PERBEZAAN KAU DAN DIA

January 19, 2017

Satu hari si anak kecil menangis minta dibuatkan susu... Lantas si ibu pun pergi ke dapur untuk membancuh susu. "YA Allah susu dah habis, kesianlah anak ibu". "Nak, susu da habis, esok kalau ibu ada duit, ibu beli susu untuk abang ya". Si abang mengangguk faham. umurnya 4 tahun, tapi seperti memahami keadaan ibunya.

......"kak, saya nak pakai duit, kalau dapat bankin, tolonglah bankin duit yang akak pinjam tu.... " si ibu menghantar whatsapp kepada kakaknya. Duit dah tak ada, esok pula masih kerja. kena puasa lagi. Tak apalah, ganti puasa. detik hati si ibu. "Nantilah, aku sibuklah, tak ada masa nak p bank ni". balasan whatsapp tadi, tak apalah, mungkin dia betul-betul tak ada masa.

Keesokan harinya, si abang meminta lagi dibuatkan susu. Si ibu memujuk si abang, ibu tak ada duit lagi. ibu tak mampu belikan abang susu. Si abang pun tidur tanpa menyusu. Dah 2 hari minta dibuatkan susu, tapi macamana nak beli susu, kalau duit pun tak ada? air mata si ibu mulai membasahi pipi. "Ya Allah, apa harus aku buat, dimana lagi hendak ku cari duit ". untuk meminta kakaknya, dia segan, walaupun itu duitnya. "tak apalah esok cuba minta lagi"

"Kak, dah dua hari anak saya tak menyusu, saya pergi kerja pun tak ada duit nak beli makanan, tolonglah bankin, saya betul-betul perlukan duit". whatsapp dihantar lagi. "Nantilah, aku malas tak ada masa nak p bank". balasan whatsapp dari si kakak. Si ibu masih bertahan, tapi airmata jatuh lagi, menandakan hatinya benar-benar bersedih.

'Dah 2 hari abang tak menyusu. mesti abang lapar susu. Ya Allah, kenapa orang buat aku begini? sedangkan aku tengah susah Ya Allah. Anak aku lapar Ya Allah, kenapa masih ada orang yang pentingkan diri sendiri, tanpa tahu kesusahan orang lain? aku bukan minta duit padanya, tapi aku meminta hak aku yang di pinjam. Tapi kenapa ini yang dibalas'. si ibu berkata-kata didalam hati.

Tak mengapalah......

Beberapa hari kemudian....

"Dik, tolong hantarkan anak-anak aku ke sekolah". Whatsapp dari si kakak diterima.

`ah haritu aku susah, sampai anak aku tak menyusu 2 hari, takda pula dia kesiankan. aku tak nak lah tolong. biar dia rasa susah. masa orang susah, tak ada pun dia fikir'. Si ibu menjawab didalam hati, sambil jari jemarinya menekan kekunci telefon.

"Aku tak ada masa lah, aku banyak kerja ni".

"Siapalah nak tolong aku ni" balas si kakak.

Si ibu membiarkan saja whatsapp itu tanpa balasan.

Sambil memandu dia berfikir...

'Aku bukan begini, aku tak pernah buat orang begini, walaupun orang buat aku susah. Aku tak sampai hati untuk membuatkan orang susah.Takkan aku nak jadi macam dia?

Ketika itu teringat satu dialog antara Rasulullah dan sahabatnya. ingat tak ingat tapi yang paling diingat. "Kerana kau Ya Rasulullah, tak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan".

Si ibu redha. Dia bukan begitu, dan tak akan pernah jadi begitu. Dia sukar untuk melukakan hati orang lain, biarpun hatinya, hidupnya susah kerana orang lain.

"Tak apalah, nanti aku hantar anak-anak kau", balas si ibu.

-TAMAT-

PENGAJARANNYA :
Janganlah kita membalas kejahatan dengan kejahatan. Kerana bila kau membuat kebaikan, yang membalas segala kebaikan itu hanyalah Allah. Dalam hidup ini, kita kena beringat, mudahkan orang lain, sebab kita tak kan pernah tahu kesusahan orang lain dan kita takkan tahu bila pula masanya kita akan susah. janganlah kita hanya memikir keadaan diri sendiri sahaja. Bila kita mudahkan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. ingatlah, hidup kita ini, bersangkut paut dengan orang lain, lebih-lebih lagi dengan keluarga sendiri. janganlah bila keluarga meminta tolong, berat untuk kita melakukannya, tapi bila orang luar meminta tolong, tanpa lambat sesaat pun, kita terus menolong. utamakan keluarga, kerana apabila anda telah pergi, pasti keluarga yang lebih banyak mendoakan daripada orang luar.

You Might Also Like

5 comments

  1. holaaaa. followed you :)

    http://thecyclazey.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Hi Sabahan Blogger..
    Yeah, dapat BW juga...
    Dah follow ...
    Cheers.

    ReplyDelete
  3. bikin sakit hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
    benci aku org cmtu baa..

    ReplyDelete
  4. tapi bikin sakit hati jugalah dengan perangai si kakak begitu �� org minta tlg nda ditolong, tapi bila dlm kesusahan, terhegeh2 plak minta tlg

    ReplyDelete