Friday, June 23, 2017

TIPS KESELAMATAN SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH


Assalamualaikum Salam Ramadhan ke-28

Berikut adalah beberapa tips keselamatan yang perlu anda lakukan sebelum meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama.

1. Semua elektrik telah ditutup. Elak kebakaran/litar pintas

2. Cabut kepala gas.

3. Kunci semua pintu dan tingkap. Elak kecurian.

4. Semua kepala paip ditutup. Naya kang, balik dari kampung, bil air melambung, rumah banjir.

5. Kalau ada binatang peliharaan dalam rumah, bawalah balik kampung, dia pun nak raya juga tu. Melainkan binatang tu boleh berdikari masak sendiri, Kencing berak ditandas,bolehlah tinggalkan dalam rumah. Kalau jenis tak pandai berdikari, bersiap sedialah, rumah korang akan jadi lebih teruk daripada dimasuki pencuri. Haha. Tips lain, boleh hantar ke pusat jagaan binatang. Bukan manusia ja ada pusat jagaan, haiwan pun dah ada tau.

6. Pastikan barang-barang berharga emas, laptop, handphone dan sebagainya, dibawa bersama. Kalau tak pun simpan di tempat yang paling selamat sampai pencuri pun giveup nak cari. Haha.

7. Maklumkan kepada jiran, tempoh balik kampung dan berikan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya berlaku apa-apa kejadian. Kalau jiran pun balik kampung? Jangan risau, boleh maklumkan kepada Balai Polis yang berdekatan.

8. Kalau boleh hidupkan lampu luar rumah. Jangan bagi rumah gelap sangat. Seram. Haha.

9. Last sekali baca Surah Kursy semoga harta benda kita dilindungi Allah. Dialah sebaik-baik pelindung.

Okay ni saja tips ringkas dari saya. Selamat Balik Kampung semua .

Oh ya, jangan gatal tangan nak update kat facebook alamat rumah, tempoh meninggalkan rumah raya nanti. Zaman sekarang ni, pencuri pun cari kerja hasil daripada posting-posting difacebook tau. Dah naik level strategi diorang ni.

See u next entry .
Share:
Read More

Monday, June 19, 2017

BIES KITCHEN SAJIAN CITARASA KAMPUNG

Melihat saja pada menu yang dihidangkan, terasa lama sangat menunggu Azan Maghrib berkumandang, walaupun hanya tinggal beberapa minit sahaja. Sajian citarasa kampung yang sangat menyelerakan, membuatkan perut semakin rancak berbunyi.

Bies Kitchen, merupakan salah satu Restoran yang menyediakan masakan bertemakan "Citarasa Kampung"yang terletak di Karamunsing Capital, Kota Kinabalu Sabah. Dengan tagline "Kau Pilihlah" restoran ini baru saja beroperasi setahun lalu.


Bagi yang merindui masakan kampung, bolehlah datang ke Bies Kitchen untuk berbuka puasa. Harga sempena Bulan Ramadhan iaitu RM20 bagi orang dewasa dan RM10 bagi golongan kanak-kanak. Bies Kitchen merupakan diantara restoran yang termurah di Kota Kinabalu dalam bulan ramadhan dengan masakan yang sungguh mengenyangkan. Berbaloi!


Diantara sajian kuih-muih kampung yang sangat sedap.


Untuk tempahan 
boleh Hubungi Kak Bie ditalian 








-jumpa entry akan datang-
Share:
Read More

Saturday, June 17, 2017

ADAT BERAYA DIRUMAH ORANG



Assalamualaikum
Salam Ramadhan ke-22

Raya tak lama lagi ni, mesti semua tak sabar nak kunjung-mengunjungi rumah sanak saudara, rakan-rakan kan, so kat bawah ni ada beberapa Tips Adat Beraya di Rumah Orang. Baca dan Hadam! 

1. Bagi salam dan masuk setelah tuan rumah pelawa.

2. Duduk diruangan yang telah disediakan, jangan duduk kat tepi-tepi pintu bilik atau pintu dapur. Nanti Tuan Rumah nak lalu susah.

3. Mata kena kawal. Jangan pandai-pandai nak scan rumah orang. Orang perempuan ni, bab-bab rumah, mata dia bahaya sikit. Silap-silap pasu bunga senget sikit pun dia isu kan juga.

4. Mulut kena kunci, jangan nak jadi juri pula kat rumah orang. Semua nak dikomen. Orang perempuan ni, tak habis deco rumah sendiri rumah orang pun nak di deco nya.

5. Lagi satu kaki kena jaga,jangan gatal-gatal nak tawaf rumah orang ya.

6. Orang lelaki pula, jangan mengada-ngada merokok dalam rumah orang atau luar rumah. Kalau nak merokok sangat, pergi jauh sikit dari rumah orang. Kita tak tahu dalam rumah tu ada yang sakit ke, alergi asap ke, kang naya orang sakit.

7. Minum dan Makan apa yang tuan rumah hidangkan. Jangan memandai-madai tanya "ni je ke ada ?" "ada air lain tak?" , "ada biskut ni tak?" . Ko fikir restoran ke apa?

8. Parents, kawal anak-anda anda. Jangan biarkan anak-anak berlarian dalam rumah. Nanti ada pula barang-barang yang pecah berjatuhan. Memanglah diorang cuma budak-budak, tapi sebagai parents kena kawal anak sendiri.

9. Jangan main mercun kat rumah orang. Ni lagi bahaya, kot-kot ada ahli keluarga tuan rumah yang ada sakit jantung, naya naya.. no no no okay

10. Jangan bercerita pasal politik masa raya, nanti politik tak sehaluan, ada kena halau dari rumah. haru nanti.

11. Salam tuan rumah apabila keluar daripada rumah, DAN ajar anak anda untuk TIDAK bercakap "tak ada duit raya ka?" . Budak-budak ni dia main lepas ja. So siap-siap pesan dengan anak-anak okay. Kalau anak dah terlepas cakap tu cepat-cepat tarik anak korang masuk dalam kereta! taklah tuan rumah cuak . Ye tak?

Okay, ni saja tips ringkas dari saya.

-jumpa entry akan datang-

Share:
Read More

Thursday, June 15, 2017

BAJU RAYA 2017




Assalamualaikum,

Alhamdulillah harini da masuk hari ke-19 kita berpuasa. Wah rasa tak sedar masa berlalu begitu cepat kan. RAYA IS COMING . yeah yeah .

Cerita pasal Raya ni, korang dah beli baju raya? apa tema tahun ni?  design apa? dan berapa pasang? Mesti ada yang pening kepala nak pilih baju raya kan. Selalunya orang perempuanlah yang banyak fikiran. Macam saya. haha. Selalunya tahun ke tahun macam-macam design yang akan keluar. Hah,kalau korang takde masa nak shopping kat Mall, nak jimat masa atau pun tak tahu mana nak pilih baju raya, jom tengok kat Baju Raya 2017  
Kat sana semua design dan brand ada tau. Korang tak payah bersusah payah menghabiskan minyak, menghadap jammed, berpanas berhujan untuk pergi cari baju raya kat luar sana.


Jangan risau lepas ni Cik Abang tak perlu tunggu lama sangat dah untuk Baju Raya 2017 ni. Sebab semuanya dihujung jari. Jangan lupa belikan Cik Abang sekali tau, kang merajuk pula sidia. hehe. Ada ke untuk lelaki? eh eh korang ni, zaman sekarang ni lelaki pun shopping online tau. Semua nak jimat sekarang ni, daripada berpanas, hadap jammed segala bagai, baik online je kan.


Design up to date tak?

Design apa yang korang nak? Peplum? Kurung? Kurta? Dress? Kebaya? baju Melayu semua ada. Tinggal pilih je nak yang mana.



Saya nak pakai baju macam artis tu, artis ni

Jangan risau  Baju Raya 2017 ni ramai pakaian dari pereka-pereka terkenal tau. Contohnya, Rizalman, Jovian, Minaz, Tom Abang Saufi dan lain-lain. Taip je design apa yang korang nak, keluarlah gambar-gambar baju raya yang meletop-letops. Kalau korang nak pakai sedondon dengan boyfriend ke, suami ke bagus sangatlah shopping kat sini ni.





So tunggu apa lagi? nak baju raya ke tak? Lambat nanti habis, tak dapat nak melaram dengan baju raya baru. Eh eh kita nak payung lagilah gambar-gambar Baju Raya 2017 tak boleh move on pula tengok koleksi baju raya semua ni haha.






-Jumpa Entry akan datang-








Share:
Read More

Thursday, June 1, 2017

APA ITU Befrienders


Assalamualaikum,

Semalam tengah tengok-tengok tv tiba-tiba nampaklah iklan tentang The Befrienders ni. Memang tak pernah tahu kewujudan The Befrienders ni dan tak tahu fungsi mereka. Bila tengok punya tengok barulah tahu apa itu The Befrienders.

The Befrienders merupakan satu komuniti yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ianya diwujudkan oleh sekumpulan perantis Malaysia yang prihatin terhadap kesejahteraan emosi masyarakat selepas berlakunya peristiwa tersebut. Yalah siapa yang tak tahu sejarah 13 Mei yang sangat-sangat tragis tu kan. Oleh itu dengan bantuan pakar psikiatri profesional dan psikologi dari Hospital Kuala Lumpur, wujudlah The Befrienders KL tersebut.

Tapi The Befrienders ini sebenarnya telah lama wujud di London iaitu pada tahun 1953. Kemudian pergerakan itu telah merebak kepada 40 buah negara dan kini mempunyai 300 pusat di seluruh dunia. Wow, rupa-rupanya The Befrienders ni telah terkenal di seluruh dunia ya.

The Befrienders ini adalah satu tempat dimana kita boleh meluahkan, berkongsi, bercerita apa sahaja tentang permasalahan yang kita sedang hadapi. Samada masalah duit, masalah hidup, masalah emosi, sunyi, tertekan dan masalah-masalah yang lain. Jangan risau sebab bila korang berurusan dengan The Befrienders ini, tak payah bagi details seperti nama korang pun tak apa. Mereka juga tidak akan menyimpan apa-apa rekod bila korang berurusan dengan mereka. Kiranya mereka ni umpama sahabat baik kita, cuma mereka tidak mengenali mereka dan sebaliknya.

Visi mereka adalah, mereka tidak mahu ada yang mengambil jalan pintas iaitu membunuh diri yang mana terdapat banyak kes-kes telah berlaku di negara kita ni. Kongsilah apa saja dengan  mereka tanpa takut dihakimi atau dikritik. Mereka akan setia mendengar masalah korang. Samada melalui telefon, email, atau berjumpa mereka terus pun boleh. Tapi harus diingat The Befrienders ini, tidak menawarkan bantuan kewangan. Mereka boleh dihubungi 24jam sehari, 7 hari seminggu tanpa apa-apa caj dan tanpa mengira umur, bangsa, dan agama. Tujuan utama mereka hanya ingin memberikan sokongan emosi kepada setiap orang yang mempunyai masalah.

So korang yang mana ada masalah, perlukan tempat untuk mengadu, bercerita, berkongsi, bolehlah menghubungi The Befrienders. Apa pun yang beragama islam kita ada DIA untuk tempat kita mengadu. Tetapkan iman, jangan buat perkara yang tak patut. Apa pun masalah ada jalan penyelesaianya, yang penting cari jalan untuk selesaikan, jangan ambil jalan mudah yang merugikan diri sendiri.

Okay kalau korang nak hubungi mereka bolehlah rujuk dibawah ni ya :

Semenanjung:

Web : The Befrienders
No. Telefon : 03-79568144 / 03-79568145
E-mail : sam@befrienders.org.my
Alamat : 95 Jalan Templer, 46000, Petaling Jaya Selangor.
Operation Hour : 24 Hours

Sabah:

Web : The Befrienders Kota Kinabalu
No. Telefon : 088 - 255788
Email : befrienderskk@gmail.com
Operation Hour : 7.00 pm - 10.00 pm







Share:
Read More