Cara Ajar Anak Cepat Bercakap

May 03, 2017

Assalamualaikum..

Entri kali ni saya nak kongsikan satu kaedah seperti mana saya dan suami saya terapkan agar anak-anak kami cepat bercakap (cara orang dewasa bercakap ya, bukan bahasa pelat baby).

Suami saya selalu ingatkan, bila bercakap dengan anak, guna bahasa seperti orang biasa bercakap. Jangan sesekali guna bahasa pelat baby. Contoh seperti makan=momom , tidur=bobo dan sebagainya. Ini kerana anak kita ibarat kain putih, kita sebagai ibubapa yang akan mencorakkan bagaimana anak kita kemudian hari. Sebab itulah juga ada pepatah mengatakan "mengajar anak biarlah dari rebungnya ". 

Biasakan diri seolah-olah kita bercakap dengan orang dewasa. Ini membantu kelancaran anak dalam bertutur kata. Jadi mereka akan mudah memahami apa yang dituturkan oleh orang dewasa.

Sekiranya kita biasakan anak bercakap dengan bahasa pelat baby, mereka akan terbiasa dengan ayat-ayat tersebut. Ini membuatkan mereka hanya ingat bahasa tersebut dan akan menggunakan ayat tersebut sahaja.

So, mulakan pada hari ini, ajar anak kita bercakap dengan bahasa yang betul. Anak pertama saya seusia 2 tahun tak pernah pelat dan sampai sekarang, bila bercakap dengan dia sangat mudah dan matang.. Jadilah ibubapa yang bijak membimbing anak-anak. Semoga berjaya. Jumpa dientri akan datang.



You Might Also Like

2 comments

  1. yep btl, kakak ju pun ajar mcm ni dgn anak2 dia.

    ReplyDelete