Friday, April 28, 2017

Makanan Tradisional Kadazandusun

Penduduk Sabah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 31 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek.

Kadazandusun juga merupakan salah satu etnik yang ada di Sabah dan ianya juga merupakan kelompok etnik yang terbesar di Sabah. Pelbagai sajian dan menu Kadazandusun yang sangat lazat dan sememangnya sangat popular di seluruh Malaysia.

Kalau korang tak pernah rasa masakan etnik ni, jom saya bawa anda ke satu tempat yang mana menempatkan pelbagai sajian dan hidangan etnik Kadazandusun yang digemari di Sabah.

Harganya sangat murah dan berbaloi sebab makan sampai puas!

Waktu Operasi & Harga :

Jam 11.30 am - 2.30 pm : RM28/seorang
Jam 6 pm - 9.30pm : RM38/seorang

Tempat : 2nd floor, Plaza Shell Kota Kinabalu
No. Telephone: 016-833 2381
Hours :11.30am to 10.00 pm