ProjekVan10sen

December 17, 2016




Salam semua...

#ProjekVan10Sen telah dilancarkan beberapa hari yang lalu dibawah AMAL PRIHATIN SABAH RESOURCES, Penyelaras Achmad @ Ds Chazy

Tujuan kewujudan Van 10 Sen adalah untuk membantu golongan sasaran untuk sampai ke Hospital/Klinik dengan hanya 10 sen dari rumah mereka (vice versa/atau sebaliknya)

Golongan Sasaran adalah seperti berikut :
OKU, Warga Emas, Ibu/ayah Tunggal yang tidak kemampuan, pelajar susah, anak yatim/piatu, miskin tegar, dan sewaktu dengannya.

Kawasan Perkhidmatan :
Kepayan, Penampang (hingga Dongongon), Putatan (Hingga Sabindo Kinarut), Bandaraya KK (Hingga Menggatal termasuk sekitar 1B, sehingga Indah Permai)

Masih ramai golongan sasaran yang memerlukan malu-malu kali untuk guna #Van10Sen,

Proses sangat mudah.
- Whatsapp 0164472994
- perkenalkan diri
- bagi detail
- tarikh ke hospital
- jam/masa
- lokasi rumah

Pada yang sudah sedia di Hospital/Klinik tapi tidak mampu balik atau tiada kenderaan untuk balik terutama yang baru lepas bersalin, mengandung, baru habis appointment luka/patah/fisio dll, pun boleh juga booking. Rm0.10 saja, kalau tidak mampu, tetap PERCUMA boleh bagi.

Inilah nikmat Tuhan yang boleh di kongsi, kudrat aset jentera, masa dan tenaga sudah jadi peruntukan bantu yang termampu kepada yang memerlukan.

Mohon rakan-rakan pasti ada orang susah di sekeliling anda. War-warkan saja, tolong dorang booking pun nda apa..itulah bantuan sebaik-baik yang anda boleh sumbangkan tidak semestinya wang ringgit. Kita hidupkan rantaian kasih sayang tanpa batas, untuk mengukir senyuman setiap yang memerlukan.

Mohon luaskan dan sebarkan info kewujudan Van 10 sen ini.

Yang ingin sumbangkan dalam bentuk kewangan boleh salurkan ke:

CIMB BANK
AMAL PRIHATIN SABAH RESOURCES
8602790791

Email : amalprihatin.sr@gmail.com

HOTLINE : 0164472994

#ProjekVan10Sen
#AmalPrihatinSabahResources
#DsChzys

You Might Also Like

0 comments