TUDUNG RAYA 2017

May 30, 2017

Assalamualaikum

Puasa baru 3 hari, saya dah cerita pasal Raya haha.. tapi tak apa, persiapan tu mestilah awal kan, nanti kalau lambat-lambat habis pula design yang letop-letops kan. Kali ni saya nak bercerita pasal Tudung Raya. Siapa dah beli tudung raya? apa warna tema tahun ni? mesti ramai yang masih memikir-mikir apa tudung yang sesuai untuk raya nanti  kan?

Disini saya ada satu cadangan hehe apa kata Raya tahun ni korang tampil lain sikit. Maksud saya, selalu kan guna bawal, Shawl chiffon, atau tudung sarung je kan, kali ni cuba korang pakai Tudung Amaris. Hah, siapa pernah dengar Tudung Amaris? mesti ada yang tak pernah dengar kan? Jom baca serba sedikit berkenan dengan Tudung Amaris ni.

Amaris adalah salah satu Brand yang terkenal di Kuala Lumpur. Dengan Tagline 
"Your Everyday Luxury" tudung ini membuatkan si pemakai tampil begitu anggun, trendy, exclusive sesuai dengan taglinenya. Bermula pada tahun 2015, Amaris telah membuat satu keluaran design tudung yang sangat popular masa kini. Iaitu Tudung design knitted. Mendengarkan sahaja perkataan "knitted" pasti ada diantara kita yang memikirkan tentang "panas". Tapi adakah tudung keluaran Amaris ini panas? jawapannya adalah TIDAK!

Kenapa TIDAK? Sebab saya dah pakai dan rasa sendiri tudung ni. Malahan kali pertama saya pakai tudung ni, dah buat saya jatuh cinta dan seterusnya tanpa memikir panjang, saya menjadi salah seorang daripada Delaer mereka di Sabah! Alhamdulillah sambutan tudung ni sangat luar biasa. Bukan setakat cantik, trendy, exclusive, malah tudung ni juga menjimatkan masa kita. Daripada dulu berjam-jam di depan cermin, kini dengan Tudung Amaris hanya 30 saat diperlukan untuk bersiap. Suami pun tak tunggu lama lagi tau. Terdapat banyak design Tudung Amaris ni, setiap design tudungnya, ada keistimewaan tersendiri. Yang penting tudung ni, masih menitikberatkan soal hukum bertudung iaitu LABUH MENUTUP AURAT!. Yang lagi istimewanya tudung ini boleh dipakai begitu sahaja tanpa memakai inner, tanpa iron dan tanpa pin. Mudah sangat mengayakan tudung ni, kerana ianya cantik terletak sahaja. Angin tiup pun tudung still terletak je tau, takada terbang sana sini haha. Tudung ni juga, boleh digayakan mengikut kesukaan korang. Samada nak labuh atau nak pendekkan pun boleh.

Dibawah saya kongsikan serba sedikit gambar keluaran Tudung Amaris. Kalau korang nak tengok lagi banyak tudung Amaris ni boleh KLIK SINI 








Saya pakai Amaris Queen


Saya pakai Amaris Glitter Premium

Tudung ni tak mahal Harga bermula dari RM59 - RM75. Tudung ni korang hanya perlu sarung dan lilit sahaja. Kalau ada yang berminat nak beli tapi tak tahu cara nak pakai, jangan risau, saya akan bagi tutorial cara pakai. Simple dan mudah je yang penting beli dulu pastu confirm jatuh cinta punya.

Kalau nak order boleh hubungi saya ya :

Liza Dealer Aamris Sabah AKL284 (No. Id Agen Sah)

Whatsapp : 013 898 1692
Facebook : Aryanna Izaara
Instagram : Amaris.sabah
Page : Amaris Sabah


You Might Also Like

13 comments