IMPIAN PERCUTIAN DI HARD ROCK HOTEL PENANG

May 28, 2017

Assalamualaikum korang, tengah berfikir-fikir pula nak pergi bercuti dan berehat kat hotel yang mewah dan esklusif. Selalunya bila saya pergi bercuti, saya pilih tempat penginapan atau hotel murah je. Yelah, sekadar untuk lelapkan mata sebentar. Masa yang ada lebih banyak dihabiskan di luar. Tapi kali ni memang nak plan bercuti dan berehat di dalam bilik hotel yang mewah dan menikmati segala fasiliti yang hotel provide. Just nak manja-manjakan diri dan bagi reward pada diri sendiri. Hehe. Bukan selalukan.
Dalam banyak-banyak hotel, hotel yang saya teringin sangat nak pergi ialah Hard Rock Hotel Penang. Untuk pengetahuan anda semua, rangkaian Hard Rock Hotel di Malaysia hanya terdapat di Penang sahaja. Di Asia pula hanya ada 5 rangkaian sahaja iaitu Hard Rock Hotel Bali, Hard Rock Hotel Pattaya, Hard Rock Singapore, Hard Rock Hotel Macau dan termasukklah Hard Rock Hotel Penang. Jika dapat menginap disini, sure terasa seperti orang “ada-ada” . hahah.. (berangan jap)



Hard Rock Hotel ni  terletak di Batu Feringgi, Penang. Kedudukan hotel ni betul-betul berhadapan dengan laut. Wah!!! Bestnya. Saya dah baca review daripada beberapa customer yang pernah datang ke sana. Rata-rata memberikan feedback yang amat positive. Mereka memanggilnya sebagai “ The Pearl of the Orient”. Hard Rock Hotel ini sinonim dengan muzik dan hiburan. Tapi janqganlah korang salah anggap pulak. Nama saja hard rock tetapi bukanlah untuk pengemar music hard rock sahaja yang boleh menginap disini, semua pengunjung pada setiap peringkat umur pun boleh menginap kat sini tau. 
Hotel Hard Rock ni, menyediakan 250 bilik kepada tetamu. Semua bilik mempunyai rekaan moden dan kontemporari. Ada 8 jenis bilik yang mereka sediakan iaitu: 

-Hillview deluxe
-hillview deluxe with balcony
-Seaview deluxe
-Lagoon deluxe
-Lil rock deluxe
-Lil rock suite
-Lil rock suite courtyard
-Kings club seaview deluxe.


Alahai tengok gambar pun saya dah rasa teruja sangat dengan Hotel Hard Rock ni, Korang boleh lihat gambar-gambar bilik lain di laman web Hard Rock hotel. Seriously, memang jatuh hati dengan susun atur bilik-bilik kat hotel ni. Hotel ini quite different dengan hotel lain. Bukan setakat tu saja, pakaian pekerja-pekerja hotel kat sini pun kelihatan lebih sempoi dan kemas. Mereka mengenakan pakaian t-shirt yang menggunakan logo rasmi Hard Rock Hotel dan staff di hotel ni juga mostly rakyat tempatan kita sendiri. Layanan mesra, ramah dan santai yang diberikan oleh pekerja hotel tersebut, sangat terbaik. Confirm nanti bila saya bercuti kesana, saya tak akan rasa kekok walaupun pertama kali jejak kaki di Hotel Hard Rock Penang tu.
 Bukan tu saja, Hotel Hard Rock ni juga terdapat 6 jenis restoran or cafe tempat untuk korang jamu selera. Antara 6 restoran tersebut adalah:-

1. Lobby Lounge - Di sini korang boleh nikmati makanan sambil mendengar live music pada setiap malam bermula 8.30 malam.
2. Hard Rock Cafe – Terletak di ground floor hotel. Terdapat live band dan Rock Shop yang menjual barangan edisi terkini dan terhad Hard Rock.
3. Starz Diner – Makanan ala buffet boleh didapati di sini setiap jumaat dan sabtu. Antara menu menarik yang disajikan ialah Seafood Brochette, Roast Duck Crepe, Moroccan Spiced Lamb dan banyak lagi. Waktu operasi setiap hari adalah dari 6.30 pagi hingga 11 pagi dan 5.50 petang hingga 11 malam.
4. Sand Bar – Beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 11 malam setiap hari. Berada bersebelahan Pizzeria, menghadap laut dan boleh menikmati matahari terbenam. Wow ini sangat BEST! 
5. The Shack – Nikmati koktel semasa berada di dalam kolam renang. Ibarat sambil menyelam, minum air hahaha. Pelbagai jenis minuman local dan international disediakan. Beroperasi dari 11 pagi hingga 9 malam. 
6. Pizzeria - Di sinilah tempat untuk korang yang mencari pelbagai jenis pilihan pizza. Dibuka setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 11 malam.



Ok jom lihat pula perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hotel. Antaranya ialah Lil’ Rock Kids Club, Teens Club, Swimming Pool, Rock Spa, Body Rock Gym, Salun kecatikan, Rock Shop dan memorabilia.



Terdapat juga bilik yang disediakan untuk mesyuarat dimana boleh memuatkan 300 orang dan pelbagai pakej perkahwinan turut ditawarkan. Wah!!! If I have a lot of money, sememangnya impan ku ingin membuat majlis perkahwinan di sini. Hahaha..Tapi berangan jelah. Sebab saya dah kahwin dah pun hahahha. Selain itu, sambungan Wi-fi percuma pun ada. Tiada masalah sekiranya line telekomunikasi korang tak ada signal. 24hours korang boleh menghadap internet yang disediakan oleh Pihak Hotel tersebut.


Wow berangan punya berangan rasa macam betul-betul dah ada kat Hotel Hard Rock tu tau hahaa. Menarik sungguh kan Hard Rock Hotel Penang ni, sampai boleh buat orang berangan begini sekali hahaha. Tapi kalau berangan je tak best pula kan, kita nak juga rasa kenyataan tu kan so apa lagi jom booking Hard Rock Hotel Penang yang awesome, di Traveloka Hotel sekarang!!! Dah banyak kali dengar Website tersebut selalu bagi harga diskaun dan harga promosi yang paling best abad ni. Bukan setakat booking hotel je, booking flight pun Traveloka ni ada tau. Aihhhh senang sangatlah kalau nak pergi bercuti dengan perkhidmatan Traveloka ni kan, semua dalam 1 je, hanya di Traveloka.




You Might Also Like

10 comments

  1. Memang awesome tmpt ni, ehh apasal geng2 sabahan byk buat cerita pasal prcutian nni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, teringin pula mau pigi haha.. kali kan semua mood cuti2 baini hahaha sbb cuti kaamatan kan

      Delete
  2. Hahaha. kan lya? Saya pun ada buat kan. Hehe

    ReplyDelete
  3. holiday mood debilang =D gila classy abis hotel dia

    ReplyDelete
  4. Wah menarik juga ya kat sini..inshaAllah cari duit nak bercuti kat sini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe pg jgn xpg.. jgn lupa guna khidmat traveloka

      Delete