Thursday, September 28, 2017

KENAPA ANDA WAJIB MENGINAP DI HOTEL EQUATORIAL PENANG

Assalamualaikum...


Hah kalau aku cakap macam ni "Nasi kandar here I come!!!" Haha sapa yang tak tau kalau sebagai orang Malaysia nie, asal usul nasi kandar. Of course la di penang. Bila teringat je mesti terliur nak singgah sana. Dari tahun dulu-dulu lagi dah famous nasi kandar, laksa penang, dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia kenalah makan segala jenis menu yang ada kan, sebab negara kita memang terkenal dengan variety food yang banyak. So kalau nak ke sana aku nak syorkan satu hotel untuk korang stay, takkan nak balik hari kot sebab penat. Kenalah bercuti sekali. Hehe.


Hotel Equatorial Penang ni located kat bukit jambul. Kenapa nama dia bukit jambul aku kurang pasti korang bolehlah research sejarah tempat tu nanti bila kat sana. Pemalasnya aku ni kan? Hahaha. Location dia memang strategic sebab dekat dengan Penang International Airport dalam 4.5 km. So kepada pelari marathon boleh test power ulang alik dari Airport ke Hotel, mesti korang dapat jadi lagi sihat. Untuk yang nak lawat anak, adik atau member kat USM, jarak dia lebih kurang dalam 2km lebih dari hotel ni. Convenient kan?
Pukul 2 kalau korang dah sampai kat hotel ni, korang boleh dah check in. Kat hotel ni ada service concierge yang boleh tolong korang bawak beg yang berpuluh kilo ke bilik hotel korang. Selain tu receptionist hotel ni boleh dikatakan bekerja kuat sebab buka 24 jam sehari. Tapi manusia tu bukan robot so diorang akan tukar syif nanti. Darilah muka senyum jadi muka blur jer kalau kerja lebih 12 jam. Kesiann. So this is a benefit to u guys sebab kalau korang ada apa-apa isu atau nak tanya boleh tanya ke front desk diorang ni. Staff diorang memang friendly and standby untuk tolong korang.


Kalau korang sampai awal, korang boleh lepak kat lobby sambil baca suratkhabar yang diorang preparekan untuk guest hotel. Parking pun senang kat hotel ni sebab diorang dah sediakan. Wifi pun ada kat public places so save sikit korang punya data tu. Kan selesa kalau camtu. Dalam bilik pula ada Cable TV, Meja, Bilik air yang ada bathtub, fridge dan juga hairdryer. Bathrobe pun ada, so korang boleh bayangkan tak ala-ala mewah juga hotel ni ya. Bilik pun memang kalau ikut review sebelum ni sangat bersih dan selesa. Selain tu, kalau korang taktau jalan sekeliling area hotel ni korang boleh gunakan service tour guide diorang.

Aku rasakan yang mesti ada dari korang yang nak buat wedding reception kat hotel. Hotel Equatorial Penang ni ada buat wedding service, so korang boleh la jumpa person in charge untuk tanyakan dengan lebih lanjut. Apa lahi yang boleh buat kat sini ekk. Haa ada spa kat sini untuk korang relaxkan minda and fizikal. Bilik steam pun ada untuk korang buang kalori yang korang amek masa makan tengah hari nasi lemak 2 bungkus tu. Haha macam aku tak tau korang ni tahap melahap macam mana kann. Dalam hotel ni ada restaurant yang boleh serve breakfast, lunch dan sampailah dinner. Swimming pool pun ada so korang boleh beriadah dengan family or bawak the young ones. Masa ni la sesuai untuk family bonding tak gituu.

U guys also can book the smoking free room untuk yang tak merokok. Nak pergi gym untuk buat six pax pun ada, nak pergi massage pun ada. Memang mewah la korang selama stay kat hotel ni. Sangat berbaloi untuk invest demi relaxkan minda korang yang selalu stress tu. Untuk group booking untuk corporate event atau training pun no problem sebab hotel ni ada facilities such as conference room, business centre dan juga auditorium untuk crowd yang lebih ramai. Untuk bos-bos kat luar sana this is the right time untuk book Hotel Equatorial Penang online. Aku suggest jerk orang jangan nak salahkan aku nanti sebab ni good investment untuk tingkatkan performance staff korang.


Lepas berehat-rehat tu boleh la korang jalan jalan cari port yang best kat penang ni. Dapatlah makan benda-benda yang korang mimpikan before this. Have fun guys!!! Tu pasal lah aku cakap "KENAPA ANDA WAJIB MENGINAP DI HOTEL EQUATRIAL PENANG" NI, HOTELNYA MEMANG DIANTARA YANG TERBAIK DI PENANG TAU. Ok next entry please .. Bye

Share:

4 comments:

  1. Cantik nya view hotel ni.. facilities pun nmpk mewah oo

    ReplyDelete
  2. hotel cantik ... mesti selesa bermalam di sini :))

    ReplyDelete
  3. Ada kelas sendiri hotel ni ya ......

    ReplyDelete
  4. Ada kelas sendiri hotel ni ya ......

    ReplyDelete