Thursday, January 19, 2017

PERBEZAAN KAU DAN DIA

Satu hari si anak kecil menangis minta dibuatkan susu... Lantas si ibu pun pergi ke dapur untuk membancuh susu. "YA Allah susu dah habis, kesianlah anak ibu". "Nak, susu da habis, esok kalau ibu ada duit, ibu beli susu untuk abang ya". Si abang mengangguk faham. umurnya 4 tahun, tapi seperti memahami keadaan ibunya.

......"kak, saya nak pakai duit, kalau dapat bankin, tolonglah bankin duit yang akak pinjam tu.... " si ibu menghantar whatsapp kepada kakaknya. Duit dah tak ada, esok pula masih kerja. kena puasa lagi. Tak apalah, ganti puasa. detik hati si ibu. "Nantilah, aku sibuklah, tak ada masa nak p bank ni". balasan whatsapp tadi, tak apalah, mungkin dia betul-betul tak ada masa.

Keesokan harinya, si abang meminta lagi dibuatkan susu. Si ibu memujuk si abang, ibu tak ada duit lagi. ibu tak mampu belikan abang susu. Si abang pun tidur tanpa menyusu. Dah 2 hari minta dibuatkan susu, tapi macamana nak beli susu, kalau duit pun tak ada? air mata si ibu mulai membasahi pipi. "Ya Allah, apa harus aku buat, dimana lagi hendak ku cari duit ". untuk meminta kakaknya, dia segan, walaupun itu duitnya. "tak apalah esok cuba minta lagi"

"Kak, dah dua hari anak saya tak menyusu, saya pergi kerja pun tak ada duit nak beli makanan, tolonglah bankin, saya betul-betul perlukan duit". whatsapp dihantar lagi. "Nantilah, aku malas tak ada masa nak p bank". balasan whatsapp dari si kakak. Si ibu masih bertahan, tapi airmata jatuh lagi, menandakan hatinya benar-benar bersedih.

'Dah 2 hari abang tak menyusu. mesti abang lapar susu. Ya Allah, kenapa orang buat aku begini? sedangkan aku tengah susah Ya Allah. Anak aku lapar Ya Allah, kenapa masih ada orang yang pentingkan diri sendiri, tanpa tahu kesusahan orang lain? aku bukan minta duit padanya, tapi aku meminta hak aku yang di pinjam. Tapi kenapa ini yang dibalas'. si ibu berkata-kata didalam hati.

Tak mengapalah......

Beberapa hari kemudian....

"Dik, tolong hantarkan anak-anak aku ke sekolah". Whatsapp dari si kakak diterima.

`ah haritu aku susah, sampai anak aku tak menyusu 2 hari, takda pula dia kesiankan. aku tak nak lah tolong. biar dia rasa susah. masa orang susah, tak ada pun dia fikir'. Si ibu menjawab didalam hati, sambil jari jemarinya menekan kekunci telefon.

"Aku tak ada masa lah, aku banyak kerja ni".

"Siapalah nak tolong aku ni" balas si kakak.

Si ibu membiarkan saja whatsapp itu tanpa balasan.

Sambil memandu dia berfikir...

'Aku bukan begini, aku tak pernah buat orang begini, walaupun orang buat aku susah. Aku tak sampai hati untuk membuatkan orang susah.Takkan aku nak jadi macam dia?

Ketika itu teringat satu dialog antara Rasulullah dan sahabatnya. ingat tak ingat tapi yang paling diingat. "Kerana kau Ya Rasulullah, tak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan".

Si ibu redha. Dia bukan begitu, dan tak akan pernah jadi begitu. Dia sukar untuk melukakan hati orang lain, biarpun hatinya, hidupnya susah kerana orang lain.

"Tak apalah, nanti aku hantar anak-anak kau", balas si ibu.

-TAMAT-

PENGAJARANNYA :
Janganlah kita membalas kejahatan dengan kejahatan. Kerana bila kau membuat kebaikan, yang membalas segala kebaikan itu hanyalah Allah. Dalam hidup ini, kita kena beringat, mudahkan orang lain, sebab kita tak kan pernah tahu kesusahan orang lain dan kita takkan tahu bila pula masanya kita akan susah. janganlah kita hanya memikir keadaan diri sendiri sahaja. Bila kita mudahkan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. ingatlah, hidup kita ini, bersangkut paut dengan orang lain, lebih-lebih lagi dengan keluarga sendiri. janganlah bila keluarga meminta tolong, berat untuk kita melakukannya, tapi bila orang luar meminta tolong, tanpa lambat sesaat pun, kita terus menolong. utamakan keluarga, kerana apabila anda telah pergi, pasti keluarga yang lebih banyak mendoakan daripada orang luar.
Share:
Read More

KAU

Bila kau buat salah -tiada yang menegur
Bila kau rasa sedih -tiada yang disisi
Bila kau sedang marah -tiada yang menenangkan
Bila kau buntu -tiada tempat mengadu
Bila kau marah -tiada siapa peduli
Bila kau menangis -tiada bahu tempat bersandar
Bila kau gembira -tiada tempat berkongsi
Bila kau jatuh -tiada tempat berpaut
Bila kau susah - tiada tempat dituju
Bila kau sakit -tiada pengubatnya
Bila kau perlukan -tiada yang meluangkan

Bila kau hilang segala-galanya masih tidak ada pun yang akan memahami. Hanya kau dan hati kau saja yang tahu tentang kau.

Kau....

Kena kuat sendiri
Kena berdiri sendiri
Kena rawat hati sendiri
Kena gembirakan hati sendiri
Kena pujuk jiwa sendiri
Kena faham hati sendiri
Kena bahagiakan hati sendiri
Kena buat segala-galanya sendiri....

Kau....

Tabahlah
Kuatlah
Cekallah
Sabarlah
Teguhlah

Ingatlah, kau mungkin boleh membahagiakan org lain, dengan tangisan kau,
Tapi orang lain, tak mungkin akan menangis kerana kau....

Bila orang membaca nukilan mu, masih ada yang tak akan peduli.

Sebenarnya dunia ini hanya tentang kau seorang.....
Share:
Read More

Wednesday, January 18, 2017

7 JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT


1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana Allah Ta'ala SWT jua.

Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT sebagaimana dalam firman Nya: "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan." (Surah Az-Zukhruf :67)....

Semoga kita semua bersahabat kerana Islam dan Taqwa serta Hubban Limaanan. InshaAllah.
Wallahu'alam.

Konten ini milik Tuan Kasih Anuar


Share:
Read More

Wednesday, January 11, 2017

KERANA KAU PERLU BELAJAR


Ujian itu berbagai-bagai bentuk, datangnya tidak dipinta, masanya tidak diduga. Kadang-kala bila kita fikir kenapa Ujian itu diberi pada kita, sedangkan kita tidak mampu hadapi kita buntu, risau, gelisah, sedih dan bermaca-macam yang kita rasa. Allah sahaja yang Maha Mengetahui kenapa kita dipilih untuk  menghadapi ujian itu. Dia tahu kita mampu, sebab itu Dia pilih kita, kalau kita tak mampu Allah tak akan membebani HambaNYa. 

Sahabat yang perlahan-lahan meninggalkan kita juga adalah salah satu Ujian. Mungkin ada yang menganggap ianya perkara remeh, kecil dan sebagainya. Tapi apabila dia digelar sahabat, pasti kita tahu keakraban yang terjalin seperti apa kan? People change... yaaa... dulu susah senang bersama. kaulah tempat dia meluah, berkongsi segalanya. Tapi bila dia diuji dengan sedikit rezeki yang datang, kau mula dia tinggalkan. perlahan-lahan. Walaupun sakitnya sedikit tetapi kesannya mendalam. Bila ada orang baru yang melebihi kau, kebaikan dan keakraban kau selama ini pun terus dilupakan. Peritnya kita meleraikan ikatan persahabatan itu, tapi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong nak buat apa kan? life must go on. 

Lepaskanlah mungkin Allah nak bagi kita amaran, atau petunjuk dia bukan kawan yang membawa kita ke syurga. Mungkin bila dia susah barulah kau ada gunanya. Tapi janganlah kau seperti dia, mengambil bila diperlukan, membuang bila tidak diperlukan. Jadilah kawan yang berhati ikhlas. Ikhlaskan segalanya, kerana yang membalas segala kebaikan itu bukan dia, tapi Allah. 

Tapi kepada kau, MOVE ON !!! teruskan apa yang selama ini kau lakukan, masih ada insan yang sayang kau, yang bila kau datang, bila kau senang, bila kau susah, dia tetap disisi kau. Bila kau berjaya kelak, katakan kepada mereka, jangan pernah lupakan, siapa disisi kau selama ini bila kau diberi kejayaan. Kerana kita tidak tahu UJIAN itu datang pada siapa dan dalam bentuk apa. 

TAHU KENAPA ALLAH BERI KAU UJIAN?
KERANA KAU PERLU BELAJAR TENTANG KEHIDUPAN.
APABILA ORANG YANG PERNAH KAU TOLONG, KINI MULA MENYOMBONG, 
KAU MENGENAL PERIBADI INSAN.
KAU BELAJAR UNTUK MENGIKHLASKAN.

APABILA ORANG YANG KAU SAYANGI AKHIRNYA PERGI,
KAU MENGERTI APA YANG ABADI. 
APABILA KEPERCAYAANMU DIKHIANATI,
KAU AKAN LEBIH BERHATI-HATI.

Share:
Read More

Thursday, January 5, 2017

SABANDAR COWBOY LODGE & CAFE

Hai, haritu da update pasal tempat ni kan, malam ni nak update lagi. Tapi sekali dengan gambar-gambar ehsan dari -taste of sabah-

Sekali pandang macam di Texas !!!

Rupanya di Sabandar Leisure Rides (Tuaran Junction)

Orang Sabah yang belum pernah pergi ke sini boleh lah plan datang sini. Orang SEMENANJUNG yang datang SABAH jom datang sini!!! 😍😍😍

Horse riding hours:
7am to 11am
2pm to 6pm

RIDE BOOKING HOTLINE:
019 861 1160

Kredit : Taste Of Sabah
















Share:
Read More