Friday, December 30, 2016

Percutian Baru di Sabah

Assalamualaikum
Hah lama tak update blog kan
Sibuk sangat bila akhir tahun ni
Mana sibuk dengan aktiviti Jabatan akhir tahun
Mana sibuk dengan cuti2 Malaysia hahaha

Entry kali ni nak share sikit pasal cuti-cuti dalam negeri sendiri. Tempat yang saya pergi ni tempat baru untuk dilawati di Sabah tau. So korang nanti datang sini lagi pergilah 2 tempat ni. Tapi gambar tak banyak sebab sekarang susah nak gambar sibuk dukung baby jer hahaha

Cowboy Town
Sabandar Tuaran,Sabah.
Dalam 30 minit dari Bandar KK.
Tuaran dikenali dengan Kuda. Sebab kat sana orang selalu main lumba kuda.




Masuk percuma sahaja. Kalau nak naik kuda baru bayar RM15. Tapi kalau nak naik kuda datang sebelah petanglah, sebab petang baru diorang buka untuk siapa-siapa yang nak naik kuda. 

Lepas tu kalau nak bergambar dengan kuda atau nak bagi kuda makan pun boleh. makanan kuda Rm2 seikat sahaja. Tapi harap maklum ya bau yang amat hahahahhaha...

Lepas tu kalau lapar boleh lah koramg pergi kat hutan bakau kat sebelah je dengan kandang kuda, kat sana diorang ada buat tempat rehat-rehat. ada restoran lagi tau. Sejuk ja masuk sana. Bestlah suasana dalam hutan tu. Tapi gambar saya tak ambil sebab saya tak masuk dalam, husband yang masuk. Bawa baby ni bahaya sikit. tunggulah baby besar sikit, baru p sana lagi. 

Rabbit Village
Kundasang, Ranau

Yang ni tempat baru kat Kundasang, siapa-siapa yang nak manja-manja dengan Arnab bolehlah datang sini. Comel-comel  Arnab dia tau. Diorang buat taman-taman arnab. Main kejar-kejar dengan  Arnab  hehehe.. Macam biasalah gambar takda ambil sebab sibuk pegang anak hahahaha. Kat sana bahaya sikit sebab bukit. So korang yang bawa anak, careful okay, nanti tergolek pula anak tu. 



Bayaran masuk start umur 4 tahun keatas Rm 2
Dan dewasa Rm4.

Makanan  Arnab  dijual Rm2. 

Share:

3 comments:

  1. 1st time pegi rabbit village dgn family last week =D
    Cowboy town dlm list mggu ni.. inysyallah ! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah go go jun... round kita sabah ni bahahha

      Delete
  2. waa best nyaa ~ stakat ni just nmpak org post2 ja .. inshaallah one day tpigi jga ni nanti ... arnab tu yg xthan tengok .. why so cute ^-^ ..

    ReplyDelete