Bersalin dalam air ???

Assalamualaikum,
Siapa yang pernah bersalin dalam air? Angkat tangan!!! 
Tahniah dan syabas kerana anda berani melakukan hal-hal sedemikian.
Saya kalau boleh nak bersalin main potong saja, lalu bawah pun tak berani hihihi
Okey mari kita baca Fakta berkaitan bersalin dalam air. Semoga memberi manfaat kepada para ibu diluar. Manalah tahu lepas ni ada yang hendak mencuba.Jadi selamat maju jaya :)

Kaedah bersalin di dalam air menjadi salah satu pilihan terbaik kerana ia mengelakkan anda menggunakan ubat penahan sakit ketika bersalin. Kaedah ini mengurangkan rasa sakit para ibu. Ketenangan yang dirasai saat badan direbahkan ke dalam air yang sedikit suam mampu mengurangkan kesakitan yang dialami.

Terdapat beberapa sebab yang menghalang seseorang untuk melahirkan bayi di dalam air.
 Kesihatan
Sekiranya anda adalah penghidap diabetes, sakit jantung atau sakit buah pinggang, kaedah ini tidak sesuai untuk anda. Penyakit yang boleh berjangkit melalui air seperti herpes juga tidak sesuai untuk melakukan kaedah bersalin di dalam air.

Tidak cukup bulan
Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan tidak boleh dilahirkan di dalam air. Sebaliknya, para ibu perlu menggunakan teknik bersalin yang normal.

Kelahiran kembar
Sekiranya anda bakal melahirkan bayi kembar, kaedah normal lebih sesuai. Ini adalah supaya doktor dapat memberi perhatian kepada kedua-dua bayi yang baru dilahirkan.

Khidmat profesional
Untuk memilih kaedah kelahiran di dalam air, anda perlu memastikan bidan atau doktor yang bakal merawat anda. Pastikan mereka adalah orang yang profesional dan biasa menerima kelahiran di dalam air.

Comments

  1. Sehingga saat ini KN memilih untuk bersalin normal je... potong pun tak nak. Melainkan kalau terpaksa...

    ReplyDelete
  2. Akak yg pertama di bedah krn anak lemas didlm, dua bersalin normal.. akak suka memilih normal.. melalui kebesaran Allah.. Liza.. en suami pun boleh mengalir airmata lihat kehebatan Allah.. Namun begitu terpulang kpd kehendak masing2 kan Liza..
    Unik juga bersalin dlm air.. selama baby dlm kandungan mrk juga duduk dikantung air ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa..tak sakit ke normal kak? sy takut betul la bsalin normal :(

      Delete
  3. orang putih yg selalu bersalin dalam air ni.. tapi org putih memang pelik sikit kat mana2 depa leh bersalin wlopon tanpa bantuan pakar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tulah kan org putih ni mcm pelik sikit kan.. sbb ada je cara drg. pastu berani pula bsalin sendiri2 kan liya

      Delete
  4. nah dahsyatnya bersalin dlm air..

    ReplyDelete
  5. Pada kak ana ikut manapun kelahiran adalah satu proses yang amat menyakitkan dan ganjaran pahala yang tinggi disisiNya, Akim nak dapat adik ke..??hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha belum ada rezeki lg kak hehehe...

      ya betul tu gnjaran besar sebab kita bertarung nyawa kan kak ana

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CAFE ALIF SATAR DISABAH

Cara Ambil Duit Tabung Haji Melalui Akaun Maybank

IMPIAN PERCUTIAN DI HARD ROCK HOTEL PENANG