini..boleh lah kurang2kan mslh rakyat jelata haha..tp org yg mndgr tu makin stress kali haha

    ReplyDelete