CROISSANT BY MUNCHY'S

July 24, 2017

Assalamualaikum,

Minggu lalu adalah minggu yang sangat memenatkan, apa tidak, jadual ke KL sebenarnya Sabtu, tapi delay punya delay banyak kali, last-last tiket hari sabtu tu kena cancel dan kena fly juga hari jumaat. Dahlah waktu bekerja, terpaksa ambil cuti semata-mata nak bersiap dan kejar flight jam 5 petang.

Tapi tak apa yang penting, segala urusan dah selesai dengan izin-Nya alhamdulillah. Oh ya sebenarnya nak cerita ni, kalau pergi KL je mesti perkara pertama yang akan keluar di fikiran dan mulut kawan-kawan, adik beradik dan orang-orang kampung adalah pasal "BUN". Belum naik flight lagi, dengar je KL mesti ada suara "KIRIM BUN-KIRIM BUN" dan yang pastinya semua orang tahu apa itu "BUN".

Alkisahnya, semalam waktu balik tu singgahlah Eraman kat bawah, untuk "PAJAK BUN" tu. Kalau tak pajak memang tak sah lah kan. tak adanya orang nak beli 1-2 bungkus je. Saya beli semalam pun dah RM50.00 . Pastu borong punya borong terjumpalah "BUN" baru ni. Packaging nampak cantik, gambar pun menarik. Harga RM1.30. Borongla dalam 6 bungkus berlainan perisa. Dia ada perisa Chocolate, Caramel dan Vanilla. Pagi ni trylah makan satu bungkus. Not Bad lah rasa nya, biasa-biasa je, roti dia pun agak keras sedikit dan perisa yang kat dalam tu pun sikit je. Nasib baiklah tak borong banyak. Tapi tak mengapalah mungkin baru percubaan kan, harap-harap Munchy's dapatlah perbaiki apa yang kurang. Saya bagi 1 bintang untuk Munchy's. Bintang tu untuk packaging dan gambar.





And of courselah "BUN" favourite sepanjang zaman adalah GARDENIA. Pajak banyak-banyak, lain-lain jenis dan perisa.  Fuh heaven nya lah dah siap memborong. Selagi tak borong susah hati haha.



Siapa geng macam saya ni? WAJIB borong "BUN" kalau fly???

You Might Also Like

7 comments

  1. crossaint tu org ckap xsdap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang x sedap. nasib smlm tak borong banyak.

      Delete
  2. tak pernah rasa lagi croissant tu.. da penah nampak. hihi.. btw dulu nak pergi Kuching memang nampak penuh gilaaa roti gardenia terjual kat terminal KLIA2.. and ada sorang pakcik ni borong sampai letak dalam plastic itam. tak tahu tau mula2.. sampai Kuching citer kat kawan baru tahu sebabnya huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpyh beli haha xsedap. bagus lg beli gardenia. aah klu kat sabah atau sarawak takde gardenia tu, ada pun roti biasa je, tu yg sllu org2 sni borong banyak.

      Delete
    2. hihi serious ke tak sedap ? tengok macam menarik okkaaay cakap tak sedap tamo la try ngeh2. masa tengok pakcik tu borong mmg pelik sampai sana baru kawan citer betapa Gardenia sangat berharga di Sabah Srawak..

      Delete
  3. saya wajib mengirim sapa2 dari KL.hahahaha

    ReplyDelete
  4. haha kan, memang menjadi satu kewajipan sdh tu aa hahha

    ReplyDelete