Posts

Showing posts from May, 2017

TUDUNG RAYA 2017

Image
Assalamualaikum

Puasa baru 3 hari, saya dah cerita pasal Raya haha.. tapi tak apa, persiapan tu mestilah awal kan, nanti kalau lambat-lambat habis pula design yang letop-letops kan. Kali ni saya nak bercerita pasal Tudung Raya. Siapa dah beli tudung raya? apa warna tema tahun ni? mesti ramai yang masih memikir-mikir apa tudung yang sesuai untuk raya nanti  kan?

Disini saya ada satu cadangan hehe apa kata Raya tahun ni korang tampil lain sikit. Maksud saya, selalu kan guna bawal, Shawl chiffon, atau tudung sarung je kan, kali ni cuba korang pakai Tudung Amaris. Hah, siapa pernah dengar Tudung Amaris? mesti ada yang tak pernah dengar kan? Jom baca serba sedikit berkenan dengan Tudung Amaris ni.

Amaris adalah salah satu Brand yang terkenal di Kuala Lumpur. Dengan Tagline 
"Your Everyday Luxury" tudung ini membuatkan si pemakai tampil begitu anggun, trendy, exclusive sesuai dengan taglinenya. Bermula pada tahun 2015, Amaris telah membuat satu keluaran design tudung yang sangat pop…

IMPIAN PERCUTIAN DI HARD ROCK HOTEL PENANG

Image
Assalamualaikum korang, tengah berfikir-fikir pula nak pergi bercuti dan berehat kat hotel yang mewah dan esklusif. Selalunya bila saya pergi bercuti, saya pilih tempat penginapan atau hotel murah je. Yelah, sekadar untuk lelapkan mata sebentar. Masa yang ada lebih banyak dihabiskan di luar. Tapi kali ni memang nak plan bercuti dan berehat di dalam bilik hotel yang mewah dan menikmati segala fasiliti yang hotel provide. Just nak manja-manjakan diri dan bagi reward pada diri sendiri. Hehe. Bukan selalukan.
Dalam banyak-banyak hotel, hotel yang saya teringin sangat nak pergi ialah Hard Rock Hotel Penang. Untuk pengetahuan anda semua, rangkaian Hard Rock Hotel di Malaysia hanya terdapat di Penang sahaja. Di Asia pula hanya ada 5 rangkaian sahaja iaitu Hard Rock Hotel Bali, Hard Rock Hotel Pattaya, Hard Rock Singapore, Hard Rock Hotel Macau dan termasukklah Hard Rock Hotel Penang. Jika dapat menginap disini, sure terasa seperti orang “ada-ada” . hahah.. (berangan jap)


Hard Rock Hotel ni  …

BISNES KEREPEK DI SABAH

Image
Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni, hari kedua umat Islam menyambut Ramadhan tahun 2017 . Alhamdulillah bertemu lagi kita di Ramadhan bulan yang penuh dengan Keberkatan ini. Disamping kita semua memantapkan lagi amal ibadah kita, mesti ada yang tercari-cari side income kan? Hah inilah masanya untuk sama-sama kita mencari dan berkongsi rezeki dengan orang lain.

KEREPEK PUAN MIMIE TERLARIS DI SABAH

Siapa yang tak kenal dengan pembuat kerepek Puan Mimie di Kota Marudu? Setiap hari beratus-ratus kilo orang tempah dengan beliau. Yang nak makan sendiri pun ada, yang nak jual balik, nak borong pun ada. So, kalau korang nak cari pendapatan dan jual semula pun boleh. Jual makanan ni senang sikit, sebab orang hari-hari nak makan, lagi-lagi perempuan, kerja asyik nak makan saja haha. Berikut adalah senarai kerepek yang dijual oleh Puan Mimie, beserta harga borong sekali;

Kerepek Ubi Pedas - RM1.20 (50gram) – (1KG- RM25) – (+-1/2kg RM13)
Kerepek Ubi Masin – RM1.00 (50gram)
Keropok Pedas – RM…

SHELL OUT DAN SATAY SEDAP DI KOTA MARUDU

Image
Assalamualaikum,

hehe maaflah ya entry kali ni pun pasal makanan juga. Mentang-mentang nak puasa dah semua pakat update entry pasal makan. jangan marah heee

Kali ni kita ke Kota Marudu pula. Kota Marudu ni kampung suami saya. Terletak kira-kira 3 jam daripada Bandar Kota Kinabalu. Kalau drive laju, 2 jam sampai dah. Memandangkan minggu lalu balik kampung, jadi kitaorang sahabat baik ni decide lah nak jumpa. Selalu plan asyik tak jadi saja bah, ni kali kita kasi jadi haha.



Tempat yang kami plan nak pergi adalah kedai kawan kami sendiri. Baru sahaja beroperasi seminggu lalu dan kami adalah pelanggan pertama yang dihidangkan menu Shell Out beliau yang mana kedai dia ni, adalah kedai pertama di Kota Marudu yang menghidangkan menu tersebut. Jadi orang-orang Kota Marudu tak perlulah sampai KK baru mencari Shell Out ni, sebab disana pun ada sudah bah hehe.


Bukan setakat Menu Shell Out saja, Satay pun ada. Satay diorang ni memang satay yang paling famous di sana tau. Cakap ja Satay Sofiah, se…

COOKIES DAN MARUKU SEMPOI PUNYA

Image
Assalamualaikum,

Dekat-dekat nak raya, nak puasa ni kan ada saja rezeki yang melimpah ruah, alhamdulillah syukur pada Allah. Yang ni juga salah satu rezeki yang saya terima daripada seorang rakan facebook Ainishuchu Husain

Dia kata, dia tak jual cookies ni, dia hanya akan buat bila rasa nak makan atau untuk kawan-kawan office. Tanya juga kenapa tak komersial kan, sebab rasanya sedap sangat. Coklat dia tu mengoda jiwa betul, sayang kalau tak jual. Korang kalau nak try order boleh contact akak tu ya, kot-kot ada peluang korang nak rasa cookies dia yang mengoda tu. Akak tu tinggal kat Pulau Pinang. Orang-orang penang bolehlah C.O.D ke atau nak pos pun boleh juga. Boleh buat biskut raya, confirm raya nanti cookies akak ni duluan habis hahaha.

Maruku Mak A'ni dengan tagline "Maruku Sempoi Punya" pun alahai sedap sangat, sampai tak mahu share dengan kawan-kawan, takut habis punya pasal haha. Makan maruku ni, selagi tak habis selagi tulah mulut tak berhenti mengunyah. Takut jug…

CAFE ALIF SATAR DISABAH

Image
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan pertolonganNya selesai sudah Majlis Kenduri Doa Selamat Sempena Pembukaan Cafe Alif Satar iaitu A's Cafe yang bertempat di Padang Bola Yayasan Sabah pada 15 Mei 2017. Dihadiri oleh Alif sendiri, serta Uncle Satar, Aunty Fiza, Ann Osman dan Farish Aziz diantara rakan selebriti yang turut hadir ke majlis berkenaan.

Hah, Orang Awam dan Peminat-peminat Alif Satar anda sangat dialu-alukan untuk makan di Cafe Alif ni, Cafe bertemakan Kontena Cafe ini mampu memuatkan seramai 50 orang pelanggan.

Beroperasi seawal jam 7.00 pagi pelbagai hidangan masakan kampung yang boleh anda nikmati disini. (minta maaf sibuk punya pasal, saya lupa nak tangkap gambar makanan haha bila nak ambil gambar, tengok semua makanan dah habis )

Oh ya selain itu, A's Cafe juga menyediakan khidmat katering iaitu :

↪ Majlis Kahwin (300-1000pax)
↪ Pakej Mesyuarat
↪ Majlis Hari Jadi
↪ Hi-tea

InsyaAllah pada Ramadhan nanti A's Cafe akan beropersi sebelah malam pula. K…

CARA TRACKING BARANG ONLINE

Image
Assalamualaikum..

Harini saya nak kongsi satu kaedah yang paling cepat untuk tracking barang secara online. Kaedah kali ni bukan tertumpu kepada Poslaju, Skynet, ABX dan yang sewaktu dengannya. Tetapi iya melibatkan semua Company yang menyediakan perkhidmatan menghantar barang dimerata tempat.

1. KLIK LINK INI TRACKING BARANG ONLINE

2. KLIK KOTAK YANG BERTANDA 1, KEMUDIAN IKUT STEP BY STEP MACAM DALAM GAMBAR

Pastu dia akan keluar banyak nama-nama Syarikat Penghantaran,  pilih mana satu syarikat yang supplier atau kawan korang guna untuk pos barang-barang korang