Thursday, December 26, 2013

Perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri

Assalamualaikum hai..
 tetiba rasa nak update pasal perkahwinan designer favourite @ designer terkenal JM.
Mesti ramai yang kenal beliau kan kan.
Saya suka sangat dengan designnya. Harga pun setaraf dengan kualiti dan rekaannya. Jadi memang berbaloi-baloilah kalau beli pun hehe.
Beli setahun sekali ja kalau tiap bulan beli boleh pokai woo haha..

Okey saya selalu mengikuti perkembangan JM ni di INSTA so gambar-gambar yang saya dapat ni pun melalui Insta beliau. Suka sangat konsep perkahwinan dorang. Ala-ala jawa gtu. Saya dulu pun konsep perkahwinan ala-ala Jawa (sebab saya dan husb keturunan jawa hehe)  Baju persandingan saya pun saya sewa dari RKM (Rumah Kebaya Malaysia) Kak siti memang Salah seorang designer yang berasal daripada Indonesia. Pakej-pakej RKM ni bagi pun sangatlah berbaloi-baloi dan yang penting mampu bayar tau. Tak rugi. Layanan first class. Bagi yang belum berkahwin tu saya syorkan pilihlah RKM hehe
yang nak kawin lagi pon boleh (boleh blah haha jgn marah kita gurau aja)

Klik sini
RKM

Okay jom kita tengok serba sedikit gambar sekitar perkahwinan JM dan Nina.
Tak ambil banyak tau nanti Jovian marah haha~







Cantik sangat-sangat macam Prince and Princess


Teringat dulu2 mcm sama ja baju hehe



so cute!

fuyoooo tempat makan dalam taman... kalau macam ni mau berjam-jam duduk pon tak bosan



macho!


Yang ni majlis bersiram JM
Dulu sy bersiram dlm kamar mandi ja takdala mcm ni haha
Pengantin sempoi
(Macam sedap ja buah-buahan tu kan ....)



Tuesday, December 24, 2013

New Life

Assalamualikum bloggers
lama x update blog kan , bukan apa saya baru sahaja berpindah ke tempat asal huhu
KL-LB-KK
Alhamdulillah akhirnya saya pindah juga ke tanah air sendiri.

16.12.2013
Tarikh saya di tukarkan ke Kota Kinabalu Sabah. Yeah. Gembira yang tak terkata. Dekat dengan anak dan dekat dengan suami. Family pun ada disini. Bahagianya. Sama bahagia dengan perkahwinan Jovian Mandagie dgn Nina ismail Sabri & Cik Ta dgn Zain Saidin . haha. (ada kena mengena ker ? hehe)

Sekarang saya bertugas di Jabatan Penerangan Kota Kinabalu, Sabah. Masih sebagai Setiausaha dan Bahagian Media & Komunikasi Korporat.

Sekarang hari-hari pergi kerja dengan husband, kadang2 rehat pun dengan husband. Tak boleh selalu sebab minyak dah mahal dan tempat kerja husband jauh dari office sy
. (Jangan politikkan ayat saya haha)
Tapi yang sedihnya jam 6.00 ptg baru husband dapat pickup sebabnya sebelum ambil saya kena ambil Akim dulu, pastu nak menghadap jem lagi.Seram wooo sorang-sorang disini.
Sabah awal gelap tau.... huhuhu Tapi nak tak nak kena tunggu juga. Takkan mau naik bas kan kan... Sampai rumah pun dah jam 7.





Tadaa My Office... hehe jemput datang kekeke...




Okay yang lain tu semua nya selfie.. 
Semuanya palsu yang betulnya saya di sini kekekekek......
Jumpa entry akan datang ya :)

Tuesday, December 10, 2013

Ambuyat

Assalamualaikum bloggers
Harini nak update pasal AMBUYAT
atas permintaan dari Kak Ana dan Kak Lily hehe

Siapa tahu apa itu AMBUYAT? 
dan siapa pernah makan? sedap kan kan kan hehe
Ambuyat tu adalah makanan orang Sabah.
Tapi ada juga orang Sabah yang x pandai makan, macam suami saya hehehehe..

Rupanya sebijik macam gam. Kalau orang tak biasa makan ambuyat memang muntahlah hahaha
Tapi bos saya orang Pahang firstime kami bawa makan ambuyat terus pandai makan. 
Sampai menambah lagi haha...

Ambuyat ni merupakan sejenis hidangan yang berasal daripada bahagian batang dalam sagu sawit. 
So kalau kami disini kadang-kadang panggil ambuyat dan kadang-kadang panggil sagu.
 Ada juga yang memanggil ambuyat itu linut.
Kami makan ambuyat ni dengan chandas.
 Chandas tu diperbuat daripada buluh. Ada juga yang makan dengan Sudu.
Nanti saya sertakan gambar ya mesti semua tengah pening-pening kan, ambuyat tu apa? chandas tu mcmana rupa ? hehe sabar sabar...


Yang ni Resepi saya haritu. Ambuyat+kangkung belacan+kari ayam
Fuhhhhhhh sodappppp!!!!!!!
Makan ambuyat ni mesti ada kuah. So baru sedap taw dan yang penting tak tercekik haha





Makan ambuyat ni  memang meriah macam ni.
Sebab lagi banyak kuah yang berlainan lagi sedapppp...

Hah yang tu adalah Chandas. 
Cara makan, kaut ambuyat dan putar-putarkan. Jangan terlampau besar tau nanti tercekik. Pastu boleh celup ke dalam kuah yang korang nak...

Yang tu rupa ambuyat yang belum dimasak yang dijual di pasar-pasar.
Mana tahu nanti korang jalan-jalan kat Sabah nampak benda ni.
Hah senanglah dah kenal kan boleh beli hehe



CARA BUAT AMBUYAT

~Ambil separuh ambuyat dan letakkan dalam mangkuk / bekas yang besar. 

~Gaulkan ambuyat tadi dengan sedikit air. Jangan banyak tau.
( Macam orang buat kuih tu tepung digaulkan sedikit dengan air hehe)

~Sediakan air yang panas mendidih (Wajib supaya ambuyat itu  masak)

~Kemudian tuang air panas itu kedalam ambuyat sambil gaul ambuyat itu tanpa berhenti sehingga ambuyat menjadi seperti gambar di atas. 
(Kalau ambuyat tu dah jadi macam gambar yang di atas tu jangan tuang air panas lagi tau nanti ambuyat jadi cair hehe)

Pastu dah boleh dihidangkan dengan pelbagai cicah (Kuah)
hah kalau siapa-siapa yang nak try makan ambuyat, saya boleh tolong belikan kat sini dan tolong pos. Yang penting korang kirim duit jugak ya hahahaha :p

PENGUMUMAN PENTING

Bagi pemenang GA Liza Izara yang BELUM dapat hadiah sila contact saya ya. Sebab ada hadiah yang telah dikembalikan kepada saya. Saya pun tak tahu kenapa ada yang tak sampai-sampai. Risauuuuu
Contact saya ya 0138844330 SMS je hehe

PENGUMUMAN KEDUA

Bagi entry saya yang bertajuk ZINA IJAB KABUL saya telah menyampaikan persoalan ini kepada Pendaftar Nikah kami dan berikut adalah jawapan yang Berbahagia 
"TIADA LAGI ZINA SETELAH DIIJAB KABULKAN".

PENGUMUMAN KETIGA

Siapa-siapa yang berminat nak beli baju PreLoved Cik Shaida boleh tengok kat sini ya. Dia ada jual baju PreLoved tau

Tuesday, December 3, 2013

Fazriel Haqeem Birthday

Bismillahirohmanirohim..
Assalamualaikum bloggers yang dirindui..
Maaf maaf dan maaf
Lama x update cerita ceritu dalam blog hehehe
Orang bz mau pindahlah katakan..
Alhamdulillah 3 tahun di KL dan 2 tahun di LB 
akhirnya dapat juga saya balik ke tempat asal
16.12.2013
Tarikh yang ditunggu-tunggu saya akan melaporkan diri di tempat baru
KOTA KINABALU IM BACK FOREVER
 Yiiiihaaaa...

Ops..... tu kita cerita nanti-nanti ya sekarang mau cerita pasal Akim
Kelmarin
2.12.2013
Akim genap 1 tahun...Alhamdulillah sedar tak sedar sudah setahun anak ibu ni
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG
IBU & ABAH LOVE YOU SO MUCH

Semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat
semoga diberi kesihatan yang baik sepanjang hidup
semoga dapat menjadi Hamba yang Taat padaNya
Semoga berjaya dunia dan akhirat
Semoga dilimpahkan rezeki yang tidak pernah putus
Semoga menjadi Manusia yang sentiasa membantu sesama manusia
Semoga menjadi seorang Doktor yang berjaya
Amin Yarabal Alamin...

Sempena Hari Lahirnya yang pertama abah dan ibu bawa Akim jalan-jalan ke Kundasang, Ranau


Akim conpius mau pegi mana ni jauh betul perjalanan

 Muka kesejukkan Akim hehe







Tengokla gelagat budak tembam ni.. haritu 11 Bulan 11kg ++
 ni setahun ntah berapa berat dia
huahuahuahua mok mok







Lama tinggal disini boleh beku! Tengokla kabus di belakang tu .. 
sampai biru jari jemari saya tau tu baru semalam tidur disana








Entah apalah dorang buat dibelakang tu




Pewitt macam muda-muda dahulu hihihihi :p


Macam biasalah selfieee heeheee jangan marah