Posts

Showing posts from 2014

Kisah 30 Sen

KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA ....  Cikgu : Kenapa Amin tak rehat? Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kantin 30sen ni dptbeli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa . 
Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen. Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu) Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya .. Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ? Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.." Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg.. Ya Allah, limpahkan lah rezeki …

CARA UNTUK TAHU SIAPA UNFOLLOW KITA DI INSTAGRAM

Image
Assalamualaikum  Sakit jiwa tidak, kalau orang request follow dalam instagram atau twitter kita, lepas tu bila kita dah approve , tup-tup dia dah unfollow balik? Entah-entah STALKER! kan kan siapa tahu kan...
Hahhhh.... 
ni ada satu Apps yang mana kita boleh tahu siapa UNFOLLOW kita. Bukan tu ja tau, kita juga boleh tahu siapa admirers kita hehehe...
So apa lagi pegilah download Apps ni dekat Application Store korang! 





Kawan atau Lawan

Image
Assalamualaikum bloggers Dalam hidup kita seharian, ramai sangat orang yang datang dan pergi samada yang betul-betul boleh jadi kawan atau sebaliknya. Apa perasaan korang bila orang yang rapat dengan kita, makan bersama, kerja bersama, berbual bersama tiba-tiba dia mengata perkara yang buruk tentang kita? Lebih-lebih lagi perkara yang dia cakap tu tidak benar. Sedih, marah, kecewa, tidak percaya, binggung, semua bermain difikiran kitakan.
Apa TINDAKAN korang bila ada kawan yang macam ni? Cer bagi tips sikit hehe


Anak kecil itu tidak bersalah

Assalamualaikum Hari ini, masa ini dan saat ini, banyak kejadian yang berlaku terhadap  anak-anak dibawah  pusat jagaan kanak-kanak.  Tidak dapat digambarkan keperitan dan kesakitan  anak-anak kecil yang diperlakukan sedemikian.  Apalah yang anak kecil itu tahu bila diperlakukan sedemikian?
Sepatutnya kita sebagai orang yang dewasa patut tahu dan sedar apa yang kita lakukan.  Ibu bapa menghantar anak mereka dengan  bertawakkal agar kita yang diamanahkan ini  menjaga kesayangan mereka dengan baik.  Tapi tahukah kamu betapa hancur luluhnya hati seorang ibu dan ayah  bila anak mereka diperlakukan sedemikian?  Diseksa tanpa dapat mempertahankan diri,  tanpa dapat meminta pertolongan,  tanpa dapat belas ihsan daripada sipelaku. Tahukah kamu bahawa anak kecil itu sedang merasa kesakitan yang amat?!
Cuba kamu lakukan sendiri dirumah. Ambillah sebatang jarum dan cucuklah pada ibu jari tanganmu.  Apa yang kamu rasakan? sakit bukan? sakit walaupun jarum ini hanya sekecil benda. Apatah lagi ana…

Netball

Image
Assalamualaikum siapa suka sukan netball? Angkat tangan hehe Sorry tau disebabkan kesukaan dan kegilaan inilah yang membuatkan saya lama tak update blog.
NETBALL! NETBALL! NETBALL!

Dari sekolah rendah sampailah da bekerja memang minat gilalah dengan Bola Jaring ni. Dulu perempuan ja boleh main, sekarang lelaki pun boleh tau! Bukan lelaki yang lembut tu, lelaki yang macho pun main wooo...hehe  Kalau bola perempuan pun boleh main, kenapa tidak bola jaring kan kan...
Posisi saya kalau bukan GA/GS Bab-bab jaring bola ni la paling best. Siap kena panggil sharpshooter tapi pandai angin-angin tu yang bikin hangin!!!! haha
Kalau angin bayu datang, dekat garisan D pun boleh shoot punya. Tapi bila dah angin kus-kus datang tiang depan mata pun, bola tak masuk-masuk ahaha. Lumrahlah kan, kita hanya manusia biasa. Bukan setiap masa boleh buat benda yang sama pun. hikhikhik (nyedapkan hati je ni)
Jomlah share siapa yang suka sangat dengan Netball ni. manalah tau kat sini ada players negeri ko... he…

Jadilah seperti Pohon

Image
Assalamualaikum kengkawan rasanya masih sempat untuk saya ucapkan Salam Aidiladha  kepada semua umat islam sedunia.
Harini bila buka blog terus rasa mcm ek?? sedihnya ada orang tuduh tanpa usul periksa. Tapi takpa renungkan kata-kata ini

Kita ni kalau bab kesalahan orang cepat ja kita cari salah orang kan. Tapi bila bab kebaikan ada saja yang hendak di dengkikan.
Untuk orang yang terus-terus terjah menerjah tu saya nasihatkan selidik dulu daripada mana dapat gambar tu dan adakah gambar tu mempunyai kebenaran daripada supplier atau pun tidak. Kalau tak ada kebenaran bolehlah repot polis ke, askar ke bomba ke. Tapi kalau peniaga tu ada kebenaran daripada supplier kan ke jatuh FITNAH namanya tu. 
Saya ni pun tahu juga halal haram. Saya bisnes dah lama, tahu banyak liku-liku perniagaan ni. Janganlah main tuduh je kalau tak tahu. Saya ambil semua gambar tu pun atas kebenaran suplier. Kalau tak percaya tanya pada supplier. Saya ni agen dia, bukan pencuri! Nasib dah buang whatsapp kebenaran…

Gangguan Seksual

Image
Assalamualaikum bloggers Apa khabar semua? InshaAllah diharap semua kengkawan sihat ye.. Maaflah sekarng ni jarang dah update entry kat blog Bukan apa ada masalah besar yang berlaku pada saya. Doakan saya sentiasa dilindungi dari fitnah dunia dan daripada penganiayaan orang sekeliling. Amin. 
Gangguan Seksual.. Siapa pernah mengalaminya? takut hendak berterus-terang? tidak tahu apa yang perlu dibuat? tidak tahu mana nak mengadu???? JANGAN TAKUT!!! dan sila bertindak dengan pantas dan betul. Jangan biarkan diri kita diperlekehkan dan dipermainkan. Kita ada maruah kita sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kita seorang isteri kita memegang maruah suami kita. 
Gangguan seksual ditempat kerja merupakan satu pengalaman yang cukup drastik dan menyeksa perasaan si mangsa. Hal ini akan menyebabkan kita menjadi takut hendak ke tempat kerja, malas, tertekan, gelisah, terhina, benci, marah, sedih dan hilang pertimbangan sehingga menjejaskan psikologi, fizikal dan kesihatan mangsa. 
Antara tingkah laku…

Salam Merdeka

Image
Assalamualaikum kawan-kawan bloggers...
Lama saya menyepikan diri...
Dugaan demi dugaan mendatang...
Doakan saya terus tabah dalam menghadapi segala dugaan dunia ini Amin...

Rasanya belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 57 TAHUN " dengan tema " DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"....

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi walaupun tahun ini merupakan tahun yang paling banyak Malaysia diuji, namun Allah masih meminjamkan kita bumi Malaysia ini. Walaupun semakin hari bangsa diantara kita berbalah sesama sendiri, baik yang terang-terangan mahupun yang secara senyap, Malaysia masih Allah lindungi.

Rasa sebak, bila ada diantara kita yang sudah mulai lupa dimana bumi kita berada. Hina menghina agama lain, pemimpin berbalah sesama sendiri, bangsa berbunuh sesama sendiri, kemanusiaan jelas mulai pudar, keperihatinan mulai goyah, kedudukan mulai terancam dan banyak lagi yang telah dan akan berlaku. Semua itu petanda akhirnya zaman ini.

Salam Aidilfitri 2014

Image
Assalamualaikum kawan-kawan lama x update blog!!!! busy puasa, busy raya, busy makan hehe
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN  saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger Kosong-kosong ya :)
Ni gambar raya separuh ja tau, nanti kalau banyak muntah pula korang tengok haha

Tahun ni kakak dan adik beraya sebelah suami so kurang sikit orang :)



Hari tu sehari sebelum raya kemas rumah dengan suami. Seronok sangat-sangat dapat bekerjasama hehe dan inilah hasilnya tadaaa.......

Ruang Makan

Ruang Tamu


beraya rumah nenek

beraya rumah pakcik

beraya rumah kawan dari kecil

dari kecik sampai besar kami bersama adik beradik pun sama 6-6 perempuan


My Baby Boy

With my Mama

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih

Image
As-Salam
[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]
GA Cash RAYA RM1000 by Emas Putih dianjurkan oleh Emas Putih dan di sponser oleh Emas Putih , Mahamahu , Mommy Lizz , Monolog , KitepunyeMimi , MyFavPerfumeAyuInsyirah , NasibahIday , Liyana , Qasehgold , Boni Kacak , Macam2Produk , Scha , Lisa , BradoKapak , Conf Deb , Zul , Tya Salmid & The Vocket .


Happy Fasting

Image
Assalamualaikum bloggers rasanya masih tidak terlambat untuk saya ucapkan  "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN"  kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam. Semoga puasa full tau. Jangan ponteng-ponteng tau! melainkan yang memang Allah bagi rehat hihi Sungkai nanti pula jangan makan banyak. Makan ala kadar je. Sahur pula jangan tinggal sebab Nabi galakkan kita bersahur. Dan selamat menunaikan solat terawih juga :) 

Ambil Organ

Image
Assalamualaikum... lately banyak dengar budak-budak kena culik. Ya Allah takut sangat. Otak ni tak habis fikir dimana mereka berada dan apa keadaan mereka sekarang. Tapi ramai yang kata sekarang banyak kes culik untuk ambil organ. Macam cerita kat bawah ni, saya dapat ni dari FB seseorang. Baca..baca...

Sweetrider Arn
kes penculikan kanak2 & wanita utk jual organ ke black market ni mmg betul tau. Bukan momok2 je. 2 minggu lepas waktu sy ke pekan golok ambik stok benang dgr org kt kedai tu duk ckp jumpa mayat budak dgn abdomen kosong. Dada yg terbelah dan biji mata dikorek. Bila tanya kat mana? Dia ckp di 'Waeng', iaitu daerah atas sikit drpd golok. Ya ALLAH. Dekat sgt tu ingatkan kejadian ni atas lagi mcm kat bangkok ke...lepas tu wanita td cerita lg dia kata org jahat tu nakkan wanita n kanak2, beberapa hari lepas ada ibu yg g ambik anak sekolah kena himpit dgn van yang dah siap buka pintu nak cekup diorang yg atas motor tu, nasib baik si ibu panjang akal dia terbalikkan mo…

Jenayah Berleluasa

Image
Assalamualaikum bloggers yang disayangi jom kita borak pasal jenayah di negara kita yang semakin berleluasa ni.
Pembuangan bayi? Pembunuhan? Rogol? Samun? Langgar? dan blah blah blah..
Dunia semakin menghampiri kepada Akhirat. Sesama kita berbunuhan walau hal sekecil kuman sekalipun. Nyawa manusia kini tidak lagi bernilai...
Tapi ... sedihnya apabila seorang bayi yang tidak bersalah dibuang dan dibunuh. Apalah dosa anak kecil itu yang tidak mengerti apa-apa? Tidak adakah rasa kasih dan sayang sepanjang mengandungkan anak kecil itu? kenapa tidak dihindari sebelum ianya terjadi? Benarlah kata orang, remaja zaman sekarang sudah tidak kenal erti DOSA. 
Kadang-kala saya tertanya-tanya, apa yang mereka fikir dan rasa bila melakukan pembunuhan tersebut? Tidak adakah rasa takut dan sayang pada anak kecil itu? Ya Allah....... sampai hati mereka :'( Sakitnya hati yang melihat anak kecil dilakukan sedemikian. Apa dosanya????
Pembunuhan sesama sendiri. Pembunuhan yang kadang-kala tidak dapat…

NetBall Tournament

Image
Assalamualaikum hai bloggers maaflah lama sangat tak update blog ni. Sibuk sangat dengan latihan bola jaring dan persediaan tournament yang telah selesai pada hari kelmarin 15 jun 2014. Selepas 2 tahun meninggalkan dunia sukan, saya kembali lagi beraksi. cewah hehe..tapi macam biasalah bila lama tidak bersukan, keluar macam-macam penyakit sendi hikhikhik :p , tapi minat punya pasal main langgar ja. Alhamdulillah sepanjang kejohanan tiadalah cedera yang teruk sangat, cuma pergerakan terbatas sebab kaki nak guna lama, sayang kalau dah injured sana-sini. So main bola jaring punya kena slow-slow. Hah lagi satu korang jangan tak tahu netball lelaki pun ada taw..teror lagi diaorang main dari kita hikhikhik
ok macam biasa, sedikit perkongsian gambar sepanjang latihan dan perlawanan Bola Jaring yang dianjurkan oleh UITM Kota Kinabalu, Sabah. 13-15 Jun 2014 Bertempat di Dewan Persekutuan Mini Putrajaya, Sabah
 FRIENDLY MATCH DENGAN TEAM HAIBA   FRIENDLY MATCH DENGAN TEAM HAIBA