Wednesday, November 9, 2016

Koleksi Resepi Rebus dan Kukus

Assalamualaikum

Okay semua tahu bahawa harga minyak kereta akan berubah setiap 1 haribulan setiap bulan. Sama ada naik atau turun ianya bergantung kepada harga pasaran minyak sedunia... Ok yang tu memang tiap-tiap bulan akan ada yang mengamuk dengan Kerajaan. Tidak dinafikan. Tapi nak mengamuk pun setakat manalah kan kan.. So terimalah dengan hati yang terpaksa...hmmm

Harga Minyak masak pula ? hmm...
Agak berat juga rakyat terpaksa tanggung dengan penarikan subsidi minyak masak ni. Apa taknya saban hari kita menggunakan minyak masak sebagai bahan paling utama dalam setiap masakan kita. Kecuali masakan berebus. Lepas ni akan naiklah harga makanan dikedai-kedai, restoran, warung-warung dan yang sewaktu dengannya.

So apa kata lepas ni, kita cuba masakan berebus pula. Jimat dan berkhasiat.... Jom cuba resepi dibawah ni


KERANG REBUS
1kg Kerang (Telah Di Cuci)
1 Biji Bawang Merah Besar (Hiris)
2 Batang Serai (Titik)
1 Batang Cili Merah (Hiris)
Sedikit Halia (Hiris)
Garam Secukup Rasa
Rebus Sehingga Kerang Terbuka. Tu Tanda Da Masak Lah Tu



IKAN ASAM REBUS

Bahan-bahan
Ikan selar kuning (6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai – 1 batang (diketuk)
Asam keeping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B: untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.



IKAN KUKUS KICAP BERHALIA

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*

1/4 camca teh minyak bijan*

1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)
CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon, perap 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas.

Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak. Hidangkan segera.


IKAN KEBUNG MASAK PINDANG

Bahan-Bahan
2 Ekor Ikan Kembung
2 Batang Serai (Titik)
1 Biji Bawang Besar *
3 Ulas Bawang Kecil*
2 Ulas Bawang Putih*
1 Inci Kunyit Hidup*
Sedikit Halia*
Sedikit Air Asam Jawa
1 Biji Tomato (Dibelah 4)
Garam Secukup Rasa
Air Secukupnya

Cara Memasaknya:
1.      Blendkan Bahan Yang Bertanda *. Masukkan Bahan Yang Dikisar, Serai, Air Asam Jawa Serta Air Secukupnya Ke Dalam Periuk.
2.      Apabila Sudah Mendidih, Masukkan Garam. Biarkan Seketika. Sebelum Tutupkan Api Masukkan Buah Tomato.
3.      Setelah Masak, Bolehlah Dihidangkan.



IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN

Bahan-Bahan
Ikan Kembung Yang Telah Dibersihkan
Air (Ikut Berapa Banyak Kita Nak Kuah Dia)
Garam, Perasa
½ Biji Bawang Besar – Potong Dadu
1 Biji Tomato – Potong Dadu
1 Biji Lada Besar – Hiris Halus
Cili Api – Hiris Halus – Ikut Nak Pedas Mana
½ Cawan Air Asam Jawa
2 Sudu Besar Gula
Sedikit Belacan
Asam Limau

Cara Memasaknya :
Rebus Ikan Dengan Air Sehingga Masak
Masukkan Belacan Dan Asam Jawa, Garam & Perasa
Satukan Semua Bahan Hirisan Ke Atas Ikan
Perahkan Asam Limau
Tunggu Sehingga Masak

Boleh Juga Satukan Semua Bahan Dan Kukus.

Tips: Jangan Masak Lama Kulit Limau Nanti Akan Rasa Pahit. Selalunya Saya Akan Perahkan Limau Dan Letak Limau Ni Bila Api Dah Padam. Sekdar Nak Mencantikkan Hidangan Kita Je Hehe


SIAKAP STIM LEMON

1 Ekor Ikan Siakap
3 Sudu Besar Jus Lemon
1 Batang Serai Dititik
Daun Bawang
2 Sudu Besar Tepung Jagung
½ Biji Tomatp, Hiris Nipis
1 Biji Cili Merah, Hiris Nipis
1 Biji Bawang Besar Hiris Halus
Bawang Putih
Bawang Merah
Sos Ikan

Cara Memasaknya :

Bersihkan Ikan Dan Kelar Dikedua Belah Bahagian

Didalam Loyang, Sapukan Ikan Dengan Sedikit Garam Dan Taburkan Dengan Halia, Bawang Merah Dan Bawang Putih

Perahkan Jus Lemon, Anggaran 3 Sudu Besar Diatas Ikan

Masukkan Serai, Kemudian Tuang Sedikit Air Kedalam Loyang Bersama Bancuhan Tepung Jagung Dan Sedikit Gula

Tuangkan Sos Ikan Dan Kukus Selama 15 Minit. Buka Tudung Pengukus Dan Taburkan Tomato, Cili Merah, Daun Bawang Dan Sedikit Hirisan Lemon.

Kukus Kembali Selama 5 Minit
Angkat Dan Hidangkan 



AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN MABELES

Bersih Ayam Dan Lap Dengan Kitchen Towel
Bahagian Dada/Isi Cucuk2 Sedikit Dengan Garfu/Apa2 Yang Tajam Supaya Bahan Perapan Meresap Ke Dalam Ayam. Kalau Nak Kelar Pun Boleh Juga

Lumurkan Kepingan Ayam Dengan Kiub Ayam Lada Hitam Dan Lada Sulah

Gaulkan Pula Dengan Sos Tiram Dan Kicap Manis. Akhir Sekali Gaulkan Daging Dengan Bahan Tumbuk. Letakkan Sedikit Olive Oil Supaya Ayam Tak Kering. Perap Daging Paling Kurang Selama 1 Jam. Tapi Saya Suka Perap Semalaman Supaya Segala Bahan Perapan Meresap Ke Dalam Ayam. Memang Sedap.

Bakar Daging Sehingga Masak. Saya Panggang Pakai Periuk Pan Je. Gunakan Api Kecil Supaya Daging Masak Sekata Dan Tidak Hangus.

Resepi Mushroom Sos

Bahan-Bahan:
Cendawan Butang
1 Tin Kecil Prego Cabonara Cendawan
Sedikit Kiub Ayam
1 Ulas Bawang Putih Cincang Halus
½ Tin Air Guna Tin Prego
Sedikit Minyak

Cara Memasaknya:
Cendawan Butang Dibersihkan Dan Hiris Nipis
Panaskan Sedikit Minyak, Tumis Bawang Putih Sehingga Wangi Dan Sedikit Kuning
Masukkan Hirisan Cendawan Tumis Hingga Layu
Masukkan Sos Cabonara. Tambah Air.
Masukkan Kiub Ayam. Masukkan Sedikit Sahaja. Kacau Sehingga Pekai.

Sesuaikan Rasa. Tutup Api Dan Hidang. 


SUP TELUR & CENDAWAN
----------------------------------

Bahan-Bahannya :-)

5 biji kentang sederhana besar
6 - 7 kuntum black fungus, rendam sampai kembang
4 - 5 keping fucuk, rendam hingga lembut
30 - 35 tangkai "kincam"
1 cekak soo hoon, potong dan rendam
4 - 5 biji telur
4 ulas bawang putih, diketuk
6 biji bawang merah, dihiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan :-)
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
Kentang dikupas, potong 4 setiap biji, cuci dan rendam, cendawan dibuang pangkalnya dan potong2, fucuk dikerat2 kecil dan kincam disimpul setiap satu, cuci dan toskan. Ketepikan.

Panaskan air (anggaran 1 liter) & masukkan bawang hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan kiub ikan bilis dan kentang. Masak hingga mendidih.
Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam kuah tadi. Masak hingga telur masak dan tidak pecah. Masukkan cendawan dan fucuk. Masak hingga kentang hampir empuk.

Masukkan kincam tadi dan tambah garam jika perlu. Akhir sekali masukkan soo hoon dan kacau rata. Biar mendidih sebentar dan boleh matikan api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...



TELUR KUKUS MAYONESE
---------------------------------
~~BAHAN-BAHAN~~


5 biji telur
1 biji bwg besar - dipotong kecil2(dadu)
1 biji cili merah - dipotong dadu
daun bawang - dipotong halus
garam
mayonise
cheese - klau suka boleh letak

~~CARA-CARA~~
masukkan telur dlm bekas dan pukul seketika....
masukkan bawang, cili merah,daun bawang dan garam...kacau hingga sebati
masukkan mayonise dan cheese....kacau seketika..
masukkan adunan telur tersebut dlm bekas dan kukus selama 10 minit...
setelah masak...angkat dan sedia untuk dihidang


 ~ OKAY SELAMAT MENCUBA  ~



Share:

6 comments:

  1. Errmmmm... tu IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN yang memaut selera... balik nanti nak masak lah.. kena lagi anak-anak ENnor suka masakan rebus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. hahaha sy sendiri tengok pun dah berliur.. dahlah tak makan lg ni uuwaaa... dah masak nanti share lah hehhe

      Delete
  2. sebnrya masak2 mcm ni lagi sedap dr goreng2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan syg... masak mcm ni mg lg sedap dan yang penting kesihatan terjamin

      Delete
  3. boleh try sup telur dan cendawan tu,laparrr lah plak he

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekkeke...lapar juga ni hehehe... jom try satu2 nanti

      Delete